Thursday, March 21, 2013

Pekasam ikan sepat


beberapa hari yang lepas, tingin sangat nak makan lauk pekasam.. kebetulan 2 minggu lepas adik saya ada outstation ke kedah, so saya kirim pekasam ikan sepat. Iman pun suka pekasam ni tapi dengan syarat kena letak kentang.. so, jadi la pekasam ikan sepat berlada kononnye.. kikikii..


Resepi Masak Pekasam :

1 ekor ikan pekasam
1 labu bawang merah
3-4 batang cili api
1 biji kentang (dipotong nipis)

Cara-caranya :
Gorengkan pekasam dengan sedikit minyak. Sementara menunggu pekasam agak garing, dalam kuali yang sama masukkan kentang. Kacau rata, jangan sampai pekasam tu hancur. Masukkan bawang dan cili api. Setelah agak masak, angkatkan dan letakkan dalam mangkuk. Sedia dihidang.

Tips Tambahan :
Ada yang suka letak asam limau. tapi saya tak letak sebab takde.. ;) ada juga yang letak cili kering tapi saya gantikan dengan cili api sebab nak rasa pedas tu lebih skek.. :D

selamat mencuba resepi yang tak seberapa ni.. hihihi

till then, tatababai

1 comment:

  1. kaktek tak pernah makan pekasam. rupa bentuk pun tak kenal.. haha.. buleh?

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^