Monday, December 30, 2013

Cara Memohon Malaysia Hall Melbourne, Australia


Updated : 12 Jun 2016

Entry ni.. adalah khas untuk macam mana nak apply untuk menginap di Malaysia Hall Melbourne. :) untuk reference diri sendiri juga la kemudian hari nanti.. hihihii

1) Kenalpasti tarikh travel
Normally, Malaysia Hall ni akan utamakan student untuk menginap di sini. So, kalau timing kita pegi tu low season.. insya allah.. senang la nak dapat. Ni kira time orang tengah bizi keje, orang tengah bizi study.. Kalau timing tu tengah cuti sekolah kat Australia tu consider high season.. nampak gayanya kena apply tempat lain la.. hihihi

Bila time cuti sekolah kat sana tu? Boleh check kat sini

2) Bila masa yang sesuai untuk apply?
Selewat-lewatnya 2 minggu sebelum tarikh menginap. Tapi macam saya.. 5-6 bulan sebelum pegi.. saya dah apply dah. Sekurang-kurangnya kalau permohonan tak berjaya, saya ada plan lain nak menginap kat mana.. kalau nak apply 2 minggu sebelum bertolak tu, susah la nak plan.. ye la.. 2 minggu sebelum bertolak baru nak memohon.. nak tunggu pihak sana jawab balik, dalam seminggu macam tu baru dapat tau permohonan lulus atau tak.. kalau lulus alhamdulillah.. kalau tak lulus.. tinggal seminggu sebelum bertolak baru nak cari tempat menginap.. sah-sah masa tu dah mahal kan.. so.. rancang perjalanan dan penginapan anda.. :)

3) Buka website http://www.ema.org.au/v2/

Harus la ini step pertama kan.. cari info di sini dulu..Malaysia Hall ni biasanya tempat student-student Malaysia berkumpul.. kalau Hari Raya.. kat sini la dorang kumpul-kumpul..terasa cam bersama family.. kannn.. ekkk.. ok sambung cite...


Then, klik pada pautan Malaysia Hall Melbourne


dan... page ini akan dipaparkan. Puan Norliza tu adalah Pembantu Warden di situ ye.. sila berkenalan dengan beliau... :) Klik pada butang Staying At Malaysia Hall Melbourne. Di sini akan dipaparkan segala macam maklumat tentang tatacara dan siapa yang boleh menginap di sini..


4) Baca dan fahamkan

Nak duduk kat sini, kena tau apa fasiliti yang ada, kena faham rules and regulation. Sama je macam kita nak duduk kat hotel kan..sebelum kita booking, kita nak tau apa fasiliti yang disediakan, ada bath tub ke, ada gym ke, jauh ke tak tempat dia.. so, kat sini dia ada segala macam maklumat.. baca dulu.. jangan terus apply je.. kang dah apply.. tetiba sampai sana tetiba takde bath tub.. mengamuk plak padahal memang dah dinyatakan apa yang ada, apa yang takde.. rate pun turut dinyatakan di sini.. :) bila dah agree, baru proceed pada next level.. :D






Ok.. dah faham? Bole baca next process.. :)

5) Download Borang Permohonan

Boleh download borang di sini. Borang permohonan untuk pelajar dan bukan pelajar berbeza tau..Kalau pelajar yang baru nak daftar kat mana-mana universiti berhampiran kat Melbourne ni, isi borang DMP1, manakala kalau untuk bukan pelajar, isi borang DMP2. Lepas download borang tu, isi borang.


Lengkapkan borang di bahagian Butiran Peribadi Pemohon.


