Sunday, November 20, 2011




till then, tatababai

What's New

Continue Reading
No comments
Share:

Tuesday, April 12, 2011

.: Pekerja Singkat Harian - Juruteknik Komputer :.

Jawatan : Juruteknik Komputer FT17 (PSH)
Pengkhususan : Teknikal / Sokongan Aplikasi (2 orang)

~ perempuan
~ fresh graduate dan ingin mencari pengalaman kerja
~ mempunyai asas baikpulih PC
~ boleh membuat kerja-kerja dokumentasi
~ berketrampilan menarik
~ berdaya saing
~ boleh bekerja lebih masa
~ boleh bekerja secara berkumpulan

Pengkhususan : Rangkaian (1 orang)

~ lelaki
~ fresh graduate dan ingin mencari pengalaman kerja
~ mempunyai asas komunikasi rangkaian
~ berketrampilan menarik
~ berdaya saing
~ boleh bekerja lebih masa
~ boleh bekerja secara berkumpulan


Kontrak minimum : 3 bulan
Waktu kerja : 8.30 pagi - 5.30 petang
Gaji : RM54 sehari

Jika berminat, sila hantarkan resume kepada saya di gadisku81@gmail.com


Ads Click!

Continue Reading
No comments
Share:

Friday, February 4, 2011

.: Kronologi Perpindahan Adik dari Mesir - Jeddah :.

Kronologi Perpindahan Adik dari Mesir - Jeddah
30 Januari 2011
Sepatutnya adik balik ke Amman untuk menyambung semula pengajiannya tapi tak dapat balik sbb perintah berkurung di Mesir sudah bermula. Masa ni belum kritikal lagi dan adik duduk di Rumah Pahang bersama 13 orang rakannya dibawah jagaan Ustaz Mohd Farid.
31 Januari 2011
Adik mesej bagitau dorang try dapatkan tiket flight balik ke Amman tapi tak dapat sbb travel agent byk dh tutup dan airport berada dalam keadaan huru-hara. So, dorang terpaksa terus berada di Rumah Pahang.
Saya menghubungi Wisma Putra untuk memastikan adakah lebih 10 ribu pelajar yang terkandas di Mesir itu termasuk dengan 14 orang pelajar dari Amman dan dimaklumkan bahawa mereka tidak tahu menahu tentang hal itu. Setelah memaklumkan tentang lokasi 14 orang pelajar tersebut dan pihak Wisma Putra juga memaklumkan pegawai dari embassy Mesir akan menjenguk pelajar-pelajar tersebut.
Ayah saya juga telah memaklumkan kepada JAIS akan situasi dan keadaan 14 orang pelajar Amman di Mesir. Pihak JAIS juga dalam usaha untuk memindahkan pelajar tajaan JAIS di Mesir.
1 Februari 2011
Kami di Malaysia tidak dapat membuat panggilan melalui nombor telefon adik saya kerana semua panggilan telah disekat. Walaubagamanapun, sms masih boleh dihantar dan diterima dengan baik. Dimaklumkan bahawa ada pelajar telah mengambil inisiatif untuk mengambil nama pelajar-pelajar yang terkandas di Rumah Pahang untuk diserahkan kepada wakil kedutaan di Mesir.
2 Februari 2011
Kredit adik semakin berkurangan. Wakil pelajar dari Universiti Yarmouk, Jordan telah memaklumkan kepada Jamiah tentang keadaan 14 orang pelajar universiti tersebut yang terkandas di Mesir.
Jam 12.30 tgh malam waktu Malaysia, di Mesir kira lepas maghrib, dimaklumkan akan ada perjumpaan di Rumah Pahang berkenaan dengan perpindahan pelajar-pelajar ke Jeddah.
3 Februari 2011
Dimaklumkan bahawa adik saya akan mula berkumpul dalam kumpulan yang besar di Rumah Pahang dan adik saya termasuk dalam kumpulan pertama yang akan diterbangkan ke Jeddah pada hari ini. Difahamkan mereka akan bertolak ke airport jam 1 petang waktu Mesir. Difahamkan juga, keutamaan diberi kepada pelajar-pelajar perempuan.
4 Februari 2011
Jam 12.08 tgh malam waktu Malaysia, dimaklumkan adik saya masih di airport dan baru saja melepasi imigresen. Kesemua pelajar perlu menunggu sehingga dipanggil menaiki pesawat.
Adik saya memaklumkan bahawa proses pendaratan pesawat mengambil masa yang lama kerana kesukaran untuk mendapat kebenaran mendarat di lapangan terbang tersebut. Tidak dapat dipastikan jam berapa baru dapat naik pesawat. Beliau dan pelajar-pelajar lain hanya dibekalkan dengan tiket kosong berikutan ketidakpastian jam berapa pesawat akan tiba.
Jam 3.53 pagi waktu Malaysia, adik saya memaklumkan beliau dan lebih 300 rakyat Malaysia yang lain telah berada dalam pesawat yang akan membawa mereka ke Jeddah tetapi masih belum dapat terbang lagi kerana terdapat masalah kebenaran berlepas. Pihak yang bertanggungjawab sedang menguruskan perkara tersebut.
Rasanya kalau takde pape masalah, mereka dah selamat tiba di Jeddah pada waktu ini. Sama-sama doakan mereka selamat.
Doakan juga rakyat Malaysia lain yang masih terkandas di Mesir selamat dibawa pulang....

