Sunday, April 28, 2013

Terjebak lagi


wahhh... saya terjebakk.. adoiyaii.. ni la gara-gara dah lama tak soping online.. ni MC punya pasal (salahkan cuti sakit walhal dia tak salah pun.. hahaha) pantang betul.. bukan satu, bukan dua.. tapi 4 pasang kasut ku beli... adeih.. bertabahlah...




hope kali ni zalora.com.my dapat menghantar kasut saya cepat macam last shipment ye.. :)



till then, tatababai

What's New


Saturday, April 27, 2013

Movie : The 10th Kingdom


sepanjang cuti-cuti sakit ni, kekonon banyak masa terluang la kan..so sempat la layan satu cite ni. Cerita ni kira lama la juga tapi tak lapuk dek zaman, maybe sebab saya suka genre cite camni. Kalau korang ingat dulu-dulu ada tak layan cite The 10th Kingdom.

Hah.. cite ni la yang saya layan. Dulu by episod, skang ni saya layan sekali harung. 6 jam terus. Sampai kematu punggung dok layan movie je.

Cite ni ada gabungan cite Cinderella, Snow White, Red Riding Hood dan macam-macam lagi. Citer klasik moden. Best woo.. Jom teman saya layan cite.. ;)



till then, tatababai

What's New

Friday, April 26, 2013

Apa yang boleh dan tak boleh dimakan


Hasil cuti sakit seminggu ni.. inilah beberapa menda yang saya sempat godek. Maklum la.. lepas ni dah seme kena pantang, pantang makan, pantang tengok, pantang jumpa.. hukhuk.. demi kesihatan berganda, ku turutkan jua.


Kalau betul la sakit ini yang saya kena, so betul la, ini adalah penyakit keturunan. :P sebab ayah saya memang ada gout ni. So, dari sekarang kena jaga pantang. Takut juga sebab kesian tengok ayah sampai tahap buah pinggang rosak dan kena cuci hari-hari. Masa memula fikir perkara tu jadi kat diri sendiri, omaii.. baru plan nak tambah sorang anak (sempat je fikir menda ni), ni dah sakit macam ni, susah la juga kan. Tapi encik suami kata, boleh je.. apa la...iols yang meroyan sakit nanti tauuu.. :P


antara carta makanan berasid dan beralkali yang saya jumpa. Lepas ni, kena makan yang belah kiri je. Yang belah kanan, terpaksa ku lupakan untuk seketika sampai la kandungan urik asid dalam badan hilang. Boleh ke?? takpe la.. kita cuba je dulu...


Lagi carta makanan berasid dan beralkali. Badly, dah la seme makanan beralkali tu saya tak makan. Huhu.. pasni kena la belajar makan ye.


Dan akhir sekali, carta berdasarkan pH. Ini memang perlu ikut, dan kalau boleh haruslah makan makanan yang beralkali tinggi untuk neutralkan semula asid-asid dalam badan. 


till then, tatababai

What's New

Thursday, April 25, 2013

Cuti sakit seminggu


last monday pegi klinik sebab kaki kiri adalah bengkak. so, pegi klinik kat Presint 14 jumpa doktor katanya. Jangan lupa amik nombor ye. Dan bayar sebanyak RM1 untuk pendaftaran.


Pas jumpa doktor, doktor bagi MC satu hari. Tapi soh amik darah utk check urik asid. Since ritu memang dah tak larat sangat nak pegi klinik P9, makanya terus la balik ke rumah. Mesej puan bos untuk maklumkan saya bercuti sakit, makan ubat dan terus tidur. Bangun tidur je, makin bengkak kakiku. Omaii.. so, hari selasa pula, encik suami bawa pegi klinik kesihatan P9 sbb saya mmg dah tak leh drive dah. Nak jalan pun susah, so dia la tolong bawa dan tolong papah ke klinik. 


Dalam jam 8.30 pagi sampai ke klinik.. terus amik nombor dan dalam setengah jam lepas tu, dah dapat kad. Masa menunggu tak la lama sangat, tapi letih juga la. Sebab sakit kaki ni pelik sikit, bila duduk kaki tak gerak, rasa lenguh ya amat macam nak disuruh berjalan, tapi bila berjalan hatta 2 langkah, mula la sakit dan berdenyut-denyut macam kena cucuk jarum. Masa tu, memang dah dapat agak dah jenis kesakitan yang melanda, tapi tak nak percaya.