Tandakan Malaysia Hall mana yang kita nak duduk. Kira borang ni boleh digunakan untuk apply samada di Malaysia Hall Sydney atau di Melbourne. Tandaakn juga tujuan kita memohon penginapan ni, tarikh masuk, tarikh keluar dan bilangan hari. Sekiranya nak duduk sini dengan pasangan ataupun dengan kawan-kawan, nyatakan juga nama kawan tu beserta dengan detail seperti yang di nyatakan. :)


Akhir sekali, jumlahkan berapa bilangan penghuni, jumlah bayaran yang perlu di bayar dan tandatangan beserta tarikh permohonan. :)

6) Hantar Permohonan
Untuk permohonan penginapan di Malaysia Hall Melbourne, print borang dan faxkan borang ke :

Education Malaysia Australia [+612 9363 1257] dan Malaysia Hall Melbourne [+613 9529 4509]

Kalau takde printer, takde mesin faks.. takde masalah.. bole emelkan sahaja pada mereka di alamat :
Education Malaysia Australia [contact@msda.org.au] dan Malaysia Hall Melbourne [+myhallmelbourne@msda.org.au]


7) Tunggu Reply
Ikut pengalaman saya sendiri, tak sampai seminggu memohon, saya dah dapat maklumbalas dari pihak Malaysia Hall Melbourne. :)


Ok.. bila dah lulus.. tunggu masa nak bertolak dan menginap di sana.. :) senang je kan... hehehe..



Nak cari penginapan di Melbourne ? Booking.com
till then, tatababai
What's New

Tuesday, November 26, 2013

sape yang salah?


fuh.. lama giles tak update.. :P salahkan diri sendiri.. hihii.. baiklah.. skang agak bizi uruskan trip hujung tahun bersama keluarga..

trip kali ni, kami akan menjelajah borneo.. ini adalah kali pertama bercuti bersama family ke sini.. kalau saya sendiri ke sini dah banyak kali tapi atas urusan kerja la.. untuk bercuti.. baru pertama kali.. :) so kali ni agak excited sikit..

itinerary pun banyak lompong-lompong sebabnya, dah cuti bersama keluarga kan.. bawa anak lagi.. nanti ada la yang penat la, yang boring la.. so, walaupun cuti kali ni agak lama.. tapi lebih kepada free and easy.. hari pertama relaks.. hari kedua jalan.. hari ketiga relaks.. hari keempat jalan gituu.. :P

nanti insya allah.. ada masa dan kesempatan.. bolehlah saya update ye.. :)

till then, tatababai
What's New

Tuesday, August 6, 2013

Cerpen : Kisah berbuka puasa


Pada satu petang yang hening lagi mendamaikan, Hana sedang menyapu laman rumahnya yang penuh dengan dedaun kering yang berguguran. Disebalik kekhusyukannya menyapu, Hana terdengar perbualan 2 orang jirannya tentang berbuka puasa.

Ida : Kelmarin pegi buka puasa kat Hotel Ninji, full house. Terpaksa cari tempat lain. Nasib baik semalam ada kosong lagi, apalagi belasah la makan cukup-cukup.
Suri : Haah la.. hari tu pun Suri pegi kat situ. Sedap juga makan kat situ. Satu kepala RM49.90. Murah la tu kan..
Ida : Hah tu la.. murah sangat.. kami makan 4 beranak pun baru berapa je. Tapi kalau hari biasa, dia ada kambing golek. Hari ni dorang kata ada seladang golek.
Suri : Ye ke.. sedap ke seladang tu?
Ida : Entah la.. tak penah cuba.
Suri : Ni nak keluar pegi buka puasa kat mana pula?
Ida : Hari ni nak pegi Alamanda pula. Dah booking buffet kat sana, pun murah juga, RM49++ per person. Kalau budak ni, dalam RM25++ cam tu.
Suri : Huh.. murah la tu. Tak sampai RM200 pun.. kalau Ida jenis makan banyak ok la tu.
Ida : Tak la makan banyak sangat. Biasa-biasa je. Minggu-minggu akhir puasa ni, memang kitorang hari-hari makan kat luar. Isnin hari tu dah try makan kat Hotel Palm Garden, Selasa pulak, kat Pullman, rabu makan steamboat, khamis makan buffet kat The Mines, jumaat kat Hotel Istana, semalam kat Hotel Ninji.
Suri : Amboi Ida.. hari-hari makan kat hotel, boleh tahan ye.. Suri pun ada la juga makan kat hotel-hotel tu, tapi takde la hari-hari macam Ida, seminggu 4-5 kali je.

Hana masih memasang telinga sambil menyapu laman. Kedengaran Suri memanggil Hana dan bertanya, 'Hana ni menyapu pun nak cantik-cantik. Nak keluar ke?' Hana tersenyum lalu menjawab, 'Haah.. nak keluar, dah janji dengan Nani nak bawa dia pegi buka puasa kat luar sebab dia tolong kemas rumah tadi'. Suri berkata kepada Ida, 'Hana ni dari pagi mengemas rumah, bersih dah rumah Hana, rumah kita je tak kemas-kemas lagi'. Ida tersenyum. Hana turut tersenyum dan berkata, 'Kemas sikit-sikit je..nak buat sekali harung tak larat..' Suri bertanya lagi,'Hana nak buka puasa kat mana?' Hana menjawab,' Kat Alamanda kot..tapi tak booking apa lagi.. ni pun gamble je..tak tau la ada kosong ke tak.. klu tak kat food court pun takpe, janji bawa Nani buka puasa kat luar..'Ida tersenyum dan berkata,'Dah alang-alang nak ke Alamanda tu, ambillah buffet dia, makanan dia pun menarik juga, murah pun murah..'Hana tersenyum lagi dan berkata, 'insya allah kak'

Kemudian Ida dan Suri sambung bersembang dan Hana masuk ke dalam rumah. Rosli suami kepada Hana bertanya kepada Hana, 'apa yang disembangkan tu Hana?' Hana menjawab,'Kak Ida ajak buka puasa kat tempat dia buka puasa tu, ada buffet.. murah katanya.' jawab Hana. Rosli tersenyum sumbing dan bertanya lagi,'murah tu berapa RM?' Hana menjawab,'tak mahal bang, Rm49++ je per person..' Rosli tergelak besar dan berkata,' ooo.. murah sangat tu.. kita tak mampu la sayang..' Hana berkata lagi,'mmm.. tu la.. takpe la bang, dia kaya, ada bisnes sendiri.. mampu nak makan kat mana-mana yang dia nak.. biarlah dia.. kita makan ikut kemampuan kita je. lagipun kita bukan makan banyak sangat pun.. membazir je bayar mahal-mahal tapi makan sikit..' panjang lebar Hana berkata. Rosli pula menyambung,'betul tu..' Hana terdiam seketika dan kemudian tersenyum dan berkata,'kita pun kaya juga bang, kita tak gunakan duit kita untuk makan menda yang bukan-bukan ke arah pembaziran, tapi kita simpan dan gunakan duit kita untuk melancong..' Rosli tergelak besar dan terus tergelak.

Sekian.. cerita ini hanyalah rekaan semata-mata.. :D

Moral of the story, pertama,jangan riak. Hari ni kita kaya, esok lusa belum tentu kita kaya juga. Kedua, jangan membazir, memang la makan tu nikmat hidup tapi berpada-pada la.. :)



till then, tatababai

What's New

Monday, August 5, 2013

Promosi Mega Aidilfitri


Assalammualaikum.. nak dekat-dekat raya ni.. mood menaip makin malas.. tapi gigih gak nak menaip pagi2 ni.. hahahaa

ok uols.. nak share pasal promosi terbaru Glowrich Collagen dan Glowhite Skin.

