Tuesday, August 6, 2013

Cerpen : Kisah berbuka puasa

Pada satu petang yang hening lagi mendamaikan, Hana sedang menyapu laman rumahnya yang penuh dengan dedaun kering yang berguguran. Disebalik kekhusyukannya menyapu, Hana terdengar perbualan 2 orang jirannya tentang berbuka puasa.

Ida : Kelmarin pegi buka puasa kat Hotel Ninji, full house. Terpaksa cari tempat lain. Nasib baik semalam ada kosong lagi, apalagi belasah la makan cukup-cukup.
Suri : Haah la.. hari tu pun Suri pegi kat situ. Sedap juga makan kat situ. Satu kepala RM49.90. Murah la tu kan..
Ida : Hah tu la.. murah sangat.. kami makan 4 beranak pun baru berapa je. Tapi kalau hari biasa, dia ada kambing golek. Hari ni dorang kata ada seladang golek.
Suri : Ye ke.. sedap ke seladang tu?
Ida : Entah la.. tak penah cuba.
Suri : Ni nak keluar pegi buka puasa kat mana pula?
Ida : Hari ni nak pegi Alamanda pula. Dah booking buffet kat sana, pun murah juga, RM49++ per person. Kalau budak ni, dalam RM25++ cam tu.
Suri : Huh.. murah la tu. Tak sampai RM200 pun.. kalau Ida jenis makan banyak ok la tu.
Ida : Tak la makan banyak sangat. Biasa-biasa je. Minggu-minggu akhir puasa ni, memang kitorang hari-hari makan kat luar. Isnin hari tu dah try makan kat Hotel Palm Garden, Selasa pulak, kat Pullman, rabu makan steamboat, khamis makan buffet kat The Mines, jumaat kat Hotel Istana, semalam kat Hotel Ninji.
Suri : Amboi Ida.. hari-hari makan kat hotel, boleh tahan ye.. Suri pun ada la juga makan kat hotel-hotel tu, tapi takde la hari-hari macam Ida, seminggu 4-5 kali je.

Hana masih memasang telinga sambil menyapu laman. Kedengaran Suri memanggil Hana dan bertanya, 'Hana ni menyapu pun nak cantik-cantik. Nak keluar ke?' Hana tersenyum lalu menjawab, 'Haah.. nak keluar, dah janji dengan Nani nak bawa dia pegi buka puasa kat luar sebab dia tolong kemas rumah tadi'. Suri berkata kepada Ida, 'Hana ni dari pagi mengemas rumah, bersih dah rumah Hana, rumah kita je tak kemas-kemas lagi'. Ida tersenyum. Hana turut tersenyum dan berkata, 'Kemas sikit-sikit je..nak buat sekali harung tak larat..' Suri bertanya lagi,'Hana nak buka puasa kat mana?' Hana menjawab,' Kat Alamanda kot..tapi tak booking apa lagi.. ni pun gamble je..tak tau la ada kosong ke tak.. klu tak kat food court pun takpe, janji bawa Nani buka puasa kat luar..'Ida tersenyum dan berkata,'Dah alang-alang nak ke Alamanda tu, ambillah buffet dia, makanan dia pun menarik juga, murah pun murah..'Hana tersenyum lagi dan berkata, 'insya allah kak'

Kemudian Ida dan Suri sambung bersembang dan Hana masuk ke dalam rumah. Rosli suami kepada Hana bertanya kepada Hana, 'apa yang disembangkan tu Hana?' Hana menjawab,'Kak Ida ajak buka puasa kat tempat dia buka puasa tu, ada buffet.. murah katanya.' jawab Hana. Rosli tersenyum sumbing dan bertanya lagi,'murah tu berapa RM?' Hana menjawab,'tak mahal bang, Rm49++ je per person..' Rosli tergelak besar dan berkata,' ooo.. murah sangat tu.. kita tak mampu la sayang..' Hana berkata lagi,'mmm.. tu la.. takpe la bang, dia kaya, ada bisnes sendiri.. mampu nak makan kat mana-mana yang dia nak.. biarlah dia.. kita makan ikut kemampuan kita je. lagipun kita bukan makan banyak sangat pun.. membazir je bayar mahal-mahal tapi makan sikit..' panjang lebar Hana berkata. Rosli pula menyambung,'betul tu..' Hana terdiam seketika dan kemudian tersenyum dan berkata,'kita pun kaya juga bang, kita tak gunakan duit kita untuk makan menda yang bukan-bukan ke arah pembaziran, tapi kita simpan dan gunakan duit kita untuk melancong..' Rosli tergelak besar dan terus tergelak.