So, jumpa la doktor. Hasil pemeriksaan doktor dan sejarah keluarga, sah la saya kena gout. :( sedihnya. Tapi untuk memastikan lagi, doktor soh wat ujian darah untuk check kandungan urik asid. Dah lama gila tak amik darah, last amik darah masa kena ceri beri dulu. So, redha je la demi kesihatan maksima kononnya. Doktor bagi MC lagi 2 hari. So, boleh la berehat berguling-guling di rumah ye.


Walaupun dah tua, tapi tetap takut amik darah dan berselindung di balik langsir demi menyembunyikan pandangan terhadap jarum yang dicucuk di lengan gebus ini. Ahakss.. so, pastu, g amik ubat pula. Tak sampai jam 10 pagi, semuanya selesai, alhamdulillah. Marilah kita pulang ke rumah nak berguling katanya.


Merah kakiku. Inilah kaki yang bengkak tu. Tempat yang merah tu adalah sangat sakit. Kena kain sikit pun tetap rasa sakit.


Nampak beza kaki kanan ngan kaki kiri. Bengkak abis cam telur rebus. Vavavava.. so, sementara menunggu result darah keluar, redha la duduk di rumah dan menikmati cuti-cuti sakit yang amat jarang diperolehi. Doakanlah saya cepat sembuh, dan kalau ada tips atau petua untuk kurangkan kandungan urik asid ni, share la dengan saya. Setakat ni, saya cuma minum air banyak-banyak je. Ada tengok kat youtube,soh minum air yang dah di ionkan. Tapi mana pulak nak dapat. Isk isk.. 

till then, tatababai

What's New

Wednesday, April 24, 2013

Pilihanraya vs konvokesyen


Korang dah check daftar pemilih? korang mengundi dimana? beberapa hari ni baru ada masa nak check kat mana nak mengundi. Masih lagi mengundi di kampung.. alhamdulillah. Bagi yang tak sempat nak check, boleh check kat Semakan Daftar Pemilih

Dalam tempoh 12 hari je lagi pilihanraya umum akan diadakan. Korang dah ready ke? Dah ready untuk kerajaan baru? Atau kekalkan kerajaan sedia ada? Keluarlah mengundi, itu hak kita sebagai rakyat Malaysia. Dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung. Busuk-busuk Malaysia ni, ia tetap negara yang kita cintai. Sape yang tak sayang negara kan?

So, Musim pilihanraya ni adalah musim yang agak sibuk especially untuk petugas-petugas parti yang sibuk promote parti masing-masing. Bukan tu je, SPR pun rasanya tak menang tangan nak handle macam-macam hal yang melibatkan pilihanraya ni.


Cite pasal pilihanraya ni, sebelum ni tarikh yang sama dengan pilihanraya ni adalah tarikh konvo saya. Omaii.. terus rasa macam, how about my konvo? Then, universiti update kat laman web menyatakan tarikh konvo ditunda bagi memberi laluan kepada pilihanraya. Tarikh tunda tu adalah sehari selepas pilihanraya. So, kalau nak pegi konvo tu, lepas mengundi dah terus kena pegi Johor. Makanya, terpaksa jua minta extra cuti bagi membolehkan urusan konvokesyen ini berjalan lancar. Cam saya yang kampung dekat ni takpe la kan, nak pegi mengundi then terus ke Johor. Macam mana pula dengan kawan-kawan yang lain? Yang kampung nun kat Utara, atau nun kat Pantai Timur. Mmm.. kalaulah tarikh konvo tu ditunda ke seminggu selepas pilihanraya ke. Ok la juga. Ni mau kelam kabut mereka-mereka yang nak mengundi jauh-jauh, pastu kena patah balik ke Selatan pula. Hak mengundi hak kami. Haruslah diutamakan mengundi dulu kan.

So, bagi yang bakal bertugas semasa pilihanraya, selamat bertugas, yang akan menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi, selamat mengundi. Jadilah rakyat yang prihatin. Bagi yang akan menghadiri konvo, moh kita konvoi ke selatan tanahair. ;)

till then, tatababai

 What's New


Tuesday, April 23, 2013

Penyembuh Hati


Hal paling utama adalah belajar memaafkan kesalahan orang lain. Kerana memaafkan adalah hal paling baik dalam sebuah hubungan. Anda harus mempercayai diri sendiri agar merasa bebas berbuat.

Jangan bertanya bagaimana rasanya sakit hati. Jangan pula bertanya siapa yang membuat hati terasa pedih, perih, dan nyeri. Sulit diungkapkan, tapi sangat jelas menyayat hati.



Sakit hati adalah sakit dari segala sakit. Mungkin anda pernah mengalaminya. Sakit hati tidak selalu disebabkan oleh putus cinta, tetapi bisa juga disebabkan oleh perbedaan pendapat atau pertentangan dengan teman atau anggota keluarga. Namun, sakit hati hampir sama rasanya dengan putus cinta, demikian juga dampaknya.