Sempena Promosi Mega Aidilfitri, Glowrich Collage kini bole di miliki dengan hanya RM110 sahaja dan anda juga boleh berjimat sebanyak RM20.. boleh bagi RM20 tu kat anak-anak untuk duit raya.. hehehe

Bukan setakat tu je.. Glowhite Skin pun ada promosi juga.. sekarang tengah promo dengan harga RM75 sahaja.. jimat lagi RM14..

tapi.. tapi.. kalau nak lagi jimat.. beli la Set Kombo Gojes [1 bekas Glowrich Collagen dan 1 bekas Glowhite Skin] dengan harga RM150 sahaja.. lagi jimat...


tunggu apa lagi.. bukan hari-hari boleh dapat harga ni tau.. so, kalau berminat, sila berhubung dengan Afizal melalui emel / YM : afizal_0397 atau hubungi 018-788 7892


till then, tatababai

What's New

Saturday, August 3, 2013

Brownies Nutella Mudah dan Cepat


Hai seme.. lama x update.. :P nampak sangat pemalasnya.. hehehe.. sebenarnya faktor malas dan keje yang membuatkan saya jadi camni.. salahkan keje.. hahahaa...

ok la.. since agak malas kebelakangan ni.. hari ni terajin plak mengupdate ekk.. #aptb

petang tadi terajin plak nak wat brownies ni.. sebabnya bahannya dah ada pastu plak sebab ianya mudah.. anak saya yang darjah 1 tu pun boleh buat.. :P

meh nak share dgn uols..

nama resepi ni adalah Brownies Nutella Mudah dan Cepat

Bahan-bahannya
1 cawan nutella + 1 cawan tepung gandum + 3 biji telur gred biasa +
Hirisan coklat crunchy (buat 2 bekas)

Cara-caranya :
Pukul telur sampai separa kembang + masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan kacau sehingga habis +masukkan nutella dan kacau lagi sehingga sebati + masukkan hirisan coklat crunchy ke dalam adunan dan kacau menggunakan sudu + masukkan adunan dalam cup yang sesuai (3/4 dari saiz cup) +masukkan hirisan coklat yang sedikit kasar yang selebihnya ke dalam cup

Panaskan ketuhar 180 darjah celcius selama 10 minit dan dan kemudian, masukkan cup ke dalam ketuhar. Bakar selama 30 minit atau sehingga masak.

Macam mana nak tau brownies ni masak ke tak? Senang je, cucuk brownies dengan lidi yang bersih dan kalau takde sisa yang melekat kat lidi tu maknanya dah masak la tu.

Siap...Hidangkan panas-panas.. :)


Ni brownies yang dah siap masak.. coklat kat atas tu letak lebih sikit sebab budak tecit ni nak abiskan coklat.. so tabur je.. sesuai dihidangkan pada waktu minum petang tapi dah bulan-bulan pose ni, kita hidangkan waktu berbuka nanti ye.. hehehe...

Nutella tu boleh digantikan dengan brand Sunbear yang mana lebih sesuai.. :)

untuk adunan ikut sukatan di atas, boleh dapat 6 cup ikut la saiz cup mana yang uols pakai. cam saya pakai cup yang medium ni.. dapat la 6 cup.. klu cup saiz S, dapat la lebih kot.. ni percubaan kali pertama, so xde la wat banyak2.. nanti raya leh la wat adunan banyak sikit sebab dah jadi kan.. hehehe..

selamat mencuba.. ;)


till then, tatababai

What's New

Tuesday, July 16, 2013

promosi mega bgojes Aidilfitri


Assalammualaikum.. lama tak update ye.. :P banyak juga entry tertangguh tapi apakan daya.. sekarang ni mood malas + keje tengah membusung.. insya allah.. habis projek iKON nanti saya akan update sikit-sikit..

setelah hampir seminggu tak update, kali ni nak update sikit pasal GLOWRICH COLLAGEN..bagi yang penah baca entry sebelum ni, mesti ingat kan.. bagi yang lupa, boleh refer kat sini Glowrich Collagen

jika sebelum ni dengan RM130, anda hanya mampu mendapat 1 Glowrich Collagen.. tapi kini, dengan harga yang sama.. anda boleh dapat Glowrich Collagen + GloWhite. Tu yang bestnya tu..dapat 2 barang dengan 1 harga... 

