Rindu Bertamu di Padang/Bukittinggi : Part 3

by - 8:30:00 PM

macam yang saya kata sebelum ni, ini adalah kunjungan kedua saya ke Padang / Bukittinggi. so, kebanyakan jalan2 kat Padang / Bukittinggi ni saya ingat la juga.

dan yang pasti saya tak lupakan, public transport kat Padang ni sanga tmeriah.. tengok je la bas dia.. macam2 corak design ada..


pastu plak penumpang dalam bas tu kalau leh sepadat yang mampu.. dah bole imagine le sebab kalu kat kampung saya pun camni plak.. bas mini tu disumbat ala2 sardin dalam tin kasik penuh.. sama la juga dengan kat sini.. :)


nampak tak cam ada besi kt depan bas tu.. tu antara design terkini utk elak dari melanggar kenderaan di hadapan.. kikikiii...


Iman yang penat menunggu dari kat imigresen tadi, dah selamat tidur dalam kete..penat sangat ni.. salu tido lasak.. ni diam plak..


since trip yang dulu saya dah penah pusing2 Padang.. so kali ni tak la excited sangat.. cuma ada certain2 tempat yang dulu tak pegi.. kali ni pegi.. tu yang best tu.. tengok Bank Indonesia.. sangat minangkabau..cantik plak tu..

Lokasi pertama yang kami singgah adalah di Jembatan Siti Nurbaya. Dulu ada singgah juga cuma tak naik jambatan ni. mungkin sebab dulu naik bas.. besar.. tak muat kot naik jambatan.hehe..

Jembatan Siti Nurbaya terletak di Kecamatan Padang Selatan, lebih kurang 25km dari Bandara International Minangkabau. Jembatan sepanjang 60 meter ini menghubungkan kota tua Padang dengan Taman Siti Nurbaya  (tempat Siti Nurbaya dimakamkan)

Lagenda Siti Nurbaya / Lagenda 'Kasih Tak Sampai' :

Siti Nurbaya seorang gadis sederhana dan cantik telah jatuh cinta dengan seorang pemuda tampan dari orang minang di Sumatera Barat bernama Samsul Bahari. Mereka bercadang untuk menikah segera setelah mencapai usia matang. Namun begitu, nasib tidak menyebelahi mereka apabila ayah Siti Nurbaya iaitu Bagindo Sulaiman dan isterinya memiliki hutang yang besar dengan Datuak Maringgih. Datuak Maringgih adalah seorang lelaki tua dan telah mempunyai ramai isteri. Ketika Bagindo Sulaiman memohon belas ihsan daripada Datuak Maringgih tentang hutang tersebut, Datuak Maringgih memutuskan bahawa hutang tersebut boleh diselesaikan sekiranya Bagindo Sulaiman  membenarkan beliau bernikah dengan Siti Nurbaya. Bagindo Sulaiman tidak mempunyai pilihan lain berhubung dengan situasi ini. 

Apabila Siti Nurbaya mengetahui bahawa beliau telah dipaksa menikah dengan Datuak Maringgih, Siti Nurbaya dikatakan melarikan diri dengan kekasihnya Samsul Bahari sehingga ke Gunung Padang dan akhirnya mati dibunuh oleh pengikut Datuak Maringgih.

Ada cerita lain mengatakan Siti Nurbaya bunuh diri dengan makan 'lemang' sejenis makanan yang dibuat dari beras dan guna merah di Minang manakala Datuak Maringgih dan Samsul Bahari mati dalam pertempuran ketika bertempur dengan kolonial Belanda. 


berposing di Jembatan Siti Nurbaya.kat tepi2 jambatan tu ada orang jual2.. tapi masa kami datang dorang tak menjual lagi.. kat sini biasanya dorang jual jagung bakar.. tak merasa pun sebab dorang tak buka gerai lagi.. baru nak letak2 barang... :)




rumah-rumah sekitar Gunung Padang..


antara bot-bot yang masih dalam pembaikan di tepi sungai padang


posing lagi berlatarbelakang Gunung Padang..


inilah yang dikatakan tempat di mana Siti Nurbaya dan kekasihnya dimakamkan


panorama Jembatan Siti Nurbaya di siang hari.. gambar tak bape cantik sebab kete tengah berjalan.. :P


inilah kaki Gunung Padang.. masa ni kononnya nak turun.. tapi ada banyak anjing berkeliaran. dorang tak jaga sangat dah tempat ni.. kalau dijaga dengan baik, pasti akan jadi tempat pelancongan yang menarik di Padang. :)

till then, tatababai



You May Also Like

7 orang suka

  1. owh... padang? teringat nasi padang... huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. Anil, shopping best tak kat sana? kisah dak pompuan lari ikut pakwe banyak dah kat msia sendiri.. lari ke lombok pun banyak dah...haha haru betul...

    ReplyDelete
  3. uncle, bukan takat nasi padang je.. macam2 makanan ada kat sini.. antara yang best..murtabak mesir.. :)

    ReplyDelete
  4. akak,klu soping kain sulam memang heaven le.. rambang mata..kikikii.. nak cari pakwe pun bole tp xde yg berkenan dihati..hahahaha

    ReplyDelete
  5. alahai bestnye jenjalan sini

    ReplyDelete
  6. Cuti2 Indonesia. Visit my blog:

    http://freelancetour.blogspot.com/

    ReplyDelete

  7. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^