Siapa pun anda, pasti ingin dicintai, mencintai, dipercayai dan mempercayai orang lain. Tetapi, ketika sakit hati tiba, sulit bagi anda untuk kembali memaafkan dan mempercayai orang yang melakukannya. Bahkan anda mungkin merasa sulit untuk membuka hati dan perasaan kepada orang lain yang tidak tahu apa-apa.


Hal paling utama yang harus anda lakukan adalah belajar memaafkan kesalahan orang lain karena memaafkan adalah hal paling baik dalam sebuah hubungan. Dan teruslah selalu berpikir positif terhadap suatu kritik/tindakan orang lain yang mungkin bisa menyebabkan anda sakit hati, karena pikiran positif akan membuat sakit hati menjadi normal kembali.

Walau sejuta kali menyatakan perkara yang sama... tapi hanya orang yang mengalaminya saja yang dapat memahami betapa sukarnya untuk memaafkan seseorang yang pernah membuat kita sakit... moga saya juga mampu untuk memaafkan dia dan akhirnya hati ini akan benar-benar mampu untuk melupakan dan melepaskan dia untuk selamanya...

What's New

Monday, April 22, 2013

Sweetest Proposal : Audrey and partner


Di masa lapang, suka belek-belek youtube, tengok video-video proposal yang sweet-sweet. so, kali ni, it's so sweet. Idea dia lebih kurang macam Deena Bahrin proposal but yang ni LIVE. Well.. each person had to be creative kan.

Or maybe, sebab saya suka background song dia. Tapi.. ia tetap sweet.. mari verangan..


till then, tatababai


What's New

Sunday, April 21, 2013

Usaha + doa + tawakal = redha


Dah lama meninggalkan dunia peperiksaan ni. Bila periksa ni, rasa macam alahaii.. nak study, nak wat latih tubi. Isk isk.. lemahh.. faktor usia. :P Dalam malas-malas tu, pegi juga la periksa ni. 

Usaha dah, tinggal doa, tawakal dan redha je la. 


till then, tatababai


What's New

Friday, April 19, 2013

Beijing Winter Package 2013



Hai kawan-kawan... ada tak sape-sape yang berminat nak pegi Beijing time Winter? Ni ada kawan saya yang weols pegi Beijing Winter tahun lepas ada buat promotion untuk Beijing Trip. Murah juga la sebab naik MAS wokey. Weols dulu naik AirAsia je.

6D4N Beijing Winter, tarikh penerbangan 23 – 28 Dec 2013, package termasuk seperti berikut:-

· Tiket Penerbangan (Malaysia Airlines)
· Penginapan Hotel 4*
· Makan (B/L/D)
· Pengankutan
· Visa (single entries)
· Tipping
· Travel Insurance

Harga : RM2500 p/pax
Tempat terhad!

Itinerary :


23 Dec Day 1 Kuala Lumpur - Beijing (meal on board) 
Assemble at LCCT 4:00 pm to check-in. Expect departure to Beijing is at 6:40pm for about 6 hours flight journey.

24 Dec Day 2 Beijing (B/L/D)
Arrive in Beijing in the at 00:20. Check into hotel. Rest until Iunch. Visit the Summer Palace in the morning. Being the largest imperial garden in China, the Summer Palace was first built in the Qing emperor Qianlong’s time in 1751 and burned down in1860 by the French and British army and restored by the Dowager empress Cixi for her own enjoyment. It became a favorite haunt of Cixi, who preferred it to the Forbidden City, and named it Yihe Yuan meaning the garden of health and harmony. Visit one of the most famous mosques in this city, the Ming dynasty-built Nan Dou Ya Mosque that has a unique Chinese style with hundreds years of history. Dzohor and Asar prayers will be held here. Shopping at the Fresh Water Pearl Showroom. Dinner. Acrobatic Show at night.

25 Dec Day 3 Beijing (B/L/D) 
Today is the highlight of our China tour, the climbing of the Great Wall of China, which was first built in the Warring States period (475-221BC) as a series of earthworks erected by individual kingdoms as a defense against each other as well as from invasions from the north. The present day wall was left from the Ming dynasty. Lunch at a local Muslim restaurant near the Great Wall. Shopping at the Jade and Crystal Shop. Visit to Burning Cream Centre. We will ski at the Snow World in the afternoon. Please note that our price includes entrance fee for skiing. There is an additional charge for skiing and renting skiing equipments which is on your own. Go back to downtown for dinner.

