saya sudah... anda bagaimana?

by - 12:10:00 PM

marilah mari... pergi mengundi.. tunaikanlah kewajipan pada negara... :) nyanyi kita yeee... :P korang dah pegi mengundi?? alhamdulillah... saya baru je selesai menjalankan tanggungjawab saya pada negara.. alhamdulillah.. semuanya berjalan dengan lancar.. seawal jam 9 pagi saya keluar ye.. tak la awal sangat.. ayah saya orang pertama sampai di pusat mengundi dan orang pertama menjalankan tanggungjawab mengundi di pusat mengundi itu.. :) semangat katanya... maklumlah.. semangat orang veteren ni lain sikit dari orang muda.. orang muda ni kan berdarah panas.. hihihihi


bersiap sedia nak pegi mengundi. ni ada kereta datang amik kat rumah. siap ada bendera lagi. semangat kepartian jelas disitu. :)


lokasi mengundi saya adalah di ADTEC Shah Alam. Masa sampai tu, dah ramai orang beratur kat luar. Adoii.. dah la matahari dah naik, makanya terpaksa jua beratur dalam keadaan panas itu ye. Kalau tau panas camtu, haruslah saya ikut ayah saya jadi antara pengundi pertama tiba di pusat mengundi. Hihihi..


Itu dia.. beratur beramai-ramai. Masa ni la jumpa kawan-kawan lama. Ada yang ok, siap salam-salam. Ada juga yang sekadar berhai-hai, dan babai begitu saja. Takpe la.. kita senyum saja. :)


Sementara menunggu, pastikan tangan adalah bersih ye. Bukan satu tangan je, kedua-dua tangan adalah bersih. So, ini adalah tangan kiri yang sangat bersih #bersihlasangatnye


Diluar pintu masih tu, dah ada notis dari SPR. Di situ juga tempat terakhir peraih-peraih undi meraih undi mereka. Dari situ, macam-macam sikap kita boleh nampak. Biasalah.. saat-saat akhir kan. Mana la tau dapat mengubah undi. Walaupun hanya 1 undi, ia tetap berharga. :)


Pusat mengundi. Kat sini dah ada polis jaga.


Tu dia. Abang polis bersama wakil SPR. Ada la 2-3 orang wakil SPR di situ. Kesemuanya sangat ramah. Polis je ada masam sikit, kang terlebih ramah susah juga kan. Hehehe


Wakil SPR sedang memberi penjelasan tentang menghantar warga kurang upaya masuk mengundi. Macam kes makcik ni, akak bagi pepel tu hantar mak dia pegi mengundi, nak masuk sekali la. Tapi dia belum mengundi lagi, pusat mengundi kat tempat lain. So, wakil SPR ni explain, kata kalau boleh dia tak yah masuk sebab dia belum mengundi lagi. So, nanti ada wakil SPR yang akan hantar makcik ni ke dalam since makcik ni ada keupayaan untuk melihat dan menulis kan. Bagus pegawai ni.. saya suka... saya suka... :P


Ni pulak yang queue kat belakang kitorang. Ramai woooo...


Sampai kat first point, kat sini dorang akan check kita di saluran berapa. Yang beratur panjang tu kat untuk ke sini la..yang check pun 2 orang je. Sorang check kat notebook, sorang bagi nombor.


Saya sudah berpeluh wokeyy... 


Ni antara pegawai yang bertugas. Check no ic, yang sebelah bagi nombor saluran berapa. Lepas tu ada wakil parti duduk kat belah belakang jadi pemerhati.


Saya adalah di saluran 2. Mak kata saluran 2 ni untuk orang-orang muda.. Wawawawa.. mudanya saya.. kikikiii..


Beratur lagi nak masuk bilik mengundi di saluran 2. Panjang wooo queue dia. Tapi nasib baik masa ni dah berangin sikit. Cuaca pun dah ala-ala mendung berarak lalu. Hahahhaa


Bersama adik menjalankan tanggungjawab kepada negara. :)


Ke saluran 2 kita yee


Memula 1 line panjang gile... lepas tu pegawai SPR tu soh wat 2 line. Sekali masuk 2 orang. Ada 2 orang la yang akan calit jari tu.So proses dia cepat sikit. Lagi plak cuaca dah mendung kan, kesian kami kalu hujan nanti. :P


Antara tatacara yang ditampal di luar untuk perhatian pengundi


Lagi maklumat tentang penggunaan dakwat kekal


Tatacara pengundian.


Sampai jam 5 petang ni je tau.. bukan petang esok..


Garisan menunggu. Kena tunggu kat sini. Dah kena panggil dengan polis tu baru boleh masuk. Lepas ni terus simpan telefon. 


Saya sudah.


Jari lain tu kena wat inai kot.. hahahaha


Kemudian keluar dalam keadaan senyap. :) Di luar pagar ada la wakil-wakil dari macam-macam parti yang menghulurkan bantuan selain dari yang meraih undi. :)


Lagi wakil parti yang menghulurkan bantuan.


Antara kereta parti yang mengambil dan menurunkan penumpang. Naik je mana-mana kereta, dorang akan hantar ke pusat mengundi. :)

So, saya sudah menjalankan tanggungjawab saya. Anda bagaimana?? Jangan tunggu lagi.. pegi la mengundi.. setiap satu undi adalah sangat berharga. Kita sebgai rakyat adalah penentu masa depan negara. Jatuh bangun negara Malaysia ni, adalah bergantung kepada setiap undi yang kita berikan. Petang ni dijangka hujan, so keluar awal tau.. :) bawa payung juga kot la tetiba hujan kan.. standby je.. apa salahnya..

lepas ni, saya akan bergerak ke Johor pula untuk persediaan konvokesyen.. so apa jua keputusan PRU hari ni..bergantung pada kita. Kita yang memilih siapa yang patut mewakili kita untuk masa depan dan hala tuju negara kita. Kita mampu memilih yang terbaik.. :) sape jua yang menang, tahniah le... yang kalah pun.. tahniah juga.. ini adalah adat bertanding.. mesti ada menang kalah.. terima kemenangan dan kekalahan dengan hati terbuka.. kerana itulah suara rakyat. :)

till then, tatababai

What's New


You May Also Like

0 orang suka

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^