Thursday, March 14, 2013

Tolongggg... mengantuk



korang mesti penah rasa mengantuk masa kat opis kan? menda ni jadi kat saya ari ni.. humang aihhh.. berat tul nak buka mata ni.. tapi gigih buka mata gak sebab dah keje kan.. ni gara2 nak tgk hindustan - Mohabbatein smalam la ni.. tu pun leh tertido jap depan tv pastu sambung tengok.. kikikii..

rasa nak tido je kat opis ni.. tapi waktu keje kann.. tak leh la tido.. kena cari cara lain ni...

so, meh tiru cara saya buat untuk hilangkan ngantuks ni... :P

1. Basuh Muka
kalu mekap susah skek la kan nak basuh muka, pastu nak mekap balik.. memang tak le...saya ni g keje takde la mekap sangat.. klu mekap pun ikut mood. klu pagi tu ada perhimpunan bulanan tu, baru mekap. kalu takde cam rini tak mekap sbb malas + rasa ngantuk dari kat umah lagi. so takde la mekap. so, caranya, g tandas.. basuh muka.pas basuh muka, minum air kosong banyak2. tapi cara ni berkesan utk saya hanya utk sejam pertama je. then ngantuk balik. :P

2. Dengar Lagu
dengar lagu ni dah jadi rutin saya hari2. samada ngantuk atau tak ngantuk. mesti akan dengar lagu. dulu leh dengar radio streaming. skang ni dah block plak. tak leh dengar radio streaming. sob sob.. so, dengar lagu yang ada kat notebook ni. lagu yang ada dan salu ulang2 skang ni adalah lagu Karena Ku Cinta Kau - Bunga Citra Lestari ngan lagu A Thousand Years - Christina Perri. maklum la.. ala2 gila ngan Twilight ngan sinetron Bayu Cinta Luna. harus la layan lagu ni hari2.. hahahha.. tapi tak menjadi gak.. lagu ni jadi cam lagu tido je.. soh tido tido...


3. Baca Forum / Blog
saya ni agak 'rajin' baca forum dan blog kawan2. so, mana2 blog yang ada dalam bloglist tu saya mesti baca. bese tiap pagi sebelum wat keje, dah siap2 terjah kat blog kawan2..forum pun macam tu,baca topik menarik, terhangat. tapi tu pun tahan sejam dua je. masa tengah terjah tu, mata ok le.. bertahan siap buntang mata membaca laju. bila dah abes, mata pun layu semula.. hahahah

4. Tengok Movie
ni salu saya buat time rehat le.. jangan wat time keje tau.. tengok movie. kul 1 camtu, setkan movie apa yang best nak tgk. besenya saya akan buka website tonton.com.my utk layan drama2 yang saya tak sempat tengok. contohnya, smalam saya tak sempat tengok cite Bayu Cinta Luna, so masa rehat ni saya gunakan sepenuhnya tgk cite ni.. kikikii.. besenya kalau tengok movie ni bertahan skek..hehehe

5. Kacau orang
hah.. ni memang salu saya buat kalu ngantuk. saya akan jalan2 g tempat kawan2.. pastu kacau dorang. tarik telinga la, pijak kasut la.. hahah.. dah macam kanak2 ribena dah.. pastu ketawa sama2.. ilang terus ngantuk. kadang tgk dorang wat pe..tapi kacau orang yang nampak bizi sikit2 je.. kalau bizi sangat tu tak yah la kacau. tak pasal2 kena marah je nanti.. ;)


so, tu je la yang dapat saya kongsikan.. cuba la.. mana la tau kot berkesan untuk korang.. ;)

till then, tatababai




Anil Wanina
Anil Wanina

I'm a full-time Assistant IT Analyst with passion on travelling. Write about travel, lifestyle, parenting, food, beauty and event. Give some love and good comments so we can share thought and experience together. ^_^

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^