The Other Side of Me

Inspired . Plan. Travel

Follow Saya

Instagram Instagram Facebook Page Twitter

Jemput follow ye ^_^

Monthly Pageviews

Monday, April 1, 2013

maafkan saya


Assalammualaikum.. April datang lagi... setahun lalu.. bulan April ni sangat menyakitkan.. dan kini.. ia masih menyakitkan.. tapi.. mengapa harus bersedih lagi.. jom kita ceria ceriakan diri.. walaupun fake smile.. tapi yang penting.. biar orang nampak kita hepi.. walau sakitnya hanya dalam hati.. :)

maybe takde orang kisah kot pasal ni.. tapi I DO CARE.. sebab apa? ini adalah kali ketiga saya poskan GIVEAWAY saya pada pemenang GIVEAWAY.. well.. tak senang ye nak buat blog GIVEAWAY ni sebenarnya.. sebelum ni, saya tak pernah experience any problem with POS MALAYSIA. Tapi kali ni, it do make me a bit frustrated.

Nape? 

Sebelum ni saya pernah pos parcel untuk pemenang GIVEAWAY yang saya wat bulan Januari ritu.. tapi seminggu pastu, bila saya follow up semula ngan POS MALAYSIA, status parcel masih di PPL Kajang. So, saya assume maybe dorang lupa nak scan dan update kot. So, saya roger ngan penerima GIVEAWAY ni.. dia kata masih belum sampai. Apakah?

Saya guna POS EKSPRESS wokey.. bukan POS SIPUT. Apakah tak cukup ekspress pos yang saya gunakan itu?

So, saya emel pada POS CARELINE. Berjela gak emel itu. Then, dorang reply. Minta detail maklumat penghantaran untuk semakan. So, saya pun bagi la maklumat tu. 


Then, ini jawapan yang dia bagi. Tengok tarikh dia 21 Februari 2013 ye kawan-kawan. Hari ini, time saya update status ni, bertarikh 1 April 2013, masih tiada jawapan dan parcel pun tak sampai-sampai.

Untuk makluman ye, lepas saya dapat jawapan 21 Feb tu, saya ada pos parcel lain, hadiah GIVEAWAY ni.. tapi yang sakit ati plak tu, bila track & trace, langsung tak masuk rekod. Apakah? Macam mana nak follop up semula ngan POS MALAYSIA?


So, hari ni, bertarikh 1 April, sekali lagi saya poskan semula hadiah GIVEAWAY kepada pemenangnya.



Inilah hadiahnya. Maaflah sekiranya tak comel.


Setelah dibungkus dan ready untuk diposkan. Meja semak woo.. Sila abaikan.

Buat pemenang itu, maafkan saya.. sila salahkan saya. Jangan salahkan POS MALAYSIA, maybe dorang misplace or tercampak sana sini parcel itu dan tak sampai ke awak. Kalau yang ni pun tak sampai juga.. Awak tunggu la saya datang Johor nanti dan hantar sendiri ke awak. Kalau dah dapat, bagitau wokey...

till then, tatababai



2 comments:

  1. susah hati kaktek tengok org kita buat keje. kat sini barang susah sgt nk hilang. kalau misplaced, seller siap replace. depa percaya takde org yg tidak jujur..
    di malaysia, kasut luar rumah pun kena rembat.

    ReplyDelete
  2. mm tu la kak tek.. beza negara sendiri ngan negara orang.. tapi xpe la.. saya percaya maybe dorang tak sengaja wat camtu. Saya ni seboleh-bolehnya tak nak la buruk sangka ngan orang, cuma kesian kat penerima je. dah 2 bulan menunggu.. tak sampai-sampai. ni plak kali ketiga antar. kalau tak sampai gak tak tau la nak kata apa, kena by hand jugak le.

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^