Friday, February 4, 2011

.: Kronologi Perpindahan Adik dari Mesir - Jeddah :.


Kronologi Perpindahan Adik dari Mesir - Jeddah
30 Januari 2011
Sepatutnya adik balik ke Amman untuk menyambung semula pengajiannya tapi tak dapat balik sbb perintah berkurung di Mesir sudah bermula. Masa ni belum kritikal lagi dan adik duduk di Rumah Pahang bersama 13 orang rakannya dibawah jagaan Ustaz Mohd Farid.
31 Januari 2011
Adik mesej bagitau dorang try dapatkan tiket flight balik ke Amman tapi tak dapat sbb travel agent byk dh tutup dan airport berada dalam keadaan huru-hara. So, dorang terpaksa terus berada di Rumah Pahang.
Saya menghubungi Wisma Putra untuk memastikan adakah lebih 10 ribu pelajar yang terkandas di Mesir itu termasuk dengan 14 orang pelajar dari Amman dan dimaklumkan bahawa mereka tidak tahu menahu tentang hal itu. Setelah memaklumkan tentang lokasi 14 orang pelajar tersebut dan pihak Wisma Putra juga memaklumkan pegawai dari embassy Mesir akan menjenguk pelajar-pelajar tersebut.
Ayah saya juga telah memaklumkan kepada JAIS akan situasi dan keadaan 14 orang pelajar Amman di Mesir. Pihak JAIS juga dalam usaha untuk memindahkan pelajar tajaan JAIS di Mesir.
1 Februari 2011
Kami di Malaysia tidak dapat membuat panggilan melalui nombor telefon adik saya kerana semua panggilan telah disekat. Walaubagamanapun, sms masih boleh dihantar dan diterima dengan baik. Dimaklumkan bahawa ada pelajar telah mengambil inisiatif untuk mengambil nama pelajar-pelajar yang terkandas di Rumah Pahang untuk diserahkan kepada wakil kedutaan di Mesir.
2 Februari 2011
Kredit adik semakin berkurangan. Wakil pelajar dari Universiti Yarmouk, Jordan telah memaklumkan kepada Jamiah tentang keadaan 14 orang pelajar universiti tersebut yang terkandas di Mesir.
Jam 12.30 tgh malam waktu Malaysia, di Mesir kira lepas maghrib, dimaklumkan akan ada perjumpaan di Rumah Pahang berkenaan dengan perpindahan pelajar-pelajar ke Jeddah.
3 Februari 2011
Dimaklumkan bahawa adik saya akan mula berkumpul dalam kumpulan yang besar di Rumah Pahang dan adik saya termasuk dalam kumpulan pertama yang akan diterbangkan ke Jeddah pada hari ini. Difahamkan mereka akan bertolak ke airport jam 1 petang waktu Mesir. Difahamkan juga, keutamaan diberi kepada pelajar-pelajar perempuan.
4 Februari 2011
Jam 12.08 tgh malam waktu Malaysia, dimaklumkan adik saya masih di airport dan baru saja melepasi imigresen. Kesemua pelajar perlu menunggu sehingga dipanggil menaiki pesawat.
Adik saya memaklumkan bahawa proses pendaratan pesawat mengambil masa yang lama kerana kesukaran untuk mendapat kebenaran mendarat di lapangan terbang tersebut. Tidak dapat dipastikan jam berapa baru dapat naik pesawat. Beliau dan pelajar-pelajar lain hanya dibekalkan dengan tiket kosong berikutan ketidakpastian jam berapa pesawat akan tiba.
Jam 3.53 pagi waktu Malaysia, adik saya memaklumkan beliau dan lebih 300 rakyat Malaysia yang lain telah berada dalam pesawat yang akan membawa mereka ke Jeddah tetapi masih belum dapat terbang lagi kerana terdapat masalah kebenaran berlepas. Pihak yang bertanggungjawab sedang menguruskan perkara tersebut.
Rasanya kalau takde pape masalah, mereka dah selamat tiba di Jeddah pada waktu ini. Sama-sama doakan mereka selamat.
Doakan juga rakyat Malaysia lain yang masih terkandas di Mesir selamat dibawa pulang....

Ads Click!


Tuesday, February 1, 2011

.: Doakan mereka selamat :.


sblm ni bukan tak nak amik tau....
bukan tak suka amik tau....
bukan langsung tak nak tau...

tapi itulah.... kena rebutkan remote tv ngan Iman....
mana nak tgk kartun dia...
mana nak tgk berita....

sbb tu skang ni dh buat jadual...
dia cuma leh tgk kartun sampai kul 7 je...
knalu sampai umah kul 7... mmg tak dapat tgk kartun le...

al-kisahnya....
kami satu family sangat worried ngan adik bongsu saya yg sekarang ini berada di Mesir...
spt yg dilihat di kaca tv, di surat khabar mahupun di internet...
banyak cerita ceriti yg kurang enak disajikan berkenaan dengan situasi di sana...
dan berita-berita ini membuatkan kami sekeluarga tak betah duduk...
mengenangkan nasib adik kami di sana...

sepatutnya dia sudah kembali semula ke Jordan bagi memulakan pengajiannya pada 30 Januari lalu..
tp disebabkan oleh situasi yg genting di sana...
sistem pengangkutan terputus dan komunikasi antara kami dan dia juga terpaksa dihadkan...
nak kata sistem pengangkutan terputus sepenuhnya tu idak la...
cuma cam yg dikhabarkan dalam berita...
flight byk cancel...
ramai penumpang terkandas and so on...
hai... mana la kami tak risau...

dengar plak berita tadi... sape yg buat press conference tu... adeih... sakit ati tul... ada ke nak pindahkan student guna jalan darat....
AS, Jepun, Iran dan negara2 lain dok sibuk nak pindahkan rakyat dorang ngan kapal terbang...
Malaysia nak pindahkan rakyat guna jalan darat???
biar betul org ni....
bila pulak nak amik action utk pindahkan rakyat mesia kt sana?
nak tunggu ada kes baru nak pindah ke apa?
nak tunggu apa lagik???
lagi skang dh tukar code orange.... nak tunggu code red ke???

jap tadik bersms dengan adik saya di sana...
kata still selamat kt sana...
dia ngan kawan2 dia dok kt Rumah Pahang.. kata dekat2 gak ngan Rumah Abbasiyah spt yg dilaporkan di berita...
sgt menyayukan bila dia kata ''takpe la... redha je la apa jadi..."

yess... memang dalam certain keadaan kena usaha, doa dan tawakal...
tp bila dh kata cam tu...
cam dh give up...

kalaulah saya ada sayap.... nak je saya terbang ke sana dan bawa adik saya kembali ke sini...

apa pun, saya mendoakan semoga dia selamat.... dan semoga dia tabah dan tidak berputus asa untuk kembali ke pangkuan keluarga... amin...


Ads Click!