The Other Side of Me

Inspired . Plan. Travel

Follow Saya

Instagram Instagram Facebook Page Twitter

Jemput follow ye ^_^

Monthly Pageviews

Disclaimer

Semua gambar dalam blog ini adalah hakmilik www.anilwanina.com, kecuali jika dinyatakan. Sebarang salinan, cetakan semula, terbitan semula semua gambar dari blog ini tanpa kebenaran pemilik blog adalah dilarang keras. Sekiranya anda ingin berbuat demikian, sila minta kebenaran pemilik blog ini terlebih dahulu.

Mungkin saya tidak nampak, tapi Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui apa yang anda lakukan.


Wednesday, February 18, 2009

Dinner @ 17 Feb


mmm... dah lama kan tak citer pasal makan... jom citer pasal makan... tgh lapo ni.. tp masuk entri dulu.. kang baru makan.. :D


Masakan Nenas (tak tau apa nama.. tp suke sangat makan ni.. :))

Bahan2:
1 biji bawang merah - ditumbuk kasar
1/2 genggam ikan bilis - di tumbuk kasar
1 sudu cili kisar
1/2 biji nenas - di cincang/potong kasar
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak utk memasak

Cara2 :
Masukkan sesudu minyak ke dalam kuali. Apabila panas, masukkan cili kisar. Kacau sehingga naik bau. Masukkan bawang merah dan ikan bilis yang telah di tumbuk. Kacau hingga sebati. Apabila sudah agak kering, masukkan nenas dan kacau. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau lagi dan masukkan air secukupnya. Tunggu hingga mendidih dan tutupkan api. Hidangkan.

Ikan Bakar

Bahan2:
2-3 ekor ikan cencaru
garam secukupnya
kunyit secukupnya
halia utk buang hanyir ikan
Foil alimunium utk membungkus (boleh guna daun pisang)

Cara2:
Basuh ikan sebersih-bersihnya. Gaulkan dengan garam, kunyit dan halia hingga rata. Letakkan ikan dalam foil aluminium dan bungkus ikan bersama2 dengan halia tadi. Bakar ikan sehingga agak masak. Hidangkan.

Kuah Kicap

Bahan2 :
1 biji bawang besar - potong dadu kecil2
5-6 biji cili api - potong kecil2
2-3 biji limau kasturi - ambil jusnya
Kicap secukupnya

Cara2 :
Campurkan semua bahan.

0 orang suka:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^