The Other Side of Me

Inspired . Plan. Travel

Follow Saya

Instagram Instagram Facebook Page Twitter

Jemput follow ye ^_^

Monthly Pageviews

Disclaimer

Semua gambar dalam blog ini adalah hakmilik www.anilwanina.com, kecuali jika dinyatakan. Sebarang salinan, cetakan semula, terbitan semula semua gambar dari blog ini tanpa kebenaran pemilik blog adalah dilarang keras. Sekiranya anda ingin berbuat demikian, sila minta kebenaran pemilik blog ini terlebih dahulu.

Mungkin saya tidak nampak, tapi Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui apa yang anda lakukan.


Friday, April 12, 2013

Sunny Gold Coast Morib


it will be the long entry.. sebab saya malas nak pecahkan.. :D

Sejak Iman darjah 1 ni, jadual cuti saya pun ikut berubah. Kalau sebelum ni, boleh cuti ikut suka hati maklumlah cuti tahunan banyak kan. #banyaklasangat.. So, kali ni kalau nak cuti kena pegi time cuti sekolah la. Banyak sebab yang kena pertimbangkan, bila Iman dah sekolah ni. Takkan nak ponteng sekolah pula. Baru darjah 1 dah ajar nak ponteng sekolah, tak patut la kan. So, elakkan selagi boleh elakkan. ;)

Destinasi cuti sekolah awal tahun ni adalah Gold Coast. Bukan Gold Coast Australia ye. Belum mampu lagi nak ke sana. :wink: tapi Gold Coast Morib. Perjalanan dari rumah ke destinasi lebih kurang dalam sejam sahaja. Alhamdulillah.. walaupun ada cabarannya, tapi tetap sampai walaupun lewat sejam. 

Fakta #1
Kat sini parking berlambak, dekat atau jauh je. So, tak perlu risau.


Baru sampai ni, panas terik woo...jauh plak parking tu. Redha je la kena menapak ke lobi hotel.

                                           

Selamat datang ke Gold Coast Morib. Silakan masuk.



Ada 3 kaunter kesemuanya. #lambatgilenakcheckin. Kami sampai kul 4 petang ni pun masih ramai lagi yang tengah queue nak check in.


Masa menunggu untuk check in lambat la sikit. Ada dekat setengah jam kot. Tapi mostly yang check in ni dah ada buat reservation awal. So, cepat la sikit. Cam saya, saya beli voucher kat streetdeal.my dengnan harga RM168, termasuk breakfast untuk 2 orang, entrance ke theme park untuk 2 orang. Tak termasuk dinner ye. So, masa check in tu, present voucher tu beserta dengan reservation yang saya dah buat thru emel. Check in berjalan dengan lancar walaupun lama menunggu, masa saya check in, tiada deposit di kenakan.

                                

Fakta #2
Ada certain orang yang check in dia minta deposit. Cam saya, dorang tak minta. So, sediakan duit secukupnya. 



Iman yang sabar menunggu. Masa ni dia dah excited benar dah, tapi dok cakap sabar, sabar.. jap lagi kita mandi ye..

Fakta #3
Kat sini ada kemudahan kedai, internet cafe, massage, karaoke pun ada. Tapi takde ATM machine tau. Since ini first time saya ke sini, tak sure dorang ada kenakan deposit ke tak. So, masa dah sampai tu boleh plak terfikir, kalau dorang minta deposit macam mana? Tak cukup duit ni. So, kitorang patah balik ke pekan Banting wokey. Ada dalam setengah jam perjalanan dari resort. Sebab tu kitorang check in lambat. Kedai semua memang ada kat sini kalau korang nak beli makanan ke apa, tapi junk food je la kot. Koman-koman pun roti. So, kalau tak amik dinner dan malas nak kuar (sebab kedai makan jauh wokey, paling dekat kat depan Rumah Peranginan Persekutuan Morib - tapi tu pun tak sure buka sampai malam ke tak), so kalau perut korang leh tahan lapar pas terjuk tiruk kat kolam mandi tu, takpe la.. cam weols, tak tahan.. so kitorang bawa bekal siap-siap. Air dia pun mahal la gak, cam air gas tu botol 500ml tu dah dekat RM3. Boleh dapat botol besar. Saya bawa bekal ngan air masak bekas besar lagi saya bawa. Plak tu tetiba kat sini kuat plak minum air, maybe sebab panas.



