The Other Side of Me

Inspired . Plan. Travel

Follow Saya

Instagram Instagram Facebook Page Twitter

Jemput follow ye ^_^

Monthly Pageviews

Disclaimer

Semua gambar dalam blog ini adalah hakmilik www.anilwanina.com, kecuali jika dinyatakan. Sebarang salinan, cetakan semula, terbitan semula semua gambar dari blog ini tanpa kebenaran pemilik blog adalah dilarang keras. Sekiranya anda ingin berbuat demikian, sila minta kebenaran pemilik blog ini terlebih dahulu.

Mungkin saya tidak nampak, tapi Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui apa yang anda lakukan.


Tuesday, April 2, 2013

Rindu Bertamu di Padang/Bukittinggi - Part 9


Dah masuk bulan 4 dah ek.. cite bulan 1 tak abis lagi.. hahaha..maafkan saya. Ntah macam mana boleh terpanjang plak trip 4 hari 3 malam ni.. Kikiki.. redha je la ye.. :) Okey.. mari kita sambung cerita..

Malam tu tido agak nyenyak gak la.. maklum la, penat kan.Pagi tu, bangun awal sebab Pak Arman akan pick up pukul 8.30 pagi. Breakfast dekat depan bilik je. Indah betul. 2-3 langkah dah masuk cafe dia. Hihihi..


Posing dulu ye..


Menu sarapan pagi adalah nasi goreng, telur dan keropok. Satu je saya perasan kat Bunda Hotel ni, menu sarapan pagi dia terhad. Tak banyak choice. Tapi takpe la. Bukan nak makan banyak pun. Lagi plak kalau dorang masak banyak-banyak pun, sape je la nak makan kan.. Bilik pun bukan selalu penuh. Tapi ok la.. walaupun menu dia terhad, tapi sedap.. :)

So, hari ni jauh perjalanan kami. Sepatutnya, perjalanan hari ni dibuat pada hari sebelum ni. Tapi atas sebab yang tak dapat dielakkan, terpaksa ditunda ke hari ketiga ni. Sepatutnya hari ketiga ni kami akan ke Maninjau, tapi ada tanah runtuh kat situ. So, terpaksa la batalkan hasrat itu dan dan aktiviti hari kedua di bawa ke hari ketiga. Tu yang pack gile tu.

Perjalanan dimulakan dengan meninggalkan Bukittinggi menuju ke arah Padangpanjang. Sebelum tu, singgah sebentar di Kedai Bika, yang menjual kuih Bika. Kat sini dorang panggil kuih neraka sebab dibakar dengan api yang sangat panas. Bila di makan rasa macam kat syurga. Macam tu la.. Hehehe..


Ni kedai dia.


Ada dua jenis kuih. Satu perisa kelapa, satu perisa pisang.


Ni la tempat pembakar dia. Memang panas. Kami yang kat luar ni terasa bahangnya.


Kuih Bika / Kuih Neraka. Bila di makan, rasa syurga.

Hari ni hari Sabtu. Setiap hari Sabtu ni ada pasar awam kat area Pandai Sikek. Sesaknya ya ampun. Mana ngan keretanya, lorinya, orang jalan kaki. Isk..isk.. 

                                 

Suasana pasar awam.. sesak wooo...

Lepas je dari pasar awam tu, kereta masih banyak tapi tak la sesesak kat area pasar awam tu. Lemas tengok. Destinasi seterusnya adalah Tasik Singkarak. Dari Bukittinggi ke Tasik Singkarak lebih kurang dalam sejam setengah campur ngan bersesak-sesak kat pasar awam tadi. Pemandangan ke Tasik Singkarak, masya allah. Cantik sangat. Bukit bukau, gunung ganang. 




Dalam perjalanan ke Tasik Singkarak, kami melalui sebuah masjid, alamak lupa plak nama masjid tu. Tapi Pak Arman kata, masjid popular di kalangan penduduk di situ. Anak-anak lelaki yang belum berkahwin, akan tinggal di masjid tu untuk belajar mengaji sehinggalah mereka bertemu jodoh. 

Tak lama lepas tu, kami pun tiba di Tasik Singkarak. Menurut Pak Arman, Tasik Singkarak ni terjadi hasil dari letusan gunung berapi. Betul atau tidak, wallahu aklam. Tapi tasik dia memang besar. Air dia pun agak jernih tapi dalam tau tasik ni. Kalau tak biasa, jangan la mandi kat situ. Tapi masa saya datang tu, selamba je budak-budak kat situ mandi kat pesisir tasik tu je la. Ada yang kata kat tengah tasik tu ada naga. Tak tau la, budak-budak tu yang cite.. Kikiki..


Satu-satunya restoran atau tempat rehat di Tasik Singkarak. Kat sini ada tandas, so bagi yang ingin menunaikan hajat tu bolehlah singgah sebentar sebelum menikmati pemandangan tasik. Jauh lagi perjalanan tu. Hehehe..


Tengok piring dia. Besar gile. Rasanya boleh dapat channel Malaysia tak? :P



Dalam kedai tu ada jual macam-macam. 


Tehbotol dalam kotak.


Sesi bergambar pun bermula. Macam-macam aksi ada. Tapi ni antara yang paling sopan. Hahaha..


Budak kecik ni pun dah pandai posing. Takde plak dia boring. Alhamdulillah. Hehhee


Aktiviti wajib adalah lompat melompat. 


Bergambar lagi..


Kebetulan masa weols dah nak gerak tu, ada plak bot ni. Oh ye. Boleh je kalau nak naik bot ni melawat keliling tasik. Tapi 'at your own risk'. Life jacket takde, insurans takde. Berdoa je la moga selamat pergi dan balik. :wink:


Cantik kan...

Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Istana Basa Pagar Ruyung. Tapi sebelum tu, nikmati dulu pemandangan yang indah.



Till then, tatababai


What's New

3 comments:


  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...

    Salam dari MINANGKABAU.yang selalu disebut dengan nama BUKITTINGGI PADANG..
    Salam juga dari saya ARMAN..
    Saya nak menyapa tuan dan puan..abang dan akak.
    Bila ada yang nak merancang untuk melawat ke bukittinggi padang..
    Tapi masih tercari cari contact untuk buat urusan..
    Jangan risau..Saya boleh bantu..Saya juga menawarkan harga harga cantik..
    Untuk info detailnya.sila contact saya ditalian...

    Call/sms/whatsapp..+6285374176166

    Email.armanpribadi123@gmail.com.


    Terimakasih..

    Wassalam.....

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...

    Salam dari MINANGKABAU.yang selalu disebut dengan nama BUKITTINGGI PADANG..
    Salam juga dari saya ARMAN..
    Saya nak menyapa tuan dan puan..abang dan akak.
    Bila ada yang nak merancang untuk melawat ke bukittinggi padang..
    Tapi masih tercari cari contact untuk buat urusan..
    Jangan risau..Saya boleh bantu..Saya juga menawarkan harga harga cantik..
    Untuk info detailnya.sila contact saya ditalian...

    Call/sms/whatsapp..+6285374176166

    Email.armanpribadi123@gmail.com.


    Terimakasih..

    Wassalam.....

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^