The Other Side of Me

Inspired . Plan. Travel

Follow Saya

Instagram Instagram Facebook Page Twitter

Jemput follow ye ^_^

Monthly Pageviews

Tuesday, March 26, 2013

demi kesihatan berganda


rini nak share skek pasal Treenea VCOA. alhamdulillah.. saya adalah antara pengguna rasmi VCOA ni. saya ni jenis susah nak telan pil.. kalu cite pasal zaman kecik2 dulu.. punya la susah nak makan pil ni sampai saya hancurkan pil tu jadi serbuk.. pastu letak dalam sudu dan letak sikit air sirap sejuk wokey dalam sudu tu.. then makan.. pastu minum sirap sejuk banyak2 sampai ilang rasa pahit tu.. kikiki.. punya la susah.. sampai mak pun pening kepala ngan karenah anaknya ini.. masa peknen pun camtu, tapi gigih paksa rela makan juga sebab demi anak dalam kandungan kan.. so, skang ni dah bole makan pil sikit2 le.. tapi kalu pil jenis besar gedabak tu.. memang tak lee.. sanggup tahan sakit dari makan pil tu..huhu..

so, since skang umur dah meningkat..of course la macam2 penyakit pun tengah queue kan.. so, ni salah satu inisiatif untuk meningkatkan kecergasan selain dari membantu diri sendiri untuk menurunkan berat.. ahakss..

so, apa itu VCOA?

VCOA adalah Minyak Kelapa Dara. Ianya 100% organik ye dan turut diakui oleh doktor seluruh dunia tentang kebaikannya. Ia bersifat antibakteria dan antivirus, malah mampu merencatkan virus HIV. Ia juga tiada kolesterol dan tidak menyebabkan kegemukan (sebab tu saya amik), mampu menurunkan kencing manis dan darah tinggi serta tiada kesan sampingan.

Apa bahan-bahan yang ada dalam VCOA ni?

ianya mengandungi 100% minyak kelapa dara. Ia kaya dengan Vitamin A, Vitamin D dan Vitamin E. Vitamin A dan E dipercayai mampu bertindakbalas sebagai agen antioksidan yang mempunyai kebolehan memerangkap radikal bebas dan kajian juga menunjukkan ia boleh mencegah penyakit kanser serta penyakit berkaitan dengan jantung. Lebih baik mencegah dari mengubati kan..

VCOA ni HALAL ke?

Of course la HALAL. VCOA ni takde cop KKM sebab dia ni termasuk dalam produk makanan. :)

Apakah kelebihan VCOA?

VCOA ni mempunyai 1001 khasiat dari hujung rambut sampai la ke hujung jari kaki. Pendek kata, memang bagus la.. Antara kebaikan VCOA ni adalah :

- meningkatkan sistem daya tahan tubuh
- membantu mengurangkan berat badan
- membantu melancarkan system pencernaan
- membantu mengurangkan kadar kolesterol, darah tinggi dan risiko penyakit jantung
- menghalus dan menyeragamkan struktur kulit
- membantu merawat masalah kulit
- membekalkan nutrien penting untuk pertumbuhan rambut yang sihat

Siapa yang boleh ambil VCOA?

Semua orang boleh. Dari bayi, kanak-kanak, anak dara, anak teruna, mak dara, pak teruna, wanita mengandung, dalam pantang mahupun sedang menyusu serta warga emas.

Ada testimoni?

Owh.. saya sendiri adalah pengguna VCOA. Bagi saya sendiri, selepas guna VCOA ni, rambut saya yang sebelum ni selalu gugur, skang ni dah kurang dah.Bukanlah tak gugur langsung, ada tu ada la sikit sebab baru guna kan.Insya allah.lepas ni rambut dah tak gugur dah. :) Selain dari tu, saya ada campur sikit dalam foundation yang saya guna. Saya ni kan jenis malas nak pakai foundation bagai, bedak la hape la.. tapi bukan la tak pakai langsung. pakai la juga, tapi kalau ada event le.. baru ni ada g event luar. Kawan cakap muka nampak lain. Ye la.. saya ni bukan lawa pun ada 2 tone kale kan.. hakhakhakk.. so bila pakai tu nampak la tone kaler tu jadi even. still la nampak sikit2 ye la kan bukan senang nak tutup tanda lahir neh.. isk isk.. pastu kulit jadi lembut dan lebih licin.. saya suka saya suka.. :D Testimoni lain boleh didapati dari facebook Treenea. :)

Berapa harga dia dan ada berapa biji?

Retail price :
RM40 (bagi semenanjung)
RM43 (bagi Sabah Sarawak)
* harga tak termasuk postage ye

Kandungan : 60 biji sebotol / 2 kali sehari
- boleh dimakan dan juga disapu untuk kegunaan harian

Cara pengambilan

- Makan satu selepas sarapan pagi
- Makan satu pada waktu malam

Mesti uols tanya nape saya share pasal menda ni kan.. sebab menda baik.. mesti la kita share kan.. sharing is caring.. :)

insya allah.. saya dalam proses untuk menjadi dealer bagi produk ni.. mohon doa dan sokongan korang agak perkongsian ini dapat memberi manfaat yang baik untuk semua.. amin.. :)

till then, tatababai

2 comments:

  1. hek? kalau anil dh sebut pasal umur meningkat... kaktek kategori apa yea?.. ee menchik.

    ReplyDelete
  2. ahahha... kita kategori yang sama la tu.. hihihi...

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^