The Other Side of Me

Inspired . Plan. Travel

Follow Saya

Instagram Instagram Facebook Page Twitter

Jemput follow ye ^_^

Monthly Pageviews

Thursday, May 2, 2013

pesta buku 2013


mula-mula tengok kasut dulu..hahahhaa motip?? abaikan kesengalan ini.. hari pertama pakai kasut baru.. :P tapi akibat lupa menggigit kasut ini.. kasut ini telah menggigit kakiku sepanjang perjalananku ke pesta buku.. hukhuk..gigit dia balikkkk.. ngeeee


walaupun kaki buruk.. kasut tetap comel kan... kann kannn... :P


so, inilah kami. masa ni dah dalam bas dalam perjalanan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Sempena Kembara Ilmu yang dianjurkan oleh pihak jabatan, maka barulah berpeluang ke sini. kalau nak tunggu pegi sendiri.. memang susah sikit la. mana nak cari parking, mana nak meredah lautan manusia kat dalam pesta tu. isk isk.. so, seawal jam 9 pagi, bas kami dah bergerak dari putrajaya menuju ke PWTC.


amik gambar dulu sebelum menidurkan diri dalam bas. huhu.. tipu. saya tak tido pun. sepanjang dalam bas tu, dok menikmati pemandangan kat luar yang sesak ngan kenderaan, bendera-bendera parti.. huhu.. PRU oh PRU..


lebih kurang dalam jam 9.30 pagi. kitorang pun sampai kat PWTC. bas kena la benti jauh sikit kan.masa ni dah sesak dah ngan bas-bas pesiaran lain.  


banyak juga la student-student dari macam-macam tempat.ada dari raub, dari nilai, dari johor pun ada. 


untuk student ni, harus la dorang di briefing dulu oleh cikgu dorang kan, kang ilang nak pegi mana, nak kumpul mana. ni pun masa kitorang datang, ada budak-budak tadika kot. hebat tul cikgu cikgu dorang ni jaga budak-budak tadika ni. 


sebelum kul 10 pagi tu, dorang ada wat persembahan kat ruang legar. tapi lepas tu pun ada macam-macam persembahan. ada puppet show, bersama penulis dan macam-macam lagi la. best...


pesta buku ni ada kat satu PWTC. jalan mana-mana dalam PWTC ni, memang ada booth. so, kalau korang malas nak pusing-pusing, korang tengok dulu kat papan kenyataan kat mana lokasi booth yang korang nak pegi tu. contoh kalau korang nak pegi kat booth karangkraf, cari betul-betul kat mana,dan terus pegi. takde la korang sesat barat cari tempat tu kat mana. sebab banyak dewan dia gunakan. 



antara booth buku yang ada..






antara persembahan kat pentas utama.


di perkarangan booth karangkraf. Karangkraf ni je dah satu dewan.. dah macam kedai karangkraf.



 pastu ada banyak lagi booth saya pegi. tapi tak dapat dah nak amik gambar sebab orang dah ramai. pastu plak, tangan dah penuh kiri kanan. hahahaha


kenal tak ni? penulis Ain Maisarah. cantik booth dia. siap ada sesi bersama ngan Ain Maisarah. Pastu dia tandatangan novel yang kita beli, siap sembang-sembang ada la dalam 5 minit. memula tu tingin juga, tapi yang beratur tu ramai budak-budak sekolah. panjang plak tu queue dia. so, amik gambar je la.. :)


dah abis soping, sementara menunggu yang lain, baca buku dulu. Ni antara buku yang saya beli kat sini, 'Biarkan YM terus berbicara.' Walaupun tak pernah baca novel yang pertamanya, tapi yang kedua ni tetap best. Beli ni pun asalnya kawan kirim. tapi tengok macam best, so beli la dua. ;)

 pesta buku kali ni, memang best. dan banyak diskaun-diskaun dan hadiah hebat menanti pengunjung... moh kita.... ;)

till then, tatababai

What's New

0 orang suka:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^