26 Dec Day 4 Beijing (B/L/D)
Today’s program starts with the visit to the Tian An Men Square which is the largest city square in the world, bordered by the Great Hall of the People and Chairman Mao’s Mausoleum, then tour the Forbidden City, the complex of imperial palace, which was home to the Emperors for over 500 years. Grand halls and courts gradually give way to more intimate domestic quarters, giving an insight into the pampered isolation of the emperors. After lunch we will Visit to Niujie Mosque -- the oldest Mosque with over one thousand year’s history. Dzohor and Asar prayers will be arranged here. Then we will do some shopping at the most famous Silk Store, which has many kinds of silk materials with the best quality. Enjoy a professional Foot Massage at the Chinese Traditional Medicine Center. , followed by a fabulous tea ceremony at the Tea House. Dinner at the most famous Xin Jiang Muslim Restaurant. After dinner, shopping at the Wang Fu Jing Shopping Street and visit to the Night Food Market which has many halal snacks

27 Dec Day 5 Beijing (B/L/D)
The morning time will be started by a photo Stop at the Olympic Stadiums – The Bird’s Nest and The Water Cube from the outside. We will then do some shopping at nearby Olympic Sponsor Jewelry City & Kitchen Appliance Store. Bazaar Shopping at the famous Yang Guang JInjie Market & Xiushui Market. Before going back to hotel, we will stop by at Hard Rock Cafe Souvenir Shop – the best place to purchase souvenirs. The rest of the time will be spent at Yaxiu Market, the perfect place to practice your negotiation skills.

28 Dec Day 6 Beijing – Kuala Lumpur (B)
Breakfast at hotel. Transfer to airport for departure to Kuala Lumpur.



sape-sape yang berminat, boleh emel kat saya gadisku81@gmail.com untuk maklumat lanjut. :)

till then, tatababai

What's New

Lunchie @ Nandos Alamanda


Pada hari Jumaat yang lepas, adik saya bermurah hati untuk membelanja kitorang makan tengahari. Wahh.. tak perlu disuruh-suruh, kami ok saja. So, lokasi makan tengahari adalah di Nando's Alamanda. Terima kasih kepada penaja tempat kerana sudi melayan kami. Ahakss... #inisemuapoyo


Kami adalah berempat. Saya, adik saya, adik saya dan adik saya. Eh.. jari sape yang paling cun tu.. jari saya la... #inisemuapoyolagi


Set tajaan ini dalam bentuk baucer iaitu One Jumbo Platter which contain 2 whole chickens + 5 large sides. Gilo ko... makan 4 orang je... dah la seme kecik2 kecuali saya la.. Vavavav...


Tu dia.. kalau harga pasaran adalah RM99 ye.. Tapi sebab masa tu kami tengah sengkek, so kita guna baucer je.. So, bayar duit air je la.. Air pun boleh refill sebanyak mana nak.. saya pun apalagi.. tambah air macam kat rumah je.. 



Pihak penaja makan.


Pihak penaja restoran.


Bersedia untuk extra hot?


Makanan pun dah sampai. Amik 4 perasa, Mild, Lemon & Herb, Hot dan Extra Hot. Amik kau.. Tu bila makan tu rasa nak tonggang air je. Tu minta air macam kat rumah sendiri tu.. Kikiki


Lagi ayam. Masa ni meja dah penuh dah.


Tambah lagi ngan side dishes.


Wedges lagi.


Nasi ngan coleslaw. Menjadikan side dishes sebanyak 5 jenis. Perghh.. masa ni memang dah tahan perut dari pagi. So, konon boleh la makan banyak sikit. :P


Hasilnya.. licin pinggan gue. Ini adalah setengah ekor ayam ye. Saya jadikan tulang yang tak macam setengah ekor ayam pun. Lain semua masuk perut. 


Hasil keseluruhan. Ada lagi 3/8 bahagian ayam yang tak dihabiskan. Rugi la dorang ni. Makan cikit. :P Takpe.. yang mana tak abis tu, kita tapau je.


Hepi sungguh orang itu dapat tapau makan ek.. akhir kata, terima kasih kepada pihak penaja makan tengahari kerana sudi menaja makan tengahari saya dikala tengah sengkek.Hehe.

till then, tatababai

What's New

Thursday, April 18, 2013

I'm proud of you


Ini adalah result periksa Iman untuk sekolah agama untuk sesi awal tahun. Saya dah tengok soalannya, bagi kita yang besar ni, memang la senang giless... :P tapi ye la.. bagi budak umur 7 tahun mungkin agak sukar untuk dia memahaminya.

Untuk dapat result macam ni pun, banyak dugaannya. Tengok la.. ada yang tak sampai 70 markah pun. Takpe, it's still a good result. I'm proud of you dear.


