.: penyakit.. macam-macam :.

Since saya tak dapek la nak update blog as usual atas sbb network yg agak2 tgh saks... so, meh kite cite skek tentang kesihatan.. maklum la.. skang ni musim orang sakit kan... since saya juga pernah mengalaminya so saya ingin sekali nak share dengan semua...

Kali ni, kite citer pasal Tekanan Darah Rendah. Saya pernah mengalaminya sekali ngan package penyakit yg lain la... tp tu kite cite kendian.. perasaannya sangat tak seronok.. pepagi bangun2 tido terus rasa gelap je.. pertama kali saya kena, mmg dah rasa pening dari pagi lagi.. semua menda terasa goyang.. tp kenkonon still leh gagahkan diri nak g keje gak tu.. kebetulan pagi tu saya kena antar Iman ke sekolah... smpai sekolah Iman, terus antar Iman sampai ke depan pintu bilik dia.. Pastu bergegas pergi kat keta sbb dah nak dekat kul 8.. kira lambat la tu.. ngan jammed nye lagik.. bukak2 pintu keta je.. tetiba rasa gelap je.. takkan mendung kot.. tetiba tak dapat control diri.. terus rebah dalam keta.. orang kata, kalu sakit buat cara sakit.. so, time tu saya mmg betul2 sakit... then g klinik.. dalam klinik tu terus jumpa doktor then rest kat katil klinik... dalam half an hour.. bila dah agak2 sedar.. barulah doktor g tau.. ada tekanan darah rendah ngan...... bla.. bla... dapat la MC sehari.. soh rehat kat umah..

so, apa tu tekanan darah rendah... ni saya dapat kat tenet gak.. sesambil buat research nape jadi gitu n apa cara utk mengatasinya...

Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan oleh darah ke atas dinding-dinding saluran darah arteri utama.

  • Tekanan adalah paling tinggi semasa jantung mengepam darah (contraction). Proses ini dikenali sebagai systolic.
  • Tekanan darah paling rendah berlaku semasa darah memasuki semula jantung (relaxation). Proses ini dikenali sebagai diastolic.

Tekanan darah diukur dalam unit mm Hg (Hg mewakili merkuri) dan bacaannya adalah bergantung kepada umur. Bacaan ini dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti keadaan emosi (rasa tension, takut, gementar dsb). Tekanan darah yang tinggi dikenali sebagai hypertension, manakala yang rendah dikenali sebagai hypotension.

Carta di bawah menunjukkan bacaan bagi orang yang normal mengikut saranan WHO.

Contohnya seorang lelaki berusia 23 tahun sepatutnya :

  • mempunyai tekanan darah systolic antara 114 hingga 142 mm Hg, dan
  • mempunyai tekanan darah diastolic antara 62 hingga 88 mm Hg.

Bacaan tekanan darah dibaca dalam bentuk systolic/diatolic. Oleh itu sekiranya bacaan systolic ialah 120 dan diastolic 80, ianya ditulis sebagai 120/80.

Umur

20-24

25-29

30-34

35-39

40-44

45-49

50-54

55-59

60-64

65-69

70-

Lelaki

S

114-142

114-142

113-145

112-148

113-151

114-158

118-170

123-177

128-184

128-188

133-197

D

62-88

63-87

63-91

64-94

67-95

69-97

71-103

72-104

75-107

72-106

72-106

Perempuan

S

108-134

107-137

109-139

110-144

112-152

114-166

119-175

122-178

128-188

136-196

140-202

D

60-84

61-85

63-87

65-91

67-93

68-100

71-101

72-104

74-106

76-106

75-107

Carta di bawah ini menunjukkan tekanan darah mengikut kategori (dari Joint National Committee on Detection, Evaluation and Treatment of high blood pressure)

Kategori

Systolic (mm Hg)

Diastolic (mm Hg)

Normal

kurang daripada 130

kurang daripada 85

Tinggi – Normal

130 – 139

85 – 89

Hypertension Stage 1 (Mild)

140 – 159

90 – 99

Hypertension Stage 2 (Moderate)

160 – 179

100 – 109

Hypertension Stage 3 (Severe)

180 – 209

110 – 119

Hypertension Stage 4 (Very severe)

lebih daripada 210

lebih daripada 120

Tip untuk mengurangkan risiko tekanan darah

2. Senaman seperti angkat berat dsb. Senaman dua atau tiga kali seminggu boleh membantu membakar lemak dan memperbaiki metabolisma glukosa di dalam badan.

3. Dapatkan binatang peliharaan seperti kucing. Ia boleh membantu mengurangkan tekanan perasaan.

4. Jadi seorang yang lebih optimistik (berfikiran positif).

5. Pergaulan sosial yang baik boleh mengurangkan stress dan depression. Sertai kelab sukarela dsb.

6. Meditasi selama beberapa minit sehari – sembahyang, yoga dsb.

7. Amalkan pengambilan makanan tambahan CoEnzyme Q10.

8. Tukar kerjaya kepada yang kurang memberi tekanan kepada anda.

9. Bercuti sekali sekala.

10. Amalkan pengambilan makanan berasaskan soya.

Adalah penting untuk anda merujuk kepada doktor anda sebelum mengambil apa-apa ubat atau menjalani rawatan.

** yg kaler merah tu sangat menarik.. boleh dipertimbangkan.. hahhahaa

so, marilah kita sama-sama jaga kesihatan.. apa yang saya fikirkan.. saya nak hidup lama untuk Iman.. nak tgk dia membesar, nak tgk dia belajar, berkahwin, bekerja, beranak.. hiks.. insya allah.. angan-angan ni akan menjadi kenyataan.. jagalah diri utk kesejahteraan bersama.

Ads Click!




Share on Google Plus

About Anil Wanina

Hi, I'm Anil. A full-time Assistant IT Analyst with passion on traveling. Write about travel, lifestyle, parenting, food, beauty, and event.

1 orang suka :

  1. betul2 sokong yang bertulisan merah... ehehehehe

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^