.: jaminan simpanan untuk masa depan :.

by - 5:59:00 PM

Pada penghujung tahun lalu, ASNB telah mengumumkan dividen sebanyak 7.30 sen per unit dan bonus sebanyak 1.25 sen per unit bagi tahun 2009 untuk skim Amanah saham Bumiputra (ASB) menjadikan jumlah keseluruhan adalah 8.55 sen seunit.

Kalu diikutkan sejarah pembahagian dividen dan bonus ASB pada tahun-tahun lalu, tahun ni boleh dikatakan agak tinggi la walaupun tak mencecah seperti tahun 1990-an yang mana jumlah dividennya ada yg melangkau 2 angka.. terutamanya pada tahun 1993 dan 1994 yang menyaksikan angka 13.5 sen per unit. Huh.. banyak tuuu...

berikut adalah sejarah pembahagian dividen dan bonus bermula dari tahun 1993 sehingga tahun 2008.. korang buat penilaian sendiri, berapa banyak beza dividen dan bonus yang diberikan pada zaman dulu sehingga sekarang... ;)

1993 :
Dividen = 9.00
Bonus = 4.50

1994 :
Dividen = 9.00
Bonus = 4.50

1995 :
Dividen = 10.0
Bonus = 3.00

1996 :
Dividen = 10.25
Bonus = 3.00

1997 :
Dividen = 10.25
Bonus = 1.25

1998 :
Dividen = 8.00
Bonus = 2.50

1999 :
Dividen = 10.5
Bonus = 1.50

2000 :
Dividen = 9.75
Bonus = 2.00

2001 :
Dividen = 7.00
Bonus = 3.00

2002 :
Dividen = 7.00
Bonus = 2.00

2003 :
Dividen = 7.25
Bonus = 2.00

2004 :
Dividen = 7.25
Bonus = 2.00

2005 :
Dividen=7.25
Bonus=1.75

2006 :
Dividen = 7.30
Bonus = 1.25

2007 :
Dividen = 8.00
Bonus = 1.00

2008 :
Dividen = 7.00
Bonus = 7.75

parents saya mula bukakan buku ASB atas nama saya sendiri start tahun 2000.. masa tu dorang nak berangkat ke Mekah utk menunaikan haji.. so, sebagai bekalan utk anak2.. dimasukkan ke akaun masing2 sorang RM2000. Kalau tak silap masa tu saya masih belajar di JMTi dalam 2 year gitu..

saya start menabung dalam ASB ni bermula tahun 2003.. masa ni dah abis belajar.. :P baru belajar menabung.. bermula dengan simpanan monthly sebanyak RM400 - RM500 sebulan.. sehinggalah saya membuat pinjaman ASB dari Maybank selama 3 tahun.. alhamdulillah..

sekarang ni agak lega dengan jumlah simpanan n bolehlah nak tampung sikit2 perbelanjaan renovation rumah yg adalah till now makan almost RM15k.. tu pun ada lg yg tak cukup.. terpaksa la kuar lagi duit dalam buku ASB tu.. mujurlah ada buat simpanan sblm ni.. kalu tka.. mana nye nak cekau duit? takkan nak rompak bank kot? hikhik...

kesimpulannye.. jangan boros.. simpanlah duit untuk kegunaan masa depan.. kita tau tau masa depan kita cemana.. so, bagi yg baru start nak menabung tu.. jgn berlengah lagi.. start menyimpan sekarang... ujung tahun kang.. tgk la hasil dividen + bonus tu.. dah dapat tu jangan joli plak.. simpan lagi.. dan terus simpan.. pastu leh ar belanja saya makan.. tak yah kat hotel pun takpe.. takat resoran 3-4 bintang pun wokey.. hikhik..

panjang nau entri ni yee... :D

sebenarnya just nak citer, yg saya dah update buku ASB.. n kebetulan time update buku tu.. buku lama dah penuh.. terus tukar buku baru.. ;)

korang yg ada ASB tu, dah update buku? :D

Ads Click!




You May Also Like

0 orang suka

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^