Ads Click!


Continue Reading
No comments
Share:

Tuesday, February 1, 2011

.: Doakan mereka selamat :.

sblm ni bukan tak nak amik tau....
bukan tak suka amik tau....
bukan langsung tak nak tau...

tapi itulah.... kena rebutkan remote tv ngan Iman....
mana nak tgk kartun dia...
mana nak tgk berita....

sbb tu skang ni dh buat jadual...
dia cuma leh tgk kartun sampai kul 7 je...
knalu sampai umah kul 7... mmg tak dapat tgk kartun le...

al-kisahnya....
kami satu family sangat worried ngan adik bongsu saya yg sekarang ini berada di Mesir...
spt yg dilihat di kaca tv, di surat khabar mahupun di internet...
banyak cerita ceriti yg kurang enak disajikan berkenaan dengan situasi di sana...
dan berita-berita ini membuatkan kami sekeluarga tak betah duduk...
mengenangkan nasib adik kami di sana...

sepatutnya dia sudah kembali semula ke Jordan bagi memulakan pengajiannya pada 30 Januari lalu..
tp disebabkan oleh situasi yg genting di sana...
sistem pengangkutan terputus dan komunikasi antara kami dan dia juga terpaksa dihadkan...
nak kata sistem pengangkutan terputus sepenuhnya tu idak la...
cuma cam yg dikhabarkan dalam berita...
flight byk cancel...
ramai penumpang terkandas and so on...
hai... mana la kami tak risau...

dengar plak berita tadi... sape yg buat press conference tu... adeih... sakit ati tul... ada ke nak pindahkan student guna jalan darat....
AS, Jepun, Iran dan negara2 lain dok sibuk nak pindahkan rakyat dorang ngan kapal terbang...
Malaysia nak pindahkan rakyat guna jalan darat???
biar betul org ni....
bila pulak nak amik action utk pindahkan rakyat mesia kt sana?
nak tunggu ada kes baru nak pindah ke apa?
nak tunggu apa lagik???
lagi skang dh tukar code orange.... nak tunggu code red ke???

jap tadik bersms dengan adik saya di sana...
kata still selamat kt sana...
dia ngan kawan2 dia dok kt Rumah Pahang.. kata dekat2 gak ngan Rumah Abbasiyah spt yg dilaporkan di berita...
sgt menyayukan bila dia kata ''takpe la... redha je la apa jadi..."

yess... memang dalam certain keadaan kena usaha, doa dan tawakal...
tp bila dh kata cam tu...
cam dh give up...

kalaulah saya ada sayap.... nak je saya terbang ke sana dan bawa adik saya kembali ke sini...

apa pun, saya mendoakan semoga dia selamat.... dan semoga dia tabah dan tidak berputus asa untuk kembali ke pangkuan keluarga... amin...


Ads Click!

Continue Reading
No comments
Share:

Saturday, January 29, 2011

. : The Other Side Of Me :.

saya ingat lagi...
pertama kali saya menangis kerana dibuli kerana tanda lahir saya adalah ketika saya berumur kira2 5-6 tahun...
masa tu belum start tadika pun lagi...
lagi plak masa tu mana de nurseri cam skang ni....
masa tu mak tak keje...
kira buat keje2 kampung je la...

tatkala saya dibuli, saya adalah seorang yg mudah menangis...
stended la... kalu dh kena buli.. mesti nanges kan... :P

tapi dulu saya salu kena buli sbb tanda lahir tu satu...
pastu masa tu budak2 hingusan lagik....
muke tak boleh bla...
dh la mmg tak lawa...
ngan comot sana sini...
tak sah kalu dalam sehari tu tak main parit...
tu lom agi g belakang umah...
korek tanah amik cacing...
pastu letak dalam tin...
then panaskan bontot tin...
pastu sorak ramai2 tgk cacing tu menggelupur kepanasan...
campur ngan campuran tanah skek...
cam best je main masak2 cacing dulu...
kikikikikikiiii....

ntah nape... tetiba je rasa nak bercerita pasal menda ni... mungkin sbb Iman dh besar... dh pandai berkata2... dh banyak bertanya... dh reti perasaan malu.... dan mungkin sebagai persediaan jua utk saya di masa akan datang...




Ads Click!

Continue Reading
No comments
Share:

Friday, January 28, 2011

.: Position Closed :.

merujuk kepada jawatan kosong seperti di bawah, sukacita dimaklumkan bahawa permohonan utk jawatan tersebut telah ditutup.

calon-calon yang akan ditemuduga akan dimaklumkan melalui telefon. :)



Ads Click!

