Tahukah Anda : Tangani Stress dengan '10B'

by - 9:00:00 AM

Tahukah anda?

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh pelajar-pelajar tahun ketiga dari Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya, keputusan yang diperolehi adalah seperti berikut :

' Sebanyak 55% daripada penduduk taman ini mengalami stress'

Menurut Pakar Kesihatan, stress perlu ditangani dengan kaedah yang diyakini betul supaya dapat meredakan stress untuk kelangsungan hidup yang lebih tenang dan mencapai prestasi seperti yang diharapkan. Perkara tersebut selari dengan program Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menangani stress dengan memperkenalkan '10B' secara efektif. Cara-caranya adalah seperti berikut :

i. Bertenang
ii. Bernafas dengan dalam
iii. Berkata, 'Relakslah..'
iv. Beribadat
v. Berurut
vi. Bercakap dengan seseorang
vii. Berehat dan mendengar muzik
viii. Berfikiran positif
ix. Bersenam
x. Beriadah

So, apalah salahnya, demi keharmonian keluarga dan kesejahteraan masyarakat, kita aplikasikan '10B' ni dalam usaha untuk menangani stress.

You May Also Like

0 orang suka

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^