GloWhite Skin tu menda plak???
Hah.. meh sini nak cite sikit.. dok dekat sikit depan pc tu.. sikit lagi.. ok cukup... :P

Antara fungsi GloWhite Skin ni adalah :
  • mencerahkan kulit 10 kali lebih xtreme dari biasa
  • merawat masalah kulit, jeragat, kedutan dan parut
  • menganjal dan melicikan kulit
  • melindungi kulit dari pancaran UV

Pendek kata, memang memenuhi kriteria pengguna untuk tampil lebih menawan menjelang Aidilfitri nanti.. ;)

TAPI... TAPI... TAPI... hanya untuk 500 pembeli terawal sahaja sempena Hari Raya Aidilfitri.. ;)

biasanya.. kalau gegirl ni, time nak raya ni la macam2 nak pasang badan la, time tu la nak g wat slimming la, nak facial bagai.. nak putihkan kulit supaya nampak berseri masa raya nanti.. tapi bukan gegirl je.. boboboi pun sama kan.. :P so, hanya dengan RM130 sahaja..boleh cantikan kulit, boleh cerahkan kulit.. dan yang paling penting.. kulit2 yang kusam sebelum ni, lebih berseri menjelang raya nanti.. bila lagi kan.. kan.. kann..



macam mana nak order??? senang je... boleh emel / YM pada : afizal_0397 dan mention uols dapat info dari blog ni.. mana la tau dapat diskaun... ;)

so, jangan tunggu lagi.. hanya untuk 500 pembeli terawal sahaja.. tampil berseri dan gojesss menjelang hari raya.. :)


till then, tatababai

What's New

Monday, July 8, 2013

Pre-Convo UTM 2013


setelah lama tak update... bukan sikit punya lama.. gile lama... bertabah je la... this will be a quite long entry.. bukan entry sangat pun.. gambo je banyakk... tapi sbb semua cantik2.. so masukkan je semua.. hahaha.. perasan tul..

ini adalah entry berkenaan dengan pre-convocation.. majlisnya pun udah lama selesai.. :P dah lebih 2 bulan berlalu..baru hegeh nak masuk gambar.. untuk tatapan sendiri di masa hadapan insya allah..

so, pada 6 Mei 2013, adalah harinya.. since sesi untuk program saya adalah pada sebelah petang, so, sesi pagi diperuntukkan untuk sesi  amik-amik gambar pre-convocation..

pagi tu bersiap-siap kat hotel..mekap ala kadar je sebab tak pandai mekap ponggg.. #tddmka


cermin cuma ada dalam bilik air je.. nasib la cermin besar.. so, gunakan sebaiknya.. memakai baju warna tema pepel dan tudung putih agar match dengan baju konvo kaler dark pink gitu.. barulah sedondon-dondon.. ;)

setibanya di parking, apalagi.. keluarkan pula baju konvo yang mak aiii.. berat nauuu.. kain plak jenis panas... ini boleh mendatangkan kecairan pada mekap yang tak bape mekap ni... tapi demi nampak cantik pada gambar... belasah je.. walau peluh dah titik-titik tapi asalkan gambar cantik..persetankan semua tu.. hahahha


bersiap pula bercerminkan cermin tingkap kereta.. asal adoo...


betul-betulkan jubah.. jubah ni nak pakai sampai petang.. fuhhh.. panasss...kalau ada kipas dalam jubah tu takpe la jugak..


dan akhir sekali.. topi konvo.. inilah.. hasil pembelajaran selama 3 tahun 6 bulan..demi nak pakai jubah ni.. demi nak pakai topi ni.. demi segulung ijazah.. 


tacap sikit lagi...


dan sikit lagi.. bagi nampak sempurna pada mata saya.. ;)

dan akhirnya...bergambar bersama sikecil yang memontengkan sekolah demi ikut mamanya konvo.. hihihi


senyuman seorang graduan...


scene ni harus dibuat.. campak-campak topi.. pastu jatuh tak kemana-mana..