Dari lobi dah boleh nampak theme park. Hati dah teruja. Mengalahkan Iman.. hikhikhik


Kat lobi ni ada wifi, so don't worry. Boleh check in and update status facebook ye..

                                 

Fakta #4
Wifi cuma ada kat lobi je. Kat bilik takde wifi wokey.

Okey, dah selesai urusan check in, kami pun naik ke bilik. Dapat bilik 2333, Tingkat 3. Dok berharap moga bilik tu berdepan dengan theme park. Please.. please.. sampai-sampai bilik tengok rupanya berdepan dengan ni....

                                 

Omaii.. takpe la...janji dapat bilik.... #redhadalamterpaksa

Fakta #5
Agak tak menarik ye dok bilik berdepan dengan kilang ni. Sebabnya panas membahang, pastu pagi-pagi plak ada bau yang kurang menyenangkan. Saya siap tuduh-tuduh Iman kentut lagi, tapi dia siap cakap, 'betul kita tak kentut lagi pun ari ni..' kena tutup balkoni tu. Barulah takde bau, tapi ye la.. kena buka tutup juga sebab nak sidai baju basah bagai kan.. redha lagi....

Pemandangan dalam bilik. Tu dia. Dari hujung katil dah leh nampak bilik mandi ye. Saiz bilik mandi sangat la besar. Boleh muat satu lagi katil queen dalam tu.



Ni model bilik mandi. Berdiri elok je dalam jakuzi amik gambar. Tingkap tu bole buka lagi besar tau. Kalau mandi kat shower tu dan buka tingkap, boleh tengok tv skali. 


Dari tingkap plak. Nampak jakuzi tu? Besar tau.



Antara view lain


Katil, single bed dua. Yang lain dah penuh. Boleh la, besar, ala-ala katil king.


Ni kat luar, ada kerusi dan meja kalau nak bermalas-malasan kat luar. Tapi panas weih. Tak kuar pun, ada jugal tempat sidai baju.


Kotak tisu comel turut disediakan.


Penanda arah kiblat kat atas lantai. Senang nak ukur.


Toiletries




Fakta #6
Antara kemudahan lain dalam bilik adalah :
- peti besi
- electric kettle
- mini frigde
- television
- kipas
- aircond

                                      

Bakul bekal yang kami bawa. Macam-macam ada. Siap bawa sos, kicap.

                                          

Kicap ABC saus manis yang sedap.


Sampai pun dah petang kan. Haruslah lapar. So, mari kita makan bekal dulu. Hehehe.. ni tapau nasi kandar kat pekan banting, pastu ada bawa bekal bihun goreng, buah lai siap potong, tabur dengan asamboi dan asam kulit limau. Sedap di makan ketika sejuk.


Masa check in tadi dia ada bagi pas masuk ke theme park. Include dalam pakej yang weols amik. Dapat 2 pas sahaja. Kalau ada bawa anak-anak ke, boleh beli pas kat kaunter sebelum nak masuk theme park. Valid sepanjang masa uols menginap di sini ye.


Okey. kami dah ready nak g mandi.


Hah.. ni yang saya cakap tadi, pas masuk ke theme park cuma ada dua je. So, kalau ada 2 dewasa 1 kanak-kanak, kena la beli lagi satu pas kan. Takkan lagi sorang nak tengok je.

Fakta #7
Kalau yang menginap tu, 2 dewasa 1 kanak-kanak, beli la pas masuk tu untuk kanak-kanak je. Yang free tu biar dewasa pakai. Sebab? Tiket kanak-kanak murah sikit.

Dewasa : RM35
Kanak-kanak : RM20

Kalau membership :
Dewasa : RM17.50
Kanak-kanak : RM10

Fakta #8
Tapi kalau datang kawan-kawan ramai-ramai semua orang dewasa. Cam rugi je kalau amik bilik studio suite ni. Baik amik apartment. Dalam RM300 je camtu, ada 6 pas masuk. Siap ada breakfast. Tak rugi pun kan. Kira sorang RM50 je.


Dah masuk dalam theme park.


Ramai woo orang. Cuti sekolahlah katakan.  Antara tarikan dalam theme park.









