Friday, February 20, 2009

Dinner @ 19 Feb

ya allah.. malam tadi punye la takde mood nak masak.. lately keje sesangat byk kat opis.. so, bila balik dah penat sangattt... 2-3 hari ni, balik keje musti tertido jap kat umah.. agak2 nak maghrib tu baru bangun.. sian iman main sensorang.. mama penat la sayanggg... nanti mama ganti balik time kiter main2 tu yeee... so, malam tadi cam biasa la.. menu simple khas utk orang yg malas masak... main campak2 je.. siappp...


Ayam Masak Kicap

Bahan2:
4-5 bahagian ayam yg telah di potong
1 biji kentang
Kicap manis
Sos Tomato
Kayu manis
Buah pelaga
Bunga lawang
sedikit lada hitam
sedikit garam
Air

Bahan Blend :
1 biji bawang merah

Cara2:
Masukkan bahan blend ke dalam kuali bersama2 dengan kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan sedikit lada hitam. Kacau sampai naik bau. Masukkan ayam yang telah dibasuh ke dalam kuali. Kacau sampai rata. Masukkan kentang. Masukkan sedikit air dan tutupkan kuali. Tunggu sehingga ayam dan kentang empuk. Masukkan kicap, dan sos tomato. Masukkan sedikit garam. Kacau hingga sebati. Jika perlu extra kuah, tambahkan air. Tunggu hingga mendidih dan tutup api. Angkat dan hidangkan.
Anil Wanina
Anil Wanina

I'm a full-time Assistant IT Analyst with passion on travelling. Write about travel, lifestyle, parenting, food, beauty and event. Give some love and good comments so we can share thought and experience together. ^_^

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^