Continue Reading
No comments
Share:

Tuesday, January 18, 2011

.: Jawatan Kosong ~ Update 18 Jan 2011 :.

:TELAH DITUTUP:

Jika anda mempunyai kriteria seperti berikut, sila hantarkan resume anda kepada gadisku81@gmail.com :

Jawatan : Juruteknik Komputer FT17 (PKS)

~ lelaki / perempuan
~ mempunyai asas baikpulih PC
~ berketrampilan menarik
~ berdaya saing
~ boleh bekerja lebih masa
~ boleh bekerja secara berkumpulan
~ kelakar dan mempunyai humor

Kekosongan : 1 orang

Jawatan : Pembantu Tadbir N17 (PKS)

~ lelaki / perempuan
~ mempunyai asas Microsoft Office
~ boleh bekerja lebih masa
~ tahan dengan tekanan kerja
~ berdaya saing

Kekosongan : 3 orang

sebarang pertanyaan boleh terus ajukan kepada saya.... ;)


Ads Click!




Continue Reading
No comments
Share:

Thursday, January 6, 2011

.: tengs Mr. Ekk :.

ni part of come back gak kot... :D

since tetiba cam ada byk menda nak cite... tp slow2 le... skali harung rasanya x dan nak citer semer utk 1 malam...

alkisahnye citer ari ni adalah berhubung ngan kes penggantian drive shaft tu... akhirnye... cintaku padanya adalah lebih dr itu... tp setelah mendapat bantuan teknikal dan khidmat nasihat secara percuma dari officemate.... so, akhirnya... dengan bantuan mereka jua... saya telah menukar drive shaft cintaku dengan jayanya.... yeahhhh....

agak seksa gak nak bawa keta ke kedai pomen kt puchong nun... dh la LDP tu adalah antara laluan yg sibuk ngan keta zaaasss sana zaaasss sini kemain laju2.... pastu acik plak bawa keta selaju 60kmj... tu dh paling laju dh sbb takut drive shaft jatuh tetengah jalan sape nak angkut plak... wawawaaaa...

sian plak kt keta toyota kt depan yg kena bawak keta seselo kancil patah kaki di belakang... escort katanyee... lahaiii... sesangat rasa bersalah sbb tau dahhh... musti keta lalu lalang akan berkata2... seperti mana kata-kataku... "huh... keta je beso... tp bawa slow gile..." wawawaaa... jgn marah yee...

makasih jua kepada officemate acik yg sudi mengangkut membantu... kalu tak... buta2 je acik kena RM1840 yg sangat murah itu.... jasamu dikenang.... walaupun acik tau kamu tgh sedih... tp ceria-ceriakanlah dirimu... kebahagiaan itu akan datang... cuma tak tau bila....

so... pas ni acik dh leh kembali jadik minah rempit... dh lama x bawa keta lelaju... skali tekan 80kmj.... 2 kali tekan tetiba dh 120kmj... sampai Iman pun marah... soh bawak keta slow2... hahahaa... tu je la takat yg leh tekan... kalu tekan lebih lg... jadik keta terbang kang....

puas? puas gile... again.. tengs to Mr. Ekk... tanpamu... tak kije la acik esok...


Ads Click!



Continue Reading
No comments
Share:

Tuesday, January 4, 2011

.: Cinta RM1840 :.

entry pertama tahun ini adalah sangat menyedihkan....

oh cintaku...
kenapa la time ni la kamu nak buat pasal....
adakah kamu x puas hati dibawah jagaanku...
atau selama ini aku x cukup menatang kamu bagai minyak yg penuh???

why....
why........
why.............

di saat diriku amat memerlukanmu...
disaat itu kau meragam...

4 tahun kita membina cinta....
4 tahun kita bersama...
masuk tahun ke-5....
kau buat hal...
kau buat macam2 karenah....
sehinggakan aku merasa deritanya....

demimu cintaku...
ku sanggup melaburkan RM1840...
demi untuk menukar...

drive shaftmu....



uwaaaa... kopak acik bulan ni.... drive shaft keta dh koyak.... g perodua kata kena tukar drive shaft... baru nak tukar sebelah dh RM1840.. kalu dua2 belah.... adeihh.... kurus acik..... :nanges:
demimu cintaku.. jangankan RM1840... RM18,400 pun acik sanggup....
takpe la... sabar ye keta kesayanganku.... kasik acik kumpul duit dulu... kang acik kasi tukar drive shaft baru....
utk sementara tu... tolong bersabar yee..... plisss... plisss... plisss....

Ads Click!



Continue Reading
No comments
Share:

Monday, January 3, 2011

.: rindu :.

saya adalah sangat rindu nak update blog saya yg dh bersemak dan penuh dengan serigala, rimau, gajah, tenuk, tapir dan macam2 binatang peliharaan saya di sini....

saya juga adalah sangat rindu pada kawan2 blogger saya...


Ads Click!

Continue Reading
1 comment
Share: