Thursday, December 31, 2009

.: kaler baru :.


same layout..
same template..
new look..
new color...




amacam.. ceria tak??? :D


Ads Click!




Tuesday, December 29, 2009

.: new look = ceria :.


I'm currently dalam proses nak tukar layout blog.. hiks.. nak tahun baru kan.. blog pun kena nampak baru n lebih segar.. ecececeee... tak ubah byk mana pun.. takat tukar2 kale je.. tak sempat nak carik layout pattern lain.. so, guna yg sedia ada.. tuko kale je. so, pas ni.. if blog ni nampak pelik tu, sila jangan tukarkan link anda.. kerana anda berada di tempat yang betul.. cuma bertukar rupa sahaja.. ;)

insya allah.. lebih ceria.. lebih berwarna warni kot.. hahahaa..


peace no war..

Ads Click!




Saturday, December 26, 2009

.: passport dah siap :.


3 budak itam..
pegi ramai2...
pegi amik passport...
kat kajanggg...

kronologi nombor
my queue number : 2254
nombor sekarang : 2244
beza queue number : 10
tempoh masa menunggu : 10 minit

bagus la imigresen kajang ni.. siap sediakan bilik penyusuan.. salah satu cara utk menggalakkan penyusuan susu ibu.. baguss...

finally.. tak sampai setengah jam.. passport baru siapp... dikembalikan bersama passport lama utk kenang-kenangan.. muehhehe... maklum la.. passport lama tu dah jalan dari Jeddah ke Madinah, sampai ke Mekah.. alhamdulillah..

passport dah siap.. pas ni.. boleh la jalan2 soping sakan.. hehehe...

Ads Click!




Friday, December 25, 2009

.: monster kelaparan :.


after selesai proses buat / renew passport.. kitorang yg ala2 monster kelaparan ni terus berdesup g carik makan..

muke yg agak2 hepi sbb akhirnye dapat g makan.. muehehhee... memula ingat nak g mcD je.. sbb cepat dan pantas kan.. hehe.. tp memandangkan mcD ponoh even dia nye drive thru pun sampai keluar dia nye beratur.. so, kitorang decide g carik tempat makan lain.. dah kebulur ni tak ingat apa dah.. makan.. makan.. so, kitorang just serbu ke restoran pertama yg kitorang nampak..

bertempat di Bandar Baru Bangi, disinilah terletaknya Restoran Perak. Menu dia tak byk sangat.. tp boleh la.. setakat nak membasahkan tekak n memenuhkan perut ngan makanan..

restoran ni penah dapat coverage dr pelbagai media.. so, kira femes gak la.. salu kalu saya jalan malam2 kat ctu.. ramai gak la pengunjung Restoran Perak ni..

hiasan dalaman dia juga sangat menarik.. dok berangan kalu la umah saya gitu.. fuh.. kompem tak kuar umah..


hepi le sbb dah order mamam.. lapo la katakan...

apa yg saya makan.. tgh2 hari bute makan nasik lomak sambal sotong (sotong dia coet je..).. muahhaha.. bes tu.. dah takde menu lain yg seiring ngan tekak.. ni je yg nampak menarik.. tp mmg sedap la.. (ke sedap sbb lapo? hiks..) sambal tu siap saya mintak topup.. tp dapat sambal dia je la.. isi dia tadak.. :D

member yg lain order mee jawa kot ni.. sedap gak.. kuah dia pekat..

lagi sorang member order laksa.. pun sedap.. hikhik.. semer sedap.. :D

dah abis makan.. pelagi.. bayo la.. total tuk nasik lemak ngan ais suam adalah RM5.04.. kenyang sampai ke opis.. sampai opis carik makan lagik.. hakhakhakk.. sbb tu membesar bagai juara tak hengat... :P


Ads Click!




.: ayu vs resakse :.


tgk la muka2 kitorang yg boring menunggu queue kat imigresen.. since 2 kaunter je yg buka masa tu.. so, queue agak selo.. muke yg ala2 gadis ayu dah rupe resakse yg kelaparan.. maklum la.. maklum la.. dah tgh hari weih.. perut dah nyanyi2 lagu keroncong.. memasing buat macam2 aksi supaya tak boring.. hikhik...








takde caption.. korang pk2 sendiri la.. ekekke...

Ads Click!




.: We Wish You A Merry Christmas :.



To all my friends yang menyambut Krismas..

We wish you a merry christmas
We wish you a merry christmas
We wish you a merry christmas
And a happy new year

From : Anil's and family

Ada yang nak bagi adiah kat saya tak? Hohohohohoooo...



Ads Click!




Thursday, December 24, 2009

.: buat passport manual :.


semalam saya dah cite pasa buat passport guna kiosk kan.. so, ari ni.. kite cite secara manual plak.. since masa saya renew tu, saya g ngan kawan2 seangkatan yg akan meronggeng sama2 ke obersea.. cuma masa tu saya je la yg renew.. yg lain tu baru nak buat.. so, nak tak nak.. kena melalui kaunter..

1st step, of course la.. kena sediakan dokumen yang diperlukan.
Antara dokumen yang diperlukan adalah :
1. Salinan kad pengenalan
2. Gambar berukuran passport
3. Duit RM100 atau RM300 ikut nak baper tahun.

biasanya, dekat2 ngan Jabatan Imigresen ni ada kedai2 fotostat, kedai gambar.. so, kalu yg tak sempat siapkan dokumen2 tu dari rumah.. bolehlah fotostat ic, amik gambar kat kedai berdekatan. Cam yang saya buat 1st passport dulu kat Shah Alam, dalam Jabatan Imigresen tu sendiri ada menyediakan perkhidmatan2 berikut.. boleh pilih ikut suka ati..

dah namanya guna kaunter, proses dia of course la akan lebih lama dari biasa.. sama gak cam kita nak kuarkan duit kat bank.. kalu guna mesin.. 2 minit je dah siap.. kalu guna kaunter, la hai.. kalu time2 tu tgh masak megi.. mangkuk megi tu pun dah kosong ngan kuah2 dia dihirup.. hiks.. bukanlah maksudnye perkhidmatan kaunter tak bagus.. cuma tempoh masa menunggu tu lebih lama dari perkhidmatan mesin.. gitu le..

tunggu sampai nombor naik.. once nombor naik, g ke kaunter yg panggil nombor anda tu.. then bagi borang kat pegawai kat kaunter tu beserta dengan salinan kad pengenalan dan gambar berukuran passport.. scan thumb print.. dan borang anda sedia utk diproses...

pastu, tunggu kat kaunter bayaran plak.. buat bayaran berdasarkan tempoh sah laku passport anda.. kalu korang mohon yg 2 tahun nye, bayar RM100 sahaja. Kalu korang mohon utk 5 tahun, bayaran sebanyak RM300..

lepas tu, pihak imigresen akan keluarkan resit rasmi yg menyatakan anda dah bayar dan passport akan sedia di ambil dalam tempoh 2 jam. Tapi kalau korang datang petang, pastu lepas proses akhir tu dah kul 5 ptg la katakan.. tak leh la nak harap dapat 2 jam lepas tu gak.. kena la tunggu keesokan harinya.. datang pagi2.. :)


Ads Click!