Sekian.. cerita ini hanyalah rekaan semata-mata.. :D

Moral of the story, pertama,jangan riak. Hari ni kita kaya, esok lusa belum tentu kita kaya juga. Kedua, jangan membazir, memang la makan tu nikmat hidup tapi berpada-pada la.. :)



till then, tatababai

What's New

Continue Reading
1 comment
Share:

Monday, August 5, 2013

Promosi Mega Aidilfitri

Assalammualaikum.. nak dekat-dekat raya ni.. mood menaip makin malas.. tapi gigih gak nak menaip pagi2 ni.. hahahaa

ok uols.. nak share pasal promosi terbaru Glowrich Collagen dan Glowhite Skin.

Sempena Promosi Mega Aidilfitri, Glowrich Collage kini bole di miliki dengan hanya RM110 sahaja dan anda juga boleh berjimat sebanyak RM20.. boleh bagi RM20 tu kat anak-anak untuk duit raya.. hehehe

Bukan setakat tu je.. Glowhite Skin pun ada promosi juga.. sekarang tengah promo dengan harga RM75 sahaja.. jimat lagi RM14..

tapi.. tapi.. kalau nak lagi jimat.. beli la Set Kombo Gojes [1 bekas Glowrich Collagen dan 1 bekas Glowhite Skin] dengan harga RM150 sahaja.. lagi jimat...


tunggu apa lagi.. bukan hari-hari boleh dapat harga ni tau.. so, kalau berminat, sila berhubung dengan Afizal melalui emel / YM : afizal_0397 atau hubungi 018-788 7892


till then, tatababai

What's New

Continue Reading
No comments
Share:

Saturday, August 3, 2013

Brownies Nutella Mudah dan Cepat

Hai seme.. lama x update.. :P nampak sangat pemalasnya.. hehehe.. sebenarnya faktor malas dan keje yang membuatkan saya jadi camni.. salahkan keje.. hahahaa...

ok la.. since agak malas kebelakangan ni.. hari ni terajin plak mengupdate ekk.. #aptb

petang tadi terajin plak nak wat brownies ni.. sebabnya bahannya dah ada pastu plak sebab ianya mudah.. anak saya yang darjah 1 tu pun boleh buat.. :P

meh nak share dgn uols..

nama resepi ni adalah Brownies Nutella Mudah dan Cepat

Bahan-bahannya
1 cawan nutella + 1 cawan tepung gandum + 3 biji telur gred biasa +
Hirisan coklat crunchy (buat 2 bekas)

Cara-caranya :
Pukul telur sampai separa kembang + masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan kacau sehingga habis +masukkan nutella dan kacau lagi sehingga sebati + masukkan hirisan coklat crunchy ke dalam adunan dan kacau menggunakan sudu + masukkan adunan dalam cup yang sesuai (3/4 dari saiz cup) +masukkan hirisan coklat yang sedikit kasar yang selebihnya ke dalam cup

Panaskan ketuhar 180 darjah celcius selama 10 minit dan dan kemudian, masukkan cup ke dalam ketuhar. Bakar selama 30 minit atau sehingga masak.

Macam mana nak tau brownies ni masak ke tak? Senang je, cucuk brownies dengan lidi yang bersih dan kalau takde sisa yang melekat kat lidi tu maknanya dah masak la tu.

Siap...Hidangkan panas-panas.. :)


Ni brownies yang dah siap masak.. coklat kat atas tu letak lebih sikit sebab budak tecit ni nak abiskan coklat.. so tabur je.. sesuai dihidangkan pada waktu minum petang tapi dah bulan-bulan pose ni, kita hidangkan waktu berbuka nanti ye.. hehehe...

Nutella tu boleh digantikan dengan brand Sunbear yang mana lebih sesuai.. :)

untuk adunan ikut sukatan di atas, boleh dapat 6 cup ikut la saiz cup mana yang uols pakai. cam saya pakai cup yang medium ni.. dapat la 6 cup.. klu cup saiz S, dapat la lebih kot.. ni percubaan kali pertama, so xde la wat banyak2.. nanti raya leh la wat adunan banyak sikit sebab dah jadi kan.. hehehe..

selamat mencuba.. ;)


till then, tatababai

What's New

Continue Reading
No comments
Share: