The Other Side of Me

Inspired . Plan. Travel

Follow Saya

Instagram Instagram Facebook Page Twitter

Jemput follow ye ^_^

Monthly Pageviews

Disclaimer

Semua gambar dalam blog ini adalah hakmilik www.anilwanina.com, kecuali jika dinyatakan. Sebarang salinan, cetakan semula, terbitan semula semua gambar dari blog ini tanpa kebenaran pemilik blog adalah dilarang keras. Sekiranya anda ingin berbuat demikian, sila minta kebenaran pemilik blog ini terlebih dahulu.

Mungkin saya tidak nampak, tapi Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui apa yang anda lakukan.


Sunday, March 3, 2013

Ciri-ciri orang putus cinta


Ketika ada kalanya perasaan manusia bersemi kerana ada cinta, ada kalanya juga perasaan manusia hancur kerana putus cinta.Kadang-kadang cinta itu indah, kadang-kadang juga menyakitkan.Hal itulah yang tepat dikatakan untuk seseorang yang mengalami putus cinta.Seseorang yang mengalami putus cinta dapat dikenali melalui beberapa ciri berikut.

1. Setiapkalianda bangun tidur, hal yang pertama terasa adalah rasa kosong dan kesepian oran gyang anda sayangi.

2. Walaupun anda tetap mengerjakan aktiviti anda sehari-hari sepertibekerja, kuliah dan bertemu teman-teman, tapi anda tidak boleh menumpukan perhatian 100% penuh. Di balik benak anda selalu terbayang bekas kekasih anda.

3. Sepanjang hari anda bagaikan seseorang yang hidup di 2 dunia: dunia nyata di mana anda sudah tidak lagi memiliki si dia dan dunia memori ketika anda masih bersama dengannya. Hobi dan hal-hal kesukaan anda terasa tidak menarik lagi bagi anda.

4. Ketika anda pergi ke tempat yang biasa dikunjungi berdua, atau melihat benda-benda yang berkaitan dengan mantan anda, perasaan anda langsung tidak menentu.

5. Walaupun teman-teman anda berusaha menghibur anda dan memberikan masukan yang positif, namun yang ada dalam benak anda adalah: "Tidak ada orang yang mengerti apa yang saya alami .."

6. Malam hari ketika anda berada di rumah sendirian, yang anda lakukan adalah memikirkan keadaan patah hati anda.Anda mengalami kitaran emosi yang berputar-putar: kangen, sedih, kesepian, dan penyesalan; lalu kecewa, marah, merasa tidak adil, dan benci pada si dia; dan berputar lagi kembali ke kangen dan begitu seterusnya. Mungkin anda menangis, mungkin juga tidak, tapi saat akhirnya emosi anda letih, anda merasa mati rasa.

7. Anda tidur dengan perasaan hampa, dan bangun keesokan harinya hanya untuk kembali ke kitaran no.1 di atas

0 orang suka:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^