Wednesday, December 23, 2009

.: mudahnya renew passport :.


korang tau tak Jabatan Imigresen telah menyediakan kiosk utk renew passport? hehehe.. saya pun baru tau masa renew passport ari tu...

utk proses renew passport kali ni, saya buat kat cawangan yang terdekat ngan putrajaya la iaitu Jabatan Imigresen Cawangan Kajang. Jabatan Imigresen Kajang ni dibuka dari jam 7.30 pagi sehingga jam 5.30 petang setiap hari bekerja. Jangan datang time hari tak bekerja plak.. sampai ke malam pintu dia tak bukak2.. hikhik..


utk pemohon yang sudah ada passport sebelum ni dan berniat utk memperbaharui passport lama ke passport baru, kini sudah ada cara yang lebih mudah, cepat dan pantas. Anda boleh menggunakan kiosk yang disediakan oleh pihak Jabatan Imigresen Malaysia dan caranya semudah ABC... ;)


Apa yang anda perlu ada utk proses pembaharuan passport?
1. Gambar anda yang berukuran passport
2. Passport lama anda
3. Salinan kad pengenalan
4. Duit sebanyak RM300

oh ye.. kalu tak silap saya, utk pembaharuan passport melalui kiosk hanya utk pembaharuan selama 5 tahun. Yg 2 tahun tu kena renew melalui kaunter.


Kiosk Pembaharuan Passport atau nama singkatannya KiPPas yang pada mulanya saya sangka agak sukar.. maklum la.. takde yg nak tolong masa tu.. dok terkontang kanting apa dokumen yg perlu ada, cemana caranya.. rupa-rupanya.. sangat mudah..

malah panduan penggunaan KiPPas turut disediakan bagi pengguna yang tak tau nak guna macam saya.. ngeh ngeh ngehhh...

step by step cara penggunaan turut diajarkan melalui poster yang disediakan.

inilah dia mesin KiPPas yang terdapat di Jabatan Imigresen Cawangan Kajang. Di sini hanya terdapat 1 mesin KiPPas sahaja. Tapi sangat cepat dan pantas. Jika takde masalah, 5 minit sahaja dah selesai proses pembaharuan passport.

ikut sahaja langkah demi langkah seperti yang ditunjukkan di skrin kiosk dan akhir sekali, masukkan dokumen yang diperlukan iaitu salinan kad pengenalan, gambar berukuran passport dan passport lama anda dalam sampul yang disediakan dan masukkan ke dalam mesin kiosk tu.

selepas tu, mesin tu akan keluarkan resit. Simpan resit elok2 dan selepas 2 jam, amik nombor giliran dan tunggu nombor anda dipanggil utk proses tuntutan passport baru anda.

proses renew passport dengan menggunakan KiPPas ni cuma mengambil masa dalam 2 jam 10 minit sahaja. See.. mudah dan cepat kan.. tak yah susah2 nak beratur panjang2 tunggu queue pas kaunter ni, nak kena g kaunter tu plak.. pastu g kaunter sinun plak..

selamat mencuba.. :)



Ads Click!




Tuesday, December 22, 2009

.: jolok buah :.


cite lame.. :P tp dok sesaje nak share since tenet dah ok skek... :D kejadian berlaku dalam bulan Okt.. dalam 2 bulan lepas.. lokasi di rumah member @ Sungai Besar.

hepi bebeno.. sebab apa ye???

yaa.. inilah puncanya... lonjong, kuning, masam dan sangatt shedap...

menda tu? pelam weih.. pelam... ala... pelam yg kecik2 tu.. buat jeruk pun sodapp..

tak puas dok mengutip yg kat tanah.. dok jolok lagi yg kat atas nun.. ekekke.. hasilnye.. dapat la satu plastik beg penuh..


Ads Click!




Monday, December 21, 2009

.: Today Visitors :.


Just checking my nuffnang... rupanya ramai gak visitors dr other country.. ingatkan byk yg dari Mesia je.. syukur.. ada gak yg menariknya pada blog saya ni..

ni blog Analytics for today visitors.

ari ni sangat byk keje.. sok user ada presentation ngan KP.. so kitorang kena bertungkus lumus menyiapkan laporan2 dalam sistem utk presentation..

Ads Click!




Friday, December 18, 2009

.: Salam Maal Hijrah :.


Salam Maal Hijrah dari saya sekeluarga.



1 Muharram

Satu Muharram detik permulaann
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban
Harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Korus :
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat
Tegakkan syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman




Ads Click!