Rindu Bertamu di Padang/Bukittinggi - Part 12

Tomorrow is our last day..hukhuk. So sad tapi kena la balik juga kan. Jangan risau, insya allah, ada rezeki dan umur panjang, kita akan kembali semula ke sini. Insya allah. Tapi sebelum tu, marilah kita berjalan-jalan dulu. yeahh..

Inilah hotel yang kami duduk di Bukittinggi. Bunda Hotel. Baru kan. :)


Jalan-jalan kat area Jam Gadang, kat kaki lima tu ada ramai orang jual t shirt, souvenir Bukittinggi. 
Tetapi, saya tak recommend beli t shirt kat sini. Kenapa? Sebab kain dia nampak elok, nampak mahal. Even design dia pun nampak comel. Tapi baju ni tak menggambarkan saiz kita ye. Contoh, kalau kita amik saiz L, saiz sebenar dia adalah M. Kecik satu saiz dari saiz asal. Lagi pulak, baju yang dikatakan nampak bagus kualitinya, bila di basuh jadi kecik. Contoh tadi kita amik saiz L kan, bila pakai rupanya cam saiz M. tapi pas basuh jadi saiz S. Frust disitu.




Ni Iman yang amik gambar. Macam biasa la. Nampak je menda comel-comel ni semua dia suka. Pastu bajet nak beli macam takde je kat Malaysia. :P


Hah.. ni kami beli. Lupa dah harganya berapa tapi murah la. Buatkan untuk Iman. Huruf tu dia yang pilih.



Gigih menunggu ye.


Ambil gambar berlatarbelakangkan Gunung Merapi. Owh. Hari pertama kami ke Bukittinggi ni, petang tu ada sedikit gegaran kat Gunung Merapi tu. Pak Arman kata gunung tu batuk. Dah lama tak batuk, sesekali tersedak dan terbatuk. Gitu la kata Pak Arman.


Beli keychain juga untuk diri sendiri, lepas tu ukir nama sendiri kat keychain tu. Then, jalan-jalan kat Pasar Bawah, tengok tudung tu dipakaikan kat patung tu. Cantik je kan. Nak try buat, tapi tak reti. hahaha



Gunung yang batuk semalam. Dah ok sikit pas minum ubat batuk. Wiee.. Pak Arman kata, masa gunung ni batuk semalam gegaran dia membuatkan kesemua hotel kat Bukittinggi tu blackout. Kalau dia muntah, mau Bukittinggi ni jadi tasik. Begitulah, kuasa Tuhan menciptakan sekalian alam.



Inilah Pak Aldi. Malam terakhir kami di sini barulah nampak muka dia. Cerita panjang lebar ada dekat sejam kot. Masa ni kitorang nak kuar g dinner. Tapi dok menyembang sampai sejam tu, sampai Pak Arman dok sindir, biar Aldi je la yang bawa kami dinner. Hahaha.. Merajuk.. :P

Malam terakhir tu barulah saya lunaskan bayaran hotel, supir, transport dan minyak pada Pak Aldi. Kesemuanya sebanyak Rp. 1,560,000 lebih kurang RM840. (ni currency masa tu le.. skang tak tau dah naik ke turun)

Walaupun kos ni tak termasuk makan, tapi jangan risau weih. Sebab kos makan weols selama 4 hari 3 malam ni dalam Rp. 420,000 je. Spend untuk lunch and dinner je. Untuk breakfast makan kat hotel kan.

Saya siap asingkan Rp. 1,000,000 untuk kos makan ni tapi tak habis pun. Yang abis duit soping je. Hahahah..


So, lepas sembang ngan Aldi, Pak Arman tanya kitorang nak makan apa. Since tengahari tadi dah makan  nasi padang kan, kenyang lagi sebenarnya. Tapi kang takut malam-malam lapar plak. So, kami minta Pak Arman bawa kami ke tempat yang ada jual Murtabak Mesir.

So, Pak Arman bawa kami ke Restoran Sederhana. Walaupun namanya Restoran Sederhana, tapi harganya tak la sesederhana mana pun.




