Tuesday, February 24, 2009

Dinner @ 23 Feb


balik2 sakit badan.. malas nak masak.. tp kuarkan jugak la pape bahan yg ada dalam peti ais tu.. so, ni la hasilnye...

Ayam Masak 3 Rasa

Bahan2 :
4-5 ketul ayam
Kunyit
Garam

Bahan Kuah:
1 biji bawang merah - blend
3 ulas bawang puith - cincang
1cm halia - di hiris
1 biji cili besar merah - dipotong serong
1 biji cili besar hijau - dipotong serong
1 batang serai
1/2 sudu cili boh
2-3 titik minyak bijan
nenas - di potong sederhana besar
sedikit gula
sedikit garam
sedikit air utk kuah

Cara2 :
Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit dna goreng hingga agak masak. Alihkan ketepi dan hidangkan dalam pinggan.

Masukkan bawang merah yg telah di blend dan cili boh. Kacau hingga sebati. Masukkan bawang putih, halia, cili merah, cili hijau dan serai. Tuangkan sedikit minyak bijan. Kacau hingga naik bau. Masukkan nenas. Tambahkan sedikit air dan gula. Kacau dan biar hingga air mendidih. Jika perlu lebih kuah, tambahkan air. Masukkan garam secukup rasa. Apabil sudah cukup mendidih, tutupkan api. Curahkan kuah di atas ayam yang telah siap dihidang tadi.

0 orang suka:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...