Thursday, January 22, 2009

Dinner @ 21 Januari


smalam pas balik keje.. terus kuarkan sotong dr peti ais.. pastu cam biasa la.. landing2... tgk tv.. tp smalam landing kat dalam bilik.. sanggup buka DVD Mr. Bean Holiday layankan iman atas sebab-sebab tertentu..

pas landing2 tu.. terus mandi... pastu.. biarkan iman layan DVD sensorang... saya pun masuk dapur.. tenggek periuk masak nasik dulu... pastu, siang sotong, kuarkan bahan2 masak...

Sotong Masak Palembang

Bahan-bahan :
2 ekor sotong besar (sabah mali...)
3 biji bawang merah (blend halus)
2 sudu besar cili boh (ikut pedas)
3-4 sudu besar kicap
Kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang
Daun kari
Garam
Gula
Minyak
Air

Cara-cara :
1. Tuangkan minyak dalam kuali. Tunggu sehingga panas.
2. Masukkan bawang yang telah di blend ke dalam kuali.
3. Masukkan kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang
4. Kacau semua bahan hingga sebati.
5. Apabila bawang telah masak dan naik bau, masukkan cili boh.
6. Kacau hingga rata.
7. Masukkan daun kari dan gula secukup rasa.
8. Apabila cili dah agak masak, masukkan sotong.
9. Kacau hingga sotong sebati dengan kuah.
10. Masukkan kicap secukup rasa dan kacau.
11. Tuangkan sedikit air dan sedikit garam jika perlu.
12. Tunggu hingga mendidih dan tutupkan api.
13. Angkat kuali dan hidangkan lauk ke dalam mangkuk.

0 orang suka:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...