dan ini.. lompat-lompat.. berjaya pada percubaan kali pertama.. wawawaaa can see the excited face... ;)


percubaan untuk baling lagi.. tapi tak jadi pun.. sbb official photographer dah panggil.. oh ye.. yang amik gambar ni adalah encik suami sendiri.. tapi dia bukanlah official photographer kitorang.. official photographer utk gambar pre-convo ni kitorang hired khas dr JB. insya allah.. kalau rajin, saya wat next entry.. gambar2 dia pun dah sampai.. dah sampai ke saat ni.. saya tak tengok lagi gambar pre-convo dari official photographer.. hahaha.. nampak sangat BIZI tak hengat.. kuikuikuii


ok last sebelum bergambar beramai-ramai.. ala-ala gadis melayu terakhir.. hahaha.. phuiiii

enjoice.. behind the scene gambar konvo dari encik suami.. :)














selesai sudah amik gambar utk pre-convocation.. usai tamat majlis konvokesyen petang tu.. hujan turun menandakan majlis konvokesyen tamat dengan jayanya..


terima kasih UTM kerana menerima saya sebagai salah seorang pelajar disini..
terima kasih UTM kerana memberikan saya ilmu yang sangat berguna selama saya belajar disini..
terima kasih UTM kerana menghadiahkan saya segulung ijazah untuk saya meneruskan legasi percambahan ilmu saya..
terima kasih UTM..


terima kasih UTMSPACE.. untuk cenderahati ini...


till then, tatababai

What's New

Wednesday, June 26, 2013

being useless?


lama tak update.. bukan takde cite.. tp banyak pulak isunya.. walaupun keje tak la berlambak sangat cam sebelum ni.. tapi tu la.. kalau dah dasar pemalas.. tetap pemalas kan.. banyak nak update pasal trip yang lepas.. tapi nak tengok gambar pun malas.. camne nak update tu?

so untuk hari ni.. since terlalu stress dengan status useless kat sini.. secara automatik terus terasa nak sambung stadi.. apakah?? motif??? entah la.. banyak sebab sebenarnya.. walaupun rasa macam tak relevan je nak sambung stadi wat masa skang ni.. tp ku apply saje.. kalau ada rezeki.. ada la.. kalau takde takpe la.. teruskan je la jadi useless kat sini yee...

i hate being useless here.. tapi kadang orang tak faham.. bukan la suruh orang faham keadaan kita sangat pun.. tapi for someone yang dah biasa bekerja.. bekerja..  bekerja..tetiba jadi useless.. it's just like.. what am i??

then.. try to be a useless so you can feel what I feel.. : sigh : 


entah apa-apa course yang saya apply ni.. bertabah je la... terapi seorang useless... :P

till then, tatababai

What's New


Thursday, May 30, 2013

bizi wat pe la ye


Hai semua..
lama tak update kan.. nak kata bizi sangat tu idak le.. tapi bizi la juga.. kejap kursus, kejap mesyuarat, kejap terapi.. hihihi... sebenarnya banyak juga la hal-hal yang disibukkan tu.. malas nak cerita pasal keje sebab bikin gue stress.. 

seminggu dua ni selain sibukkan dengan ACK, sibuk juga dengan persiapan nak cuti-cuti sempena cuti sekolah ni. plan dah lama tapi biasalah.. semuanya last minit kan. 

selain dari cuti-cuti sebab cuti sekolah, cuti ni juga adalah untuk menyambut anniversary keje kononnye.. hahahaha.. bulan 6 nanti, genap 10 tahun saya berkhidmat dalam perkhidmatan awam. banyak kenangan manis, suka duka.. biasalah.. selain tu, setiap tahun juga tarikh yang sama ni, saya akan ambil cuti untuk celebrate anniversary perkahwinan.. alhamdulillah... it's 9 years anniversary.

so, untuk sambutan anniversary keje ke-10 tahun dan anniversary kawen ke-9 ni, saya berhasrat untuk menyambutnya di luar negara. alhamdulillah.. diberikan rezeki oleh Allah untuk ke sana.

bila dah buat plan tu, harus la ada extra plan kan..so, saya try deal dengan hotel untuk sambutan anniversary. dan hotel tu secara baik hatinya bagi complimentary wedding cake. opsiee.... 