Belajar dari kesilapan dan moga untuk sesi seterusnya akan mendapat result yang lebih baik. :)

till then, tatababai


What's New

Wednesday, April 17, 2013

Glowrich Collagen


Assalamualaikum semua... 

saya nak perkenalkan, produk terbaru keluaran EvaRossa Beauté and Health iaitu Glowrich Collagen. Ia merupakan kolagen yang merangkumi keperluan luaran (kecantikan) dan keperluan dalaman (kesihatan).

Produk ini dilancarkan dalam talian pada 10 April 2013. Nampak baru lagi kan, yep.. baru sebulan ia dilancarkan. Mungkin ramai yang tertanya-tanya.. maklum la.. banyak nau collagen kat pasaran ni dan kenapa pulak kena amik Glowrich Collagen (GC) ni kan.


Ini adalah sebab kenapa anda perlukan GC. Kebanyakan collagen mempunyai pure collagen macam Fellina Vit C, yang ni saya dah cuba.. memang berkesan. Gebuss je rasa. Tapi since stok on off, so cari juga la alternatif lain. Kedua, ia ada Vitamin C. Ni pun Fellina ada. Apa yang GC ada, tapi produk lain takde? GC ada Astaxanthin. 

Antara fungsi Astaxanthin adalah?
  • mengurangkan garis halus dan kedutan
  • meningkatkan keanjalan dan kelembapan kulit
  • agen semulajadi pencerahan dan pemutihan
  • mengurangkan tekanan darah tinggi dan kencing manis
  • mengawal obesiti
  • dan banyak lagi...
Boleh google kat Wikipedia pasal Astaxanthin ni ye. Ni saya copy dari Wikipedia.

'The primary use for humans is as a food supplement. Research shows that, due to astaxanthin's potent antioxidant activity, it may be beneficial in cardiovascular, immune, inflammatory and neurodegenerative diseases.[30] Some research supports the assumption that it may protect body tissues from oxidative and ultraviolet damage through its suppression of NF-κB activation.'



Banyak sebab lain kenapa korang perlukan Glowrich Collagen ni. Antaranya, korang tengok kat bawah ni.



See.. bukan sikit-sikit kan. So, macam mana nak guna? Glowrich Collagen ni dalam bentuk serbuk. Ada 2 cara untuk korang ambil GC ni. Pertama, bancuh dengan cara seperti di bawah. Atau, masukkan je dalam mulut dan kunyah macam biasa. Rasa blueberi tau. Sedap..

Boleh ambil sehari 2 kali iaitu pagi dan malam sebelum tidur untuk kesan yang lebih cepat, ataupun sehari sekali samada pada waktu pagi ataupun waktu malam sebelum tidur. Still berkesan juga jangan risau. :) Ikut masing-masing, ada yang cepat, ada yang lambat. Jangan pulak, baru seminggu consume pastu dah give up dah. Tak boleh macam tu tauu.. no..no..noo...kena teratur. Boleh diambil oleh sesiapa sahaja, boboy mahupun gegirl. Dan jangan risau, produk ni Halal dan Selamat.


So, berapa harganya? Buat permulaan ni, harganya adalah :

RM130 bagi Semenanjung Malaysia 
RM140 bagi Sabah / Sarawak

* Postage percuma


Macam mana nak order? Senang je. Boleh contact saya melalui emel gadisku81@gmail.com

till then, tatababai

What's New


Tuesday, April 16, 2013

urusan kerajaan


jika ia lebih baik untukku.. permudahkan urusanku...


till then, tatababai


What's New


Monday, April 15, 2013

Photobook : Ai De Beijing


Photobook Beijing dah sampai.. lama juga la nak design menda ni.. ada la dekat sebulan lebih mendesign menda ni.. pastu lupa.. pastu start balik.. hihihi.. so, akhirnya.. letak je gambar.. sebab bila nak tengok kenangan kat sana.. kadang malas nak godek notebook.. boleh la tengok photobook ek.. 

yang ni saya beli guna photobook pixajoy.com kat livingsocial.com.my. Masa ni tengah offer kalau tak salah saya RM39 untuk 40 pages.


'40 pages Personalized Cheap 'n' Chic Softcover 6" x 8" / 8" x 8" / 10" x 8" Photo Book PIXAJOY (FREE DELIVERY)'

murah kan... saya beli banyak sbb tetiba cam banyak tempat cuti-cuti yang saya pegi menarik.. vavava..

jom layan...
























susun atur dia taklah menarik mana.. tapi yang penting, inilah kenangan saya.... :)

till then, tatababai


What's New
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...