Thursday, December 24, 2009

.: buat passport manual :.

semalam saya dah cite pasa buat passport guna kiosk kan.. so, ari ni.. kite cite secara manual plak.. since masa saya renew tu, saya g ngan kawan2 seangkatan yg akan meronggeng sama2 ke obersea.. cuma masa tu saya je la yg renew.. yg lain tu baru nak buat.. so, nak tak nak.. kena melalui kaunter..

1st step, of course la.. kena sediakan dokumen yang diperlukan.
Antara dokumen yang diperlukan adalah :
1. Salinan kad pengenalan
2. Gambar berukuran passport
3. Duit RM100 atau RM300 ikut nak baper tahun.

biasanya, dekat2 ngan Jabatan Imigresen ni ada kedai2 fotostat, kedai gambar.. so, kalu yg tak sempat siapkan dokumen2 tu dari rumah.. bolehlah fotostat ic, amik gambar kat kedai berdekatan. Cam yang saya buat 1st passport dulu kat Shah Alam, dalam Jabatan Imigresen tu sendiri ada menyediakan perkhidmatan2 berikut.. boleh pilih ikut suka ati..

dah namanya guna kaunter, proses dia of course la akan lebih lama dari biasa.. sama gak cam kita nak kuarkan duit kat bank.. kalu guna mesin.. 2 minit je dah siap.. kalu guna kaunter, la hai.. kalu time2 tu tgh masak megi.. mangkuk megi tu pun dah kosong ngan kuah2 dia dihirup.. hiks.. bukanlah maksudnye perkhidmatan kaunter tak bagus.. cuma tempoh masa menunggu tu lebih lama dari perkhidmatan mesin.. gitu le..

tunggu sampai nombor naik.. once nombor naik, g ke kaunter yg panggil nombor anda tu.. then bagi borang kat pegawai kat kaunter tu beserta dengan salinan kad pengenalan dan gambar berukuran passport.. scan thumb print.. dan borang anda sedia utk diproses...

pastu, tunggu kat kaunter bayaran plak.. buat bayaran berdasarkan tempoh sah laku passport anda.. kalu korang mohon yg 2 tahun nye, bayar RM100 sahaja. Kalu korang mohon utk 5 tahun, bayaran sebanyak RM300..

lepas tu, pihak imigresen akan keluarkan resit rasmi yg menyatakan anda dah bayar dan passport akan sedia di ambil dalam tempoh 2 jam. Tapi kalau korang datang petang, pastu lepas proses akhir tu dah kul 5 ptg la katakan.. tak leh la nak harap dapat 2 jam lepas tu gak.. kena la tunggu keesokan harinya.. datang pagi2.. :)


Ads Click!




Anil Wanina
Anil Wanina

I'm a full-time Assistant IT Analyst with passion on travelling. Write about travel, lifestyle, parenting, food, beauty and event. Give some love and good comments so we can share thought and experience together. ^_^

3 comments:

  1. nk g mane anil?obersea tu di mana ya..

    ReplyDelete
  2. ada plan nak gi mana ngan pasport page kosong lagi tu? hehe..

    ReplyDelete
  3. wah..nk p jln2 obersea ya...
    bestnye..
    nk ikut....


    ha kan..
    dh ade kiosk..
    mudah..

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^