The Other Side of Me

Inspired . Plan. Travel

Follow Saya

Instagram Instagram Facebook Page Twitter

Jemput follow ye ^_^

Monthly Pageviews

Disclaimer

Semua gambar dalam blog ini adalah hakmilik www.anilwanina.com, kecuali jika dinyatakan. Sebarang salinan, cetakan semula, terbitan semula semua gambar dari blog ini tanpa kebenaran pemilik blog adalah dilarang keras. Sekiranya anda ingin berbuat demikian, sila minta kebenaran pemilik blog ini terlebih dahulu.

Mungkin saya tidak nampak, tapi Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui apa yang anda lakukan.


Sunday, January 6, 2013

Kasut..oh kasut


Salam tahun baru 2013 semua... semoga terus ceria dan sentiasa bahagia di bawah lindunganNya.

well... saya baru balik bercuti dan masih dalam mood cuti lagi sebenarnya.. so nak update entry pun macam malas2 je.. :P #dasarpemalas

so entry pertama tahun 2013 ini, saya akan mulakan dengan Bismillah.. :)

seperti sedia maklum, saya baru balik bercuti overthesea kan.. dan Beijing ketika saya pergi tu adalah musim sejuk. Haruslah dressing pun ala-ala Winter Sonata ngan kasut pun yang paling vogue..

entry ini adalah khas untuk kasut kesayangan saya ini.. uwaaa...


walaupun berangan ala-ala Winter Sonata..tapi apakan daya.. kita hanya merancang... Tuhan dan tentukan bahawa jangka hayat kasut ini adalah tidak lama.. well.. dah lama tak pakai kasut ni sebenarnya.. kasut ni selesa n sebab tu saya bertegas nak pakai gak kasut ni.. hukhukk.. belum pun naik flight.. bertempat di mcD, LCCT.. tamatlah jangka hayat kasut ini.. dan macam lidah buaya rupanya.. hukhukkk



bukan hanya sebelah.. tapi dua2 belah... uwaaa.. camne nk face ngan Musim Sejuk kat sana???? mau putus jari kena frost bite nehhh... so dengan nada sedih saya mengadu pada travel agent saya Encik Syazwan yang sangat baik hati.. pada tarikh saya bertolak tu, dia baru touch down dari Beijing juga pagi tu.. dan dia turun padang pada belah petang utk sesi taklimat bersama ahli rombongan bersama Encik Syawal.. (akibat terlalu frust n sedih, terlupa nak amik gambar mereka-mereka itu)

setelah sesi pengaduan awam dibuat, maka dengan baikhatinya mereka telah sepakat bersetuju untuk meminjamkan kasut utk saya.. uwaaa.. sangat terharu wokeyyy... ini betul2 pakej winter ni... travel winter package with winter shoes.. huhu... apa lagi... 




terima kasih pada Syazwan dan Syawal kerana telah meminjamkan kasut ini... akak dah buat rete kot kasut ni.. hahahaha... nanti akak roger2 balik pulangkan kasut ni wokey...

dan dengan adanya kasut ini.. kesemua jari jemari kaki saya berada dalam keadaan baik selama berada di Beijing malah kasut ini telah menghangatkan kaki saya dari terkena kesejukan..


entry seterusnya..Beijing.. aku datang!! nantikan....


till then.. tatababai

0 orang suka:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^