The Other Side of Me

Inspired . Plan. Travel

Follow Saya

Instagram Instagram Facebook Page Twitter

Jemput follow ye ^_^

Monthly Pageviews

Saturday, August 3, 2013

Brownies Nutella Mudah dan Cepat


Hai seme.. lama x update.. :P nampak sangat pemalasnya.. hehehe.. sebenarnya faktor malas dan keje yang membuatkan saya jadi camni.. salahkan keje.. hahahaa...

ok la.. since agak malas kebelakangan ni.. hari ni terajin plak mengupdate ekk.. #aptb

petang tadi terajin plak nak wat brownies ni.. sebabnya bahannya dah ada pastu plak sebab ianya mudah.. anak saya yang darjah 1 tu pun boleh buat.. :P

meh nak share dgn uols..

nama resepi ni adalah Brownies Nutella Mudah dan Cepat

Bahan-bahannya
1 cawan nutella + 1 cawan tepung gandum + 3 biji telur gred biasa +
Hirisan coklat crunchy (buat 2 bekas)

Cara-caranya :
Pukul telur sampai separa kembang + masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan kacau sehingga habis +masukkan nutella dan kacau lagi sehingga sebati + masukkan hirisan coklat crunchy ke dalam adunan dan kacau menggunakan sudu + masukkan adunan dalam cup yang sesuai (3/4 dari saiz cup) +masukkan hirisan coklat yang sedikit kasar yang selebihnya ke dalam cup

Panaskan ketuhar 180 darjah celcius selama 10 minit dan dan kemudian, masukkan cup ke dalam ketuhar. Bakar selama 30 minit atau sehingga masak.

Macam mana nak tau brownies ni masak ke tak? Senang je, cucuk brownies dengan lidi yang bersih dan kalau takde sisa yang melekat kat lidi tu maknanya dah masak la tu.

Siap...Hidangkan panas-panas.. :)


Ni brownies yang dah siap masak.. coklat kat atas tu letak lebih sikit sebab budak tecit ni nak abiskan coklat.. so tabur je.. sesuai dihidangkan pada waktu minum petang tapi dah bulan-bulan pose ni, kita hidangkan waktu berbuka nanti ye.. hehehe...

Nutella tu boleh digantikan dengan brand Sunbear yang mana lebih sesuai.. :)

untuk adunan ikut sukatan di atas, boleh dapat 6 cup ikut la saiz cup mana yang uols pakai. cam saya pakai cup yang medium ni.. dapat la 6 cup.. klu cup saiz S, dapat la lebih kot.. ni percubaan kali pertama, so xde la wat banyak2.. nanti raya leh la wat adunan banyak sikit sebab dah jadi kan.. hehehe..

selamat mencuba.. ;)


till then, tatababai

What's New

0 orang suka:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^