Dorang nak tutun kedai kot ni, dorang bagi air teh sorang satu. Dah la teh takde gula. Mau sembelit 3 hari 3 malam.


Murtabak mesir sorang satu. Sedap juga tapi yang kat Rumah Makan Pak Datuk tetap the best.


Kat luar restoran tu ada orang jual-jual kain sulam, telekong. Yang ni, saya beli telekung je untuk souvenir adik beradik. Kena hati-hati dengan beg duit sebab masa kitorang tengah membeli tu, ada perasan sorang budak ni dok aim beg duit saya. So, saya cepat-cepat bayar dan simpan beg duit dalam beg, kepit dan masuk dalam kereta.




Hari terakhir di sini, kami disajikan dengan nasi lemak. Sambal dia sedap wokey. Rasa nak belajar resepi sambal dia je. Tapi dah nak balik kan. #alasanlagi


Last day, haruslah budak kecik ni hepi.


Since flight kami petang, Pak Arman bawa kami singgah dulu di Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau. Pusat ni terletak di Padangpanjang. Kalau nak tau maklumat berkenaan dengan kebudayaan Minangkabau ni, haruslah kesini ye. Sepatutnya kami ke sini dulu masa hari bertolak ke Bukittinggi. Tapi tak sempat, so last day plak baru pegi. Takpe la, janji sampai. :)



Di sini, kami di layan oleh nona manis lupa nama dia. Sori. Muda lagi budaknya tapi pengetahuan dia berkenaan dengan Minangkabau ni sangat luas ye. Saya ni kategori banyak soalan juga, semuanya dijawab oleh dia dengan tenang.





Bergambar bersama nona manis.



Jom main kawen kawen.




Dan usai selesai melawat sekitar Pusat Dokumentasi ni, kami pun terus ke airport. Sampai airport lebih kurang dalam jam 12 tengah hari.


Inilah Pak Arman. Very humble person.




Masa pegi, beg timbang 19kg je ye. Masa balik tengok jadi 24kg. Seb tak exceed baggage.




Sebelum tu, sediakan dulu Rp.100,000 seorang ye. Ni termasuk kanak-kanak tau. Kalau 2 dewasa, 1 kanak-kanak, kena la bayar Rp.300,000. Kalau 2 dewasa, 1 bayi, pun kena Rp,300,000. Tapi kalau tengah peknen dia tak kira sebab dalam perut lagi. Hehehe

till then, tatababai



What's New
Share on Google Plus

About Anil Wanina

Hi, I'm Anil. A full-time Assistant IT Analyst with passion on traveling. Write about travel, lifestyle, parenting, food, beauty, and event.

6 9 orang peminat :

  1. tingin gak nk sampai pdg dan bukit tinggi ni. Dh tgk2 harga AA march tahun dpn tp tu la...tak tau laa pulak budak cuti sekolah bln 3 tahun dpn brp hari bulan, huhu..

    ReplyDelete
  2. try je kak.. saya beli tix ni Januari 2012.. terbangnya Januari 2013. gile lama.. masa beli plak lupa anak dh masuk darjah 1.. tak pepasal kena ponteng sekolah sehari..

    ReplyDelete
  3. bole sye tau email n no supir tu

    ReplyDelete
  4. @marshumallo,
    nam supir tu Aldi, boleh emel kat dia aldi_safri@yahoo.com

    :)

    ReplyDelete

  5. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum.

    Saya pak arman..yg akak anil wanina maksud kak blog ni.saya nak tumpang iklan iuga kat sini.kalau ada ug nak pi kat padang.jangan risau hati.saya boleh bantu.saya tawarkan harga2 cantik.dan pakej yg berbaloi....

    Untuk info selanjut nya.sila hubungi saya di talian..

    No tel:+6285374176166.
    Whatsapp:+6285374176166.
    Fb.komen ajo.
    E mail:arman pribadi123@gmail.com.

    Terima kasih.

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^