Thursday, January 24, 2013

Salam Maulidurrasul 2013



Menurut sejarah, Maulidur Rasul dicatatkan pertama kali disambut secara kecil-kecilan oleh sekelompok ahlul bait di Mekah Al Mukarammah semasa zaman pemerintahan khalifah Abassiyah; Muhammad Ibnu Mansur Al Mahdi pada abad ke 8M. 

Kemudian pada abad ke 12M, ia telah diperkenalkan dan disambut secara besar-besaran oleh Gabenor Irbil di Iraq; Al Mudzaffar Abu Sa’id al-Qakburi semasa pemerintahan Sultan Salahuddin Al Ayubi (1138-1193M). Sambutan tersebut bertujuan mengumpulkan dan menyatukan kaum muslimin bagi menaikkan semangat jihad mereka menghadapi angkatan perang salib dan merampas kembali Jurusalem dari tangan mereka. Meskipun terdapat ulama dari aliran Wahabbi dan Salaffi menganggap sambutan Maulidur Rasul sebagai bida’ah, namun kebanyakkan ulama pula menganggapnya sebagai satu bentuk sambutan yang bertujuan melahirkan rasa kecintaan kepada Rasul dan yang paling utama pengisian Maulidur Rasul harus selari dengan tuntutan syariah.

Sumber : Internet


Sejarah perjuangan Rasullullah s.a.w ini perlu dihayati oleh seluruh umat Islam.  Dengan tema sambutan Maulidurrasul pada tahun ini iaitu 'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah' amat bertepatan sekali dengan demi menyatukan umat Islam ke arah kebaikan.



so pasni, kita berarak beramai-ramai dari Masjid Besi ke Masjid Putra.. ;)


till then, tatababai

0 orang suka:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^