pengalaman interview COTI

hai semua.. minggu ni jadual adalah sangat pack.. tak terlarat nak handle semua tapi gigih dan bertabah menguruskan semuanya.. walau ada yang tak sempurna, tapi biasa la.. kita manusia biasa kan..

cite konvo tak abis lagi tapi hari ni nak cerita saya baru je selesai temuduga untuk program eksekutif COTI. Terus terang, memang tak sempat nak stadi pun sebabnya, semalam baru balik dari Johor. Balik dah penat, memang sah-sah le tak sempat nak wat preparation.

So, hari ni pegi interview pun time ni la baru nak pegi fotostat buku servis, time ni la baru nak print surat. Adoiii.. bertabahlah ye..

so, masa sampai tu ramai la juga yang hadir dalam temuduga ni. Bukan mudah ye. Ahli panel tu bagitau, seramai 400++ orang memohon dan seramai 300++ orang terpilih untuk menghadiri temuduga. Daripada 300++ orang itu, seramai 20 orang yang akan disenarai pendek untuk pergi ke Korea. Daripada 20 orang tu, 10 lelaki dan 10 perempuan. So, sangat tough disitu dan ada harapan untuk tak berjaya pergi.

Saya dipanggil masuk bersama-sama dengan 2 orang pegawai lain pun orang IT juga. Dalam bilik tu ada 2 orang panel penemuduga, sorang lelaki dan seorang perempuan. Memang nebes tak terkata le. Tapi buat-buat relaks. Memula dorang cite dulu pasal tatacara temuduga, soh kitorang relaks. Tapi ye la.. dah namanya temuduga, haruslah ada sikit rasa nebes kan.

Soalan pertama dia tanya, pasal family. dah kawen ke belum, ada halangan ke kalau dapat ikut program ni.. ni seme dalam bahasa melayu dan tak formal.. alhamdulillah...

then masuk soalan interview dalam bahasa melayu juga, dia tanya apa visi COTI. saya ni memang sah-sah tak stadi le, so tak tau.yang lagi 2 orang pun kata tau, tapi tak dapat jawab juga.mungkin nebes sangat. panel tu siap bagi klu, THINK... THINK... THINK... tapi still tak dapat jawab. so, last2 dia bagi jawapan. :P

soalan kedua, dia tnya, kenapa nak pergi korea? kenapa nak join program ni? so masing-masing jawablah dengan penuh konfiden katanya. Saya pun harus la bantai bagi point denga konfidennya maklum la dalam bahasa melayu, harus la goreng sampai garing kan..yang tak boleh blah, dia soh wat gwiyomi.. hukhuk.. dah la tak pandai.. so dia soh wat gak.. seb la sblm ni ada soh anak buat buat kan.. so ingat-ingat camtu je la.. lepas buat tu panel tu siap gelak-gelak lagi.. bertabahlah. maybe dia nak tengok kita sporting ke tak kot... #bersangkabaik takpe.. kita buat je..

masuk soalan ketiga, dalam bahasa inggeris plak. masa ni dah terus cam... isk isk. boleh ke ni.. dia tanya pasal 'look east policy'.kalau dalam BM haruslah senang menggoreng, ni dalam BI, rasa cam susah je.. so bantai la cakap pasal 'look east policy' tapi byk berkisar tentang teknologi.

soalan seterusnya juga dalam BI, apa kelebihan 'look east policy' dan masihkan ia relevan untuk di apply since dah lebih 30 tahun kita gunakan. hamikkk.. bertabahlah,.. goreng je la dalam BI tu pun siap ada lah lahh kat belakang..hahaha..

akhir sekali, dorang ucapkan tahniah kalau dapat, kalau tak dapat cuba lagi.. siyes.. nebes sangat...sebelum ni penah la g interview pertukaran belia korea tu, tapi lama dah.. so.. pengalaman yang cukup berharga..kalau ada rezeki, alhamdulillah.. kalau takde.. takpe la.. dah mencuba kan.. insya allah.. tahun depan cuba lagi.. :)

till then, tatababai

What's New
Share on Google Plus

About Anil Wanina

Hi, I'm Anil. A full-time Assistant IT Analyst with passion on traveling. Write about travel, lifestyle, parenting, food, beauty, and event.

1 9 orang peminat :

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^