dan telah menetapkan tarikh romantic dinner jatuh kepada tarikh kami disatukan. alhamdulillah...


nanti saya akan update saya kemana, hotel mana kitorang duduk, dan insya allah cerita penuh cuti-cuti anniversary ni.. :)


till then, tatababai

What's New

Monday, May 20, 2013

saje nak update


hai semua...

seminggu dua ni agak membizi tak menyempat nak update blog yang tak seberapa ni.. macam-macam program, kursus sana sini, temuduga dan program-program di pejabat. Minggu ni pulak ada 3 program pejabat di adakan selang sehari. Mau tak stress, pagi petang rehearsal, update database utk 3 program sekaligus, pastu testing sistem plak. Nanti time event, kena test network lagi.. program Anugerah Citra Khidmat atau dikenali sebagai Anugerah Perkhidmatan Cemerlang anjuran jabatan (ni telah diinovasikan namanya) akan di adakan pada 22 Mei ini.. so sepanjang Isnin ni memang macam-macam persiapan kena sediakan, rehearsal lagi.. pastu plak, pagi 22 Mei tu plak ada program kat INTAN, Bukit Kiara.. yang tu kena hantar orang lain la.. mana sempat nak rehearsal ACK, pastu pagi yang sama ada rehearsal untuk Persidangan Keselamatan ICT plak.  Majlisnya pada 23 Mei ni..Waktu camni, sangat memerlukan extra tangan dan kaki untuk bergerak ye. Isnin depan plak.. ada Perhimpunan Bulanan lagi. 

banyak program persendirian yang tergendala gara-gara program pejabat minggu ni.. takpe la.. dah namanya berkhidmat untuk negara.. so bertabah la ye.. 


papepun bagi penerima ACK 2012, tahniah diucapkan. yang pasti, takde nama saya.. huhu.. maklum la.. asik buat hal je.. hahahaha.. protes katanya.. anyway, semoga semua program yang akan dilaksanakan berjalan dengan lancar... amin..

till then, tatababai 

What's New

Friday, May 10, 2013

Keputusan Mini Giveaway : Bukit Gambang Water City


sori lambat umum pemenang mini giveaway.. :)

result Mini Giveaway : Bukit Gambar Water City adalah seperti berikut :

1) http://aqmar-amaneena.blogspot.com
2) http://hanifadhlinaabdulrahman.blogspot.com

nanti boleh amik baucer tu kat saya.. :)

till then, tatababai

What's New

Thursday, May 9, 2013

pengalaman interview COTI


hai semua.. minggu ni jadual adalah sangat pack.. tak terlarat nak handle semua tapi gigih dan bertabah menguruskan semuanya.. walau ada yang tak sempurna, tapi biasa la.. kita manusia biasa kan..

cite konvo tak abis lagi tapi hari ni nak cerita saya baru je selesai temuduga untuk program eksekutif COTI. Terus terang, memang tak sempat nak stadi pun sebabnya, semalam baru balik dari Johor. Balik dah penat, memang sah-sah le tak sempat nak wat preparation.

So, hari ni pegi interview pun time ni la baru nak pegi fotostat buku servis, time ni la baru nak print surat. Adoiii.. bertabahlah ye..

so, masa sampai tu ramai la juga yang hadir dalam temuduga ni. Bukan mudah ye. Ahli panel tu bagitau, seramai 400++ orang memohon dan seramai 300++ orang terpilih untuk menghadiri temuduga. Daripada 300++ orang itu, seramai 20 orang yang akan disenarai pendek untuk pergi ke Korea. Daripada 20 orang tu, 10 lelaki dan 10 perempuan. So, sangat tough disitu dan ada harapan untuk tak berjaya pergi.

Saya dipanggil masuk bersama-sama dengan 2 orang pegawai lain pun orang IT juga. Dalam bilik tu ada 2 orang panel penemuduga, sorang lelaki dan seorang perempuan. Memang nebes tak terkata le. Tapi buat-buat relaks. Memula dorang cite dulu pasal tatacara temuduga, soh kitorang relaks. Tapi ye la.. dah namanya temuduga, haruslah ada sikit rasa nebes kan.

