Persahabatan yang tiada penghujung...

by - 11:48:00 AM

tiba-tiba teringat akan kata-kata seorang sahabat...

"siapa tunggu siapa ni?"

saya hanya mampu melemparkan senyuman dan sekadar menjawab..

"takpe la.."

saya tak tau.. apa pandangan seseorang tentang erti sebuah persahabatan...
saya tak tau.. apa pendapat seseorang mengenai maksud sebuah penantian...
saya tak tau.. apa yang seseorang mampu lakukan tanpa kesabaran...

YA.. setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.. setiap kelebihan dan kekurangan itulah yg menjana sikap dan sifat seseorang itu.. dan dari sikap dan sifat yang ditonjolkan itu.. maka wujudlah satu penilaian yang hanya dapat di lihat dari pandangan mata kasar..

KENAPA saya kata "penilaian dari pandangan mata kasar"?
KERANA tidak semestinya sikap dan sifat yang dipamerkan di hadapan mata kita adalah sama dengan sikap dan sifat yang dipamerkan kepada orang lain..

SETUJU dengan saya?

Hakikatnya.. saya tak suka membuat orang ternanti-nanti akan kehadiran saya..
Hakikatnya.. saya tak suka orang melihat tingkah buruk saya...
Hakikatnya.. saya tak suka orang yang sepatutnya bersama saya.. tetapi melebihkan orang lain lebih dr saya...

TETAPI.. perkara-perkara yang kita tidak suka itu, bukanlah di bawah kawalan kita.. malah ia bukan hanya melibatkan INDIVIDU itu sendiri.. TETAPI juga melibatkan pihak kedua dan ketiga dan mungkin banyak pihak...

SEBENARNYA...
saya sakit hati...
saya geram...
saya marah...

KENAPA?
Satu pengalaman yang tak mampu saya luahkan kerana pada saya ia begitu menyakitkan...

APA PERASAAN ANDA?
Saya nak tanya satu soalan mudah... Apa perasaan anda JIKA...
Anda terpaksa menunggu sahabat anda selama 2 JAM dengan keadaan anda yang kepanasan, kelaparan dan kehausan.
DAN apabila sahabat anda mendatangi anda selepas 2 JAM, satu ayat mudah keluar dari mulutnya..

"aku nak temankan sarah.. sian kat dia sbb tunggu sorang-sorang..."

Berbalik kepada kata-kata seorang sahabat seperti di atas tadi, "SIAPA TUNGGU SIAPA NI"?

DIA datang dengan saya...
TETAPI dia membiarkan saya menunggu dia sementara dia menemankan orang lain...

PASTI.. ramai akan berkata.. tinggalkan je dia..

YES... saya akan berbuat demikian jika saya seorang yang tidak berhati perut...
TAPI.. saya kesiankan dia...
DAN.. yang paling penting, dia SAHABAT saya...

Sekadar luahan perasaan di hari yang sibuk...

You May Also Like

1 orang suka

  1. tu la wanli. kdg2 mmg berlaku mcm tu. yg kita sangkakan baik, rupanya gunting dalam lipatan, talam dua muka..semuanya la..

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^