Fakta #9
Lepas korang mandi, kalau korang jalan semula ke lobi hotel atau ke lif, sila berhati-hati ye. Sebab kat sini lantai sangat licin. Memang dia letak papan tanda, 'AWAS LANTAI LICIN' tapi ye la kan, malang tak berbau. Even kita alert sekalipun, kalau dah namanya malang, tetap kena gak kan. Kalau pakai selipar, pakailah selipar yang grip sikit. Dorang ada gak letak cam mesin untuk keringkan lantai tu kan (yang menda biru tu) tapi kalau dah orang kerap lalu lalang kat situ dalam keadaan basah, mana dah nak keringnya. So, hati-hati ok. Saya cadangkan kepada pihak hotel untuk sediakan karpet (bukan minta carpet mahal pun) sepanjang halaway dari entrance theme park ke lobi atau ke lif. Letak carpet cam untuk lap-lap kaki yang kasar tu. Apatah nama dia. Sambil-sambil boleh keringkan kaki, keringkan selipar, dapat mengurangkan risiko kemalangan.

Tak puas mandi sebenarnya, tapi dah petang dan theme park pun tutup pukul 7 malam. Boleh je nak mandi sampai tutup theme park tu tapi kitorang nak tengok sunset. Hihihi. Bukan salu dapat tengok sunset kat tepi laut ni kan.


Dah siap mandi, dah siap semua, marilah kita bersunset kat tepi laut.


Dari tingkat 3 tu, ada jalan shortcut ke Pantai. Turun tangga 3 tingkat. Exercise katanya. Konon.




Layan sunset kat The Pier.





Iman dah menggeletis nak main pasir. Main la nak oi.. 



Mama dia plak sibuk nak posing sana sini.. Posing la mama oiii..







Ni mesti amik. Sanggup menapak kat entrance resort maghrib-maghrib sebab nak amik gambar ni.


Malam tu, kami tido dengan lena ya amat. Penat main air kat theme park la katakan. Esoknya, bangun pagi-pagi, sarapan dulu. Ni kalau turun awal memang ramai wokey. Takde tempat. Ala-ala cam First World Genting Highland tapi lagi crowd sebab dia takde section-section cam kat Genting tu. So, sangat crowd. Nak amik makanan pun sampai rebut-rebut. Queue bukan main panjang.

Fakta #10
Kalau nak breakfast, takpe kot kalau korang turun lambat sikit, takde la rebut-rebut sampai pinggan jatuh bagai. Kalau lambat pun food still ada. Walaupun breakfast dia tulis sampai kul 10 pagi, tapi kalau korang turun kul 10 pagi pun makanan still ada. Even ramai lagi dok makan lagi masa tu.

Antara menu pagi itu.


Kari dia masin. Nak kawen agaknye tukang masak ni. Jangan marah ye tukang masak. Gurau je. :P



Lepas breakfast, kononnya nak g jalan pantai, tapi Iman dah excited nak g mandi kolam. So, dorang je la pegi. Saya tetiba tersakit perut plak so dok mandi kat tandas je la.


Penuh parking tu.

Okey, masa untuk check out.



Fakta #11
Masa check out alhamdulillah cepat je sebab takde deposit. Tapi bagi yang ada letak deposit tu, proses check out akan jadi lambat sikit ye, sebab time tu memang ramai la orang nak check out, yang nak check in pun ada. Untuk yang nak check out, dorang akan check bilik dulu sebelum kita dapat balik deposit tu. Bila semua dah clear, barulah dorang pulangkan deposit tu.

Fakta #12
Bagi yang baru nak check in. Walaupun masa tertera untuk check in adalah jam 3 petang. Korang boleh je datang seawal jam 12 tengah hari. Nak lagi awal pun boleh. Masa tu Korang akan dapat wristband untuk masuk theme park dulu la kot. Kunci kendian. Tapi takpe, yang penting dapat mandi manda kat theme park dulu. Tak la masa korang terbazir nanti. Nanti bila dah dapat kunci, tinggal naik bilik dan rehat puas-puas.

So far, pengalaman kami stay kat sini ok, best dan alhamdulillah, Iman pun seronok. Mungkin ada certain part boleh di improve lagi. Insya allah, ada rezeki, kami akan datang lagi.


Babai Gold Coast Morib.


till then, tatababai

What's New

2 comments:

  1. Hi.. nk tanya, mcm mana makanan kt situ yer? Out of 5, brapa score puan bg?

    ReplyDelete
  2. makanan untuk breakfast biasa-biasa je.. since untuk setiap pakej yang ditawarkan adalah termasuk breakfast, so.. belasah je.. markah saya bagi untuk breakfast : 2/5

    kebetulan ritu masa time saya pegi.. kari masin, sup masin.. seme masin.. garam laut tumpah agaknya..

    kalau untuk dinner saya tak sure pulak.. :)

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^