Friday, November 9, 2012

1MOCC : Pusat Panggilan 1Malaysia




okies.. apa tu 1MOCC?

1MOCC adalah singkatan kepada 1Malaysia One Call Centre (Pusat Panggilan Satu Malaysia) yang akan dilancarkan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada :

Tarikh : 12 November 2012
Masa : 2.00 petang - 5.00 petang
Tempat : Perbadanan Putrajaya

1MOCC ini adalah salah satu daripada inovasi baru dalam Perkhidmatan Awam melalui pelaksanaan pusat panggilan setempat Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC) yang bertujuan untuk memudah cara komunikasi orang awam dengan agensi Kerajaan menggunakan satu nombor rujukan tunggal iaitu 03 8000 8000.

Inisiatif 1MOCC yang merupakan projek National Flagship di bawah National Blue Ocean Strategy (NBOS) ini dilaksanakan secara perintis yang melibatkan 21 agensi kerajaan dengan kerjasama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri sebagai agensi peneraju.

Agensi perintis yang terlibat adalah :

1.                    Jabatan Pendaftaran Negara
2.                    Jabatan Imigresen Malaysia
3.                    Jabatan Pengangkutan Jalan
4.                    Perbadanan Putrajaya
5.                    Jabatan Perdana Menteri
a.    Pentadbiran Am, Jabatan Perdana Menteri
b.    Jabatan Perkhidmatan Awam
c.    Bahagian Sistem Maklumat Pengurusan Ketua Eksekutif, Pejabat Perdana Menteri
d.    Unit Perancang Ekonomi
e.    Unit Penyelarasan Pelaksanaan
f.     Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan
g.    Majlis Keselamatan Negara
h.    Lembaga Penasihat
i.      Biro Tatanegara
j.      Biro Pengaduan Awam
k.    Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan
l.      Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
m.  Unit Kawal Selia Felda
n.    Pejabat Seranta Felda
o.    Bahagian Pengurusan Hartanah
p.    Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran 


Talian di Pusat Panggilan 1Malaysia ini beroperasi 24 jam sehari 7 hari seminggu.

0 orang suka:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^