Soalan pertama dia tanya, pasal family. dah kawen ke belum, ada halangan ke kalau dapat ikut program ni.. ni seme dalam bahasa melayu dan tak formal.. alhamdulillah...

then masuk soalan interview dalam bahasa melayu juga, dia tanya apa visi COTI. saya ni memang sah-sah tak stadi le, so tak tau.yang lagi 2 orang pun kata tau, tapi tak dapat jawab juga.mungkin nebes sangat. panel tu siap bagi klu, THINK... THINK... THINK... tapi still tak dapat jawab. so, last2 dia bagi jawapan. :P

soalan kedua, dia tnya, kenapa nak pergi korea? kenapa nak join program ni? so masing-masing jawablah dengan penuh konfiden katanya. Saya pun harus la bantai bagi point denga konfidennya maklum la dalam bahasa melayu, harus la goreng sampai garing kan..yang tak boleh blah, dia soh wat gwiyomi.. hukhuk.. dah la tak pandai.. so dia soh wat gak.. seb la sblm ni ada soh anak buat buat kan.. so ingat-ingat camtu je la.. lepas buat tu panel tu siap gelak-gelak lagi.. bertabahlah. maybe dia nak tengok kita sporting ke tak kot... #bersangkabaik takpe.. kita buat je..

masuk soalan ketiga, dalam bahasa inggeris plak. masa ni dah terus cam... isk isk. boleh ke ni.. dia tanya pasal 'look east policy'.kalau dalam BM haruslah senang menggoreng, ni dalam BI, rasa cam susah je.. so bantai la cakap pasal 'look east policy' tapi byk berkisar tentang teknologi.

soalan seterusnya juga dalam BI, apa kelebihan 'look east policy' dan masihkan ia relevan untuk di apply since dah lebih 30 tahun kita gunakan. hamikkk.. bertabahlah,.. goreng je la dalam BI tu pun siap ada lah lahh kat belakang..hahaha..

akhir sekali, dorang ucapkan tahniah kalau dapat, kalau tak dapat cuba lagi.. siyes.. nebes sangat...sebelum ni penah la g interview pertukaran belia korea tu, tapi lama dah.. so.. pengalaman yang cukup berharga..kalau ada rezeki, alhamdulillah.. kalau takde.. takpe la.. dah mencuba kan.. insya allah.. tahun depan cuba lagi.. :)

till then, tatababai

What's New

Wednesday, May 8, 2013

surat untuk mama


biarlah surat berkata-kata....



till then, tatababai

What's New


Tuesday, May 7, 2013

i'm gwiyomi


hai uols... :) skang ni femes ngan gwiyomi kan.. :P rasa cam nak try.. tapi saya tak comel.. hahahah.. so, marilah kita memaksa budak-budak kecik yang comel untuk menggwiyomi.. kikikii..


mangsa pertamaku... :P


test 1..2..3.. ok mulakan...


1 plus 1 equals gwiyomi
 


2 plus 2 equals gwiyomi
... alamak... seksi plak... hahahaha


3 plus 3 equals gwiyomi


4 plus 4 gwiyomiii


ok tak pandai... usu ajarkan... hihihi


5 plus 5 equals gwiyomi
..... alamakkk.. tak bape jadi plakkk


6 plus 6 equals chu chu chu chu chu chu gwiyomiii

yeahhhhh,,,,,

kita test ngan akak dia plak... 1..2...3.....


1 plus 1 equals gwiyomi


2 plus 2 equals gwiyomi


3 plus 3 equals gwiyomi


4 plus 4 equals gwiyomi


5 plus.... 
eh.. kakakk.... takmo wat plak... hahahaha... ok tamat sesi membuli... sekian, semoga terhibur dengan gwiyomi kamiii... hihihihi


till then, tatababai

What's New


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...