The Other Side of Me

Inspired . Plan. Travel

Follow Saya

Instagram Instagram Facebook Page Twitter

Jemput follow ye ^_^

Monthly Pageviews

Disclaimer

Semua gambar dalam blog ini adalah hakmilik www.anilwanina.com, kecuali jika dinyatakan. Sebarang salinan, cetakan semula, terbitan semula semua gambar dari blog ini tanpa kebenaran pemilik blog adalah dilarang keras. Sekiranya anda ingin berbuat demikian, sila minta kebenaran pemilik blog ini terlebih dahulu.

Mungkin saya tidak nampak, tapi Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui apa yang anda lakukan.


Thursday, April 25, 2013

Cuti sakit seminggu


last monday pegi klinik sebab kaki kiri adalah bengkak. so, pegi klinik kat Presint 14 jumpa doktor katanya. Jangan lupa amik nombor ye. Dan bayar sebanyak RM1 untuk pendaftaran.


Pas jumpa doktor, doktor bagi MC satu hari. Tapi soh amik darah utk check urik asid. Since ritu memang dah tak larat sangat nak pegi klinik P9, makanya terus la balik ke rumah. Mesej puan bos untuk maklumkan saya bercuti sakit, makan ubat dan terus tidur. Bangun tidur je, makin bengkak kakiku. Omaii.. so, hari selasa pula, encik suami bawa pegi klinik kesihatan P9 sbb saya mmg dah tak leh drive dah. Nak jalan pun susah, so dia la tolong bawa dan tolong papah ke klinik. 


Dalam jam 8.30 pagi sampai ke klinik.. terus amik nombor dan dalam setengah jam lepas tu, dah dapat kad. Masa menunggu tak la lama sangat, tapi letih juga la. Sebab sakit kaki ni pelik sikit, bila duduk kaki tak gerak, rasa lenguh ya amat macam nak disuruh berjalan, tapi bila berjalan hatta 2 langkah, mula la sakit dan berdenyut-denyut macam kena cucuk jarum. Masa tu, memang dah dapat agak dah jenis kesakitan yang melanda, tapi tak nak percaya.

So, jumpa la doktor. Hasil pemeriksaan doktor dan sejarah keluarga, sah la saya kena gout. :( sedihnya. Tapi untuk memastikan lagi, doktor soh wat ujian darah untuk check kandungan urik asid. Dah lama gila tak amik darah, last amik darah masa kena ceri beri dulu. So, redha je la demi kesihatan maksima kononnya. Doktor bagi MC lagi 2 hari. So, boleh la berehat berguling-guling di rumah ye.


Walaupun dah tua, tapi tetap takut amik darah dan berselindung di balik langsir demi menyembunyikan pandangan terhadap jarum yang dicucuk di lengan gebus ini. Ahakss.. so, pastu, g amik ubat pula. Tak sampai jam 10 pagi, semuanya selesai, alhamdulillah. Marilah kita pulang ke rumah nak berguling katanya.


Merah kakiku. Inilah kaki yang bengkak tu. Tempat yang merah tu adalah sangat sakit. Kena kain sikit pun tetap rasa sakit.


Nampak beza kaki kanan ngan kaki kiri. Bengkak abis cam telur rebus. Vavavava.. so, sementara menunggu result darah keluar, redha la duduk di rumah dan menikmati cuti-cuti sakit yang amat jarang diperolehi. Doakanlah saya cepat sembuh, dan kalau ada tips atau petua untuk kurangkan kandungan urik asid ni, share la dengan saya. Setakat ni, saya cuma minum air banyak-banyak je. Ada tengok kat youtube,soh minum air yang dah di ionkan. Tapi mana pulak nak dapat. Isk isk.. 

till then, tatababai

What's New

3 comments:

  1. Assalamualaikum puan.
    saya juga sedang mgalami masalah spt puan.
    Smalam saya baru ambik ujian darah utk gout. Dalam 2 mggu lagi kata dok akan dpt result.
    Saya blm pernah alami kesakitan begini brterusan 5 hari dan setelah 1 suntikan ubat tahan sakit namun hbs ubat itu masih sakit
    Semalam saya amalkan minum susu kambing higoat (2x sehari), air rebusan daun pandan dan air masak banyak2.
    Selain itu saya juga diarahkan dok supaya makan ubat pyingkiran uric asid utk tmpoh 5 hari.

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam mie..
    lebih kurang sama dengan saya masa memula dulu.. tapi ubat colchicine tu tak berapa berkesan untuk saya. Jadi sekarang ni, saya control pemakanan.. awak pun macam tu juga.. perkara utama utk pengawalan gout ni adalah kena kawal pemakanan dan minum banyak air kosong..

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^