Monday, July 8, 2013

Pre-Convo UTM 2013


setelah lama tak update... bukan sikit punya lama.. gile lama... bertabah je la... this will be a quite long entry.. bukan entry sangat pun.. gambo je banyakk... tapi sbb semua cantik2.. so masukkan je semua.. hahaha.. perasan tul..

ini adalah entry berkenaan dengan pre-convocation.. majlisnya pun udah lama selesai.. :P dah lebih 2 bulan berlalu..baru hegeh nak masuk gambar.. untuk tatapan sendiri di masa hadapan insya allah..

so, pada 6 Mei 2013, adalah harinya.. since sesi untuk program saya adalah pada sebelah petang, so, sesi pagi diperuntukkan untuk sesi  amik-amik gambar pre-convocation..

pagi tu bersiap-siap kat hotel..mekap ala kadar je sebab tak pandai mekap ponggg.. #tddmka


cermin cuma ada dalam bilik air je.. nasib la cermin besar.. so, gunakan sebaiknya.. memakai baju warna tema pepel dan tudung putih agar match dengan baju konvo kaler dark pink gitu.. barulah sedondon-dondon.. ;)

setibanya di parking, apalagi.. keluarkan pula baju konvo yang mak aiii.. berat nauuu.. kain plak jenis panas... ini boleh mendatangkan kecairan pada mekap yang tak bape mekap ni... tapi demi nampak cantik pada gambar... belasah je.. walau peluh dah titik-titik tapi asalkan gambar cantik..persetankan semua tu.. hahahha


bersiap pula bercerminkan cermin tingkap kereta.. asal adoo...


betul-betulkan jubah.. jubah ni nak pakai sampai petang.. fuhhh.. panasss...kalau ada kipas dalam jubah tu takpe la jugak..


dan akhir sekali.. topi konvo.. inilah.. hasil pembelajaran selama 3 tahun 6 bulan..demi nak pakai jubah ni.. demi nak pakai topi ni.. demi segulung ijazah.. 


tacap sikit lagi...


dan sikit lagi.. bagi nampak sempurna pada mata saya.. ;)

dan akhirnya...bergambar bersama sikecil yang memontengkan sekolah demi ikut mamanya konvo.. hihihi


senyuman seorang graduan...


scene ni harus dibuat.. campak-campak topi.. pastu jatuh tak kemana-mana..


dan ini.. lompat-lompat.. berjaya pada percubaan kali pertama.. wawawaaa can see the excited face... ;)


percubaan untuk baling lagi.. tapi tak jadi pun.. sbb official photographer dah panggil.. oh ye.. yang amik gambar ni adalah encik suami sendiri.. tapi dia bukanlah official photographer kitorang.. official photographer utk gambar pre-convo ni kitorang hired khas dr JB. insya allah.. kalau rajin, saya wat next entry.. gambar2 dia pun dah sampai.. dah sampai ke saat ni.. saya tak tengok lagi gambar pre-convo dari official photographer.. hahaha.. nampak sangat BIZI tak hengat.. kuikuikuii


ok last sebelum bergambar beramai-ramai.. ala-ala gadis melayu terakhir.. hahaha.. phuiiii

enjoice.. behind the scene gambar konvo dari encik suami.. :)














selesai sudah amik gambar utk pre-convocation.. usai tamat majlis konvokesyen petang tu.. hujan turun menandakan majlis konvokesyen tamat dengan jayanya..


terima kasih UTM kerana menerima saya sebagai salah seorang pelajar disini..
terima kasih UTM kerana memberikan saya ilmu yang sangat berguna selama saya belajar disini..
terima kasih UTM kerana menghadiahkan saya segulung ijazah untuk saya meneruskan legasi percambahan ilmu saya..
terima kasih UTM..


terima kasih UTMSPACE.. untuk cenderahati ini...


till then, tatababai

What's New

2 comments:

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^