Rindu Bertamu di Padang/Bukittinggi - Part 10

jom sambung cerita Padang/Bukittinggi.. :)

Destinasi seterusnya adalah Istana Basa Pagaruyung. Sedikit info berkenaan dengan Istana Basa (Source : wikipedia)

' Ia adalah sebuah istana yang terletak di kecamatan Tanjung Emas, kota Batusangkar, kabupaten Tanah Datar, Sumatera Barat. Istana ini merupakan objek wisata budaya terkenal di Sumatera Barat.

Pada tahun 2007, Istana Basa ini telah mengalami kebakaran akibat petir yang menyambar di puncak istana. Akibatnya, bangunan tiga tingkat inihangus terbakar.'

Walaubagaimanapun, sedikit demi sedikit istana tersebut telah dibaikpulih dan masa kami datang tu, walaupun masih belum dibuka untuk pelancong, tapi sedikit sebanyak barang-barang pameran telah di pamerkan.


Bergambar kenangan berlatarbelakang istana.


Lagi sekali...


Lagi...


Lagi...


Dan lagi.. Hahahha.. gile kentang...


Kat bawah istana ni (kalau orang jawa panggil bawah kolong) ada dorang wat sewaan baju minangkabau untuk lelaki dan perempuan. Memula macam nak try, tapi maybe baju tu tak basuh kot sebab sewakan, so ada bau sikit. Kejap kejap bersin, so cancel le..


Ni pintu belakang istana tu. Kalau perhatikan corak dia sangat berseni. Orang yang wat ukiran ni memang jenis orang yang sabar la.. Saya ni tak sabar. Hehehe


Ni plak kat bahagian sisi istana tersebut. Hebatkan kitorang jadi pemangkin istana tu. Hahaha


Yahhh.. sebelah tangan je.. Vavavava


Okey, ni plak pemandangan kat belakang istana. Kat belakang tu tak sure apa mendanya,memula nak pegi tapi kat tasik tu ada biawak besar wooo... masa kitorang nak lalu tu dia tengah nak naik ke darat. So, sebelum biawak tu nampak kitorang, kitorang ca alif bot dulu..



Dalam takut nampak biawak tu, sempat gak bergambar kat tangga ni. Tangga ni cam baru pasang tapi masa saya pijak tu macam goyang skek. Adakah sebab tangga ni rapuh atau saya yang extra berat. Wawawwawa


Ni plak tempat orang simpan padi katanya. Dalamnya kosong, Takde pintu betul nak masuk so tak boleh la nak tengok camne dalam dia. Tapi... boleh juga nak tengok.. tapi kena angkat.. macam kat bawah ni..


Gelap dalamnya...

Moh layan gambar yang tak seberapa ni.. 






Ada gerai souvenir dijual kat parking lot area istana ni. Boleh la nak beli tapi saya tak beli pun.




Batu bersurat.

Dah jalan-jalan.. dah penat. So, makan time. Kami di bawa ke Pondok Flora. Kat sini barulah kami makan nasi padang. Sebab kat sini ada nasi padang je, takde alakad. Lagipun, memang aim nak makan nasi padang kat sini. ;)




Banyak kan makanan dia bagi ni.. tapi saya dah siap-siap asingkan, mana yang nak makan, mana yang tak nak. Senang nanti terambil, tercedok even sikit pun kena bayar. So, asingkan siap-siap.


Bila dan asingkan, ini je la makanan yang kami ambil. Nampak sikit kan..#sikitlasangat. Tapi sebenarnya banyak tu. Tu pun ada yang tak abis. Yang mana tak abis tu, bagi ikan makan.


Tu.. sedap je ikan-ikan tu makan.


Ikan-ikan ni lapar sangat la kot. Ada pengunjung yang 'tercampak' tisu kot, tu pun ikan-ikan tu makan.


Okey... kira pak, berapa semuanya?


Kat luar Pondok Flora tu ada jual-jual barang-barang antik cam keris, parang. Boleh dibeli untuk souvenir kalau mahu.




Bergambar di entrance Pondok Flora.


Ni kat belakang kedai. Cantik pemandangan dia. Ada sawah padi.


Then, dah selamat makan kat Pondok Flora, kami pun berangkat kembali ke Bukittinggi. Dalam kereta tu ada nampak budak-budak sekolah tengah jalan. Tapi sepanjang tengok tu, takde la pulak nampak sekolah berdekatan. Dalam 2km camtu, baru nampak sekolah. Then Pak Arman cakap, kat sini sekolah semua jauh-jauh. Setiap pagi anak-anak yang sekolah kena jalan kaki paling dekat pun 2km nak ke sekolah. Saya yang mendengar, mm.. gigih betul anak-anak kat Bukittinggi ni. Demi mencari ilmu, gigih berjalan camtu. Semoga jadi pengajaran buat kita, bukan senang nak senang. :)

till then, tatababai
What's New
Share on Google Plus

About Anil Wanina

Hi, I'm Anil. A full-time Assistant IT Analyst with passion on traveling. Write about travel, lifestyle, parenting, food, beauty, and event.

0 orang suka :

Post a Comment

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^