The Other Side of Me

Inspired . Plan. Travel

Follow Saya

Instagram Instagram Facebook Page Twitter

Jemput follow ye ^_^

Monthly Pageviews

Monday, March 18, 2013

Emo? moody?



saya ni jarang emo.. tapi bila dah emo.. mmg amik masa nak recover.. kadang leh amik masa berjam2.. kadang leh amik masa berhari2.. orang kata faktor usia.. hahaha



so kejap tadi, saya tanya kat pakcik google pasal emosi dan moody ni..

Saya : pakcik gugel, nape kejap saya ni ok, kejap saya ni moody. kadang emo tak bertempat.boleh pakcik gugel berikan jawapan?

Pakcik gugel :

Dalam sehari, mood anda tidak tetap. Sekejap ceria dan penuh bertenaga, sekejap muram tidak bermaya seperti mayat hidup.

Tahu kenapa? Semuanya berkaitan gula. Ramai antara kita yang menghidapi masalah moody sebegini, dan kebiasaannya normal kecuali ada ketikanya, kadang-kadang golongan ini sakit kepala, ketar-ketar, kelihatan pucat dll kerana mereka ini lapar..

Sedekad lalu, diagnosis kepada masalah ini dinamakan hypoglycemia (kurang gula dalam badan), punca kepada masalah lupa, tekanan(depression), terjerit-jerit sendirian, dan makan banyak makanan manis. Disebabkan hal pesakit yang tidak menentu, ini adalah sejenis diagnosis yang tidak digemari oleh doktor perubatan.

Namun kini, penemuan terbaru menafikan keadaan mood tidak menentu ini berpunca dari hypolycemia semata-mata. Namun, baiknya, diagnosis terhadap hypoglycemia berpanjangan bermaksud ada 'sesuatu' yang bermasalah dalam badan. Jika hormon dalam badan anda 'terlebih alert', anda bakal menghadapi simptom yang merimaskan. Dan ini kebarangkalian bukan berpunca dari badan yang berpenyakit, namun lebih kepada tabiat pemakanan/diet anda sendiri.

Lupakan tentang kemasyuran dalam kulinari, apa yang badan mahukan hanyalah hancurkan semua, gaul dan menyerap segala nutrien diperlukan supaya mampu dibawa darah seterusnya sampai ke sel-sel badan. Gula dalam darah (glukosa) menyediakan tenaga agar otak dapat berfungsi, jantung dapat terus mengepam, dan lain-lain organ dan otot terus berfungsi dengan baik. Jadi tidak hairan, keadaan ini memerlukan sistem hormon yang kompleks, dalam mengawal julat normal gula dalam badan. Kedua-dua hormon, insulin dan glucagon berupaya memastikan imbangan gula walaupun anda terlepas makan tengahari ataupun bekerja sepanjang hari.

Namun, anda boleh mengganggu sistem hormon dengan hanya terlebih makan makanan berkarbohidrat tinggi (gula-gula, kek, soda, wafer sirap dan termasuklah roti putih, bagel, jus oren dll). Makan terlebih makanan manis, gula dalam badan akan meningkat mendadak. Dan bagi mengimbangi hal ini, insulin akan dirembesken pankreas secara berlebihan juga. Semakin banyak gula anda telan, semakin tinggi kebarangkalian bagi badan menghasilkan insulin berlebihan.

Keadaan tidak normal sebegini memungkinkan insulin bertindak berlebihan, mengurangkan gula dari kadar sepatutnya. Hal ini kemudiannya mendorong tindakbalas kimia lain bagi menaikkan semula kandungan gula (eg: adrenalin yang dirembes ketika kecemasan). Apa yang anda buat hanyalah makan separuh kek manis semasa parti, dan kini anda berada dalam siren, degupan jantung laju, berpeluh sejuk, seperti ada seseorang mahu membunuh anda.

Badan anda tidak gemar kepada kekurangan gula, kerana otak memerlukan gula berpanjangan untuk terus berfungsi. Jika otak terganggu, segalanya akan rosak. Sekali badan menerima amaran kandungan gula rendah dan bertindak dalam mod panik, keadaan kecemasan ini akan berterusan sekurang-kurangnya setengah jam. Tidak kisahlah jika anda kemudiannya cuba memakan makanan lain, anda perlu menunggu tindakan hormon panik hilang untuk kembali mendapat keadaan badan normal.

Badan nampaknya mempunyai sistem gila dalam mengelakkan kekurangan gula. Namun, melalui pemakanan berkarbohidrat yang betul dan sedikit perubahan pada diet, anda mampu mengelakkan tragedi diatas.



1. Mulakan Dengan Sarapan pagi
Jika selama ini anda bersarapan dengan makanan segera yang menyebabkan peningkatan dan pengurangan gula mendadak, beralihlah kepada makanan berproten dengan sedikit lemak. Kedua-dua makanan ini mampu melambatkan penyerapan gula, lambat untuk dicerna.

Contoh: Jus dan telur putih (atau roti sarat dengan kekacang) dan mentega kacang.

Ideanya, anda mahukan makanan dengan kombinasa makanan yang melepaskan gula secara perlahan dan berpanjangan dalam badan.



2. Elakkan Menjadi Terlalu Lapar
Berlapar berpanjangan menyebabkan anda terlebih makan makanan manis (sesiapa ada coklat?). Dan jika anda terus tidak makan, anda akan terlebih makan pada sesi makan seterusnya kerana otak mengambil masa 20 minit lebih untuk menerima mesej bahawa anda sudah kenyang.

Untuk memproses makanan berlebihan ini, badan akan kurangkan fungsi kurang penting, tumpuan diberi bagi mencerna makanan. Tekanan darah menjadi rendah, degupan jantung bertukar perlahan begitu juga aktiviti mental.

3. Sila Makan Bagi Mengimbangi Senaman
Senaman bagus untuk kesihatan dan mood, namun senaman juga menyebabkan anda kekurangan gula jika anda tidak makan. Untuk mengelakkan masalah nin, makan sedikit (pisang contohnya) sebelum memulakan senaman. Juga minum ketika bersenam dan makan sedikit snek selepas peluh kering selepas bersenam.

4. Ketahui Jika Caffeine Adalah Penyebabnya
Caffeine dikesan sebagai punca sensitiviti badan terhadap keurangan gula (walaupun ada kajian lain juga menyatakan caffeine juga adalah punca kepada peningkatan gula). Mana-manapun, caffeine adalah punca kepada ketidakstabilan hormon, terlebih alert dll. Segera kurangkan pengambilan caffeine bagi mengelakkan masalah di kemudian hari.

5. Beri Perhatian
Jika anda rasa anda menghadapi simptom-simptom badan di luar keadaan normal, dapatkan pemeriksaan doktor. Jika simptom yang dihadapi berlaku makin kerap anda mungkin:
(a) mengandung dan menderita perasaan takut
(b) berkemungkinan menghidapi penyakit serius hypoglycemia(barah rembesan insulin ataupun kanser adrenal).

Jadi pemeriksaan doktor berbaloi dilakukan segera tidak kira betapa sibuk jadual harian anda.


Saya : oooo.. macam tu ke.. mmm.. terima kasih pakcik gugel.. klu saya ada kemusykilan pasal menda ni, saya tanya lagi ek.. hehhehe

till then, tatababai


0 orang suka:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^