Monday, March 11, 2013

Bayu Cinta Luna


skang ni dok gile layan sinetron Bayu Cinta Luna..sanggup je balik keje on time (sebenarnya kejar masa nak amik Iman.. :P) sebab nak kejar tgk cite Bayu Cinta Luna.. huhu

masa episod mula2 tu takde la layan sangat.. tapi dah nak ending ni makin best plak.. bese la.. sinetron memang camtu kan.. :)

ni saya letakkan sinopsis sinetron Bayu Cinta Luna


Persahabatan Rahman dan Imran berlanjut pada keturunan mereka. Dua putera Rahman, yakni Bayu dan Krisna, bukan hanya berkawan akrab dengan Bimo anak dari Imran. Bahkan mereka bekerja di pejabat yang sama.
Sementara itu, Luna baru saja berhenti bekerja kerana sebab yang sepele. Bosnya bersikap kurang ajar padanya dalam suatu pesta, sehingga membuat orang-orang berfikiran buruk tentangnya, termasuk Bayu yang hadir di sana. Di luar dugaan Bayu, Luna melamar kerja ke pejabatnya. Bimo yang diam-diam menyukai Luna, berpesan agar Bayu menjaga gadis cantik itu. Namun Bimo jadi kesal kerana Bayu menuduh Luna bukan perempuan baik-baik.
Seiring dengan berjalannya waktu, akhirnya Bimo berani menunjukkan perasaannya. Namun pada waktu bersamaan, Bayu mulai menyedari bahawa Luna adalah seorang gadis cantik dan baik. Bayu pun mulai jatuh cinta kepada Luna. Tapi dia bimbang, antara memilih persahabatannya dengan Bimo atau memilih cintanya kepada Luna. Sesungguhnya Bayu mempunyai dua pilihan sulit, tapi keputusan harus tetap diambil.


kredit : http://ms.wikipedia.org/wiki/Bayu_Cinta_Luna(BCL)

ada lagi dalam 30 episod kot nak abes.. selain dari jalan citenya (bese la sinetron.. lambat tul org jahat tu nak mati) lagu2 dia pun best.. tetiba leh tersuka plak ngan lagu temanya.. isk isk.. mau layan hehari.. hahaha


ni hero dia - chico jericho


heroin - bunga citra lestari


sweet gile dorang..


till then, tatababai






0 orang suka:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^