The Other Side of Me

Inspired . Plan. Travel

Follow Saya

Instagram Instagram Facebook Page Twitter

Jemput follow ye ^_^

Monthly Pageviews

Disclaimer

Semua gambar dalam blog ini adalah hakmilik www.anilwanina.com, kecuali jika dinyatakan. Sebarang salinan, cetakan semula, terbitan semula semua gambar dari blog ini tanpa kebenaran pemilik blog adalah dilarang keras. Sekiranya anda ingin berbuat demikian, sila minta kebenaran pemilik blog ini terlebih dahulu.

Mungkin saya tidak nampak, tapi Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui apa yang anda lakukan.


Thursday, February 19, 2009

Dinner @ 18 Feb


smalam malas sebenarnya... tp sbb dah lama nak masak lemak kan.. since santan semer dah ada.. so, saya masak la Ayam Lemak Nenas Berempah ni.. cara dia pun sangat2 la senang... pastu, sbb iman sker makan telur.. saya buat telur gulung ni.. telur gulung ni pun senang gak.. semer ni siap masak dalam setengah jam gitu..



Telur Gulung

Bahan2:
2 biji Telur
secubit gula
2-3 titik minyak bijan

Cara2:
Pecahkan telur dalam mangkuk. Campurkan dengan gula dan minyak bijan. Kacau sampai sebati. Pastu panaskan kuali leper, tuangkan 1/3 dr telur tadi dalam kuali. Ratakan dalam kuali dan apabila separuh masak, angkat dan alihkan ke tepi. Masukkan lagi 1/3 telur tadi dalam kuali dan ulang proses yg sama sampai telur abis. Gulungkan telur yg dah dimasak tadi. Potong ikut saiz yang sesuai dan hidangkan.

Ayam Lemak Nenas Berempah

Bahan2:
4-5 ayam yg telah siap dipotong
Nenas di potong segi tiga
santan kelapa (kalu nak pekat, letak lebih..)
1/2 sudu kecil lada hitam
Minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan kisar:
1 biji bawang besar
4 biji cili api
1 biji lada hijau
1 biji lada merah
sedikit kunyit utk naikkan warna kuning
sedikit halia
1 tangkai serai

Cara2:
Goreng dulu ayam tadi. Agak2 dah masak, angkat ayam dan letak ke tepi. Masukkan bahan yg telah di kisar tadi ke dalam kuali bersama2 dengan lada hitam. Kacau sampai naik bau. Masukkan nenas. Kacau lagi. Masukkan ayam yang telah digoreng. Kacau sebentar dan masukkan santan dan garam secukup rasa. Kacau sehingga sebati. Kalau nak pekat, biarkan dalam kuali lama sikit. Matikan api. Hidangkan.

0 orang suka:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^