Cerpen : Kisah berbuka puasa

Pada satu petang yang hening lagi mendamaikan, Hana sedang menyapu laman rumahnya yang penuh dengan dedaun kering yang berguguran. Disebalik kekhusyukannya menyapu, Hana terdengar perbualan 2 orang jirannya tentang berbuka puasa.

Ida : Kelmarin pegi buka puasa kat Hotel Ninji, full house. Terpaksa cari tempat lain. Nasib baik semalam ada kosong lagi, apalagi belasah la makan cukup-cukup.
Suri : Haah la.. hari tu pun Suri pegi kat situ. Sedap juga makan kat situ. Satu kepala RM49.90. Murah la tu kan..
Ida : Hah tu la.. murah sangat.. kami makan 4 beranak pun baru berapa je. Tapi kalau hari biasa, dia ada kambing golek. Hari ni dorang kata ada seladang golek.
Suri : Ye ke.. sedap ke seladang tu?
Ida : Entah la.. tak penah cuba.
Suri : Ni nak keluar pegi buka puasa kat mana pula?
Ida : Hari ni nak pegi Alamanda pula. Dah booking buffet kat sana, pun murah juga, RM49++ per person. Kalau budak ni, dalam RM25++ cam tu.
Suri : Huh.. murah la tu. Tak sampai RM200 pun.. kalau Ida jenis makan banyak ok la tu.
Ida : Tak la makan banyak sangat. Biasa-biasa je. Minggu-minggu akhir puasa ni, memang kitorang hari-hari makan kat luar. Isnin hari tu dah try makan kat Hotel Palm Garden, Selasa pulak, kat Pullman, rabu makan steamboat, khamis makan buffet kat The Mines, jumaat kat Hotel Istana, semalam kat Hotel Ninji.
Suri : Amboi Ida.. hari-hari makan kat hotel, boleh tahan ye.. Suri pun ada la juga makan kat hotel-hotel tu, tapi takde la hari-hari macam Ida, seminggu 4-5 kali je.

Hana masih memasang telinga sambil menyapu laman. Kedengaran Suri memanggil Hana dan bertanya, 'Hana ni menyapu pun nak cantik-cantik. Nak keluar ke?' Hana tersenyum lalu menjawab, 'Haah.. nak keluar, dah janji dengan Nani nak bawa dia pegi buka puasa kat luar sebab dia tolong kemas rumah tadi'. Suri berkata kepada Ida, 'Hana ni dari pagi mengemas rumah, bersih dah rumah Hana, rumah kita je tak kemas-kemas lagi'. Ida tersenyum. Hana turut tersenyum dan berkata, 'Kemas sikit-sikit je..nak buat sekali harung tak larat..' Suri bertanya lagi,'Hana nak buka puasa kat mana?' Hana menjawab,' Kat Alamanda kot..tapi tak booking apa lagi.. ni pun gamble je..tak tau la ada kosong ke tak.. klu tak kat food court pun takpe, janji bawa Nani buka puasa kat luar..'Ida tersenyum dan berkata,'Dah alang-alang nak ke Alamanda tu, ambillah buffet dia, makanan dia pun menarik juga, murah pun murah..'Hana tersenyum lagi dan berkata, 'insya allah kak'

Kemudian Ida dan Suri sambung bersembang dan Hana masuk ke dalam rumah. Rosli suami kepada Hana bertanya kepada Hana, 'apa yang disembangkan tu Hana?' Hana menjawab,'Kak Ida ajak buka puasa kat tempat dia buka puasa tu, ada buffet.. murah katanya.' jawab Hana. Rosli tersenyum sumbing dan bertanya lagi,'murah tu berapa RM?' Hana menjawab,'tak mahal bang, Rm49++ je per person..' Rosli tergelak besar dan berkata,' ooo.. murah sangat tu.. kita tak mampu la sayang..' Hana berkata lagi,'mmm.. tu la.. takpe la bang, dia kaya, ada bisnes sendiri.. mampu nak makan kat mana-mana yang dia nak.. biarlah dia.. kita makan ikut kemampuan kita je. lagipun kita bukan makan banyak sangat pun.. membazir je bayar mahal-mahal tapi makan sikit..' panjang lebar Hana berkata. Rosli pula menyambung,'betul tu..' Hana terdiam seketika dan kemudian tersenyum dan berkata,'kita pun kaya juga bang, kita tak gunakan duit kita untuk makan menda yang bukan-bukan ke arah pembaziran, tapi kita simpan dan gunakan duit kita untuk melancong..' Rosli tergelak besar dan terus tergelak.

Sekian.. cerita ini hanyalah rekaan semata-mata.. :D

Moral of the story, pertama,jangan riak. Hari ni kita kaya, esok lusa belum tentu kita kaya juga. Kedua, jangan membazir, memang la makan tu nikmat hidup tapi berpada-pada la.. :)



till then, tatababai

What's New
Share on Google Plus

About Anil Wanina

Hi, I'm Anil. A full-time Assistant IT Analyst with passion on traveling. Write about travel, lifestyle, parenting, food, beauty, and event.

1 9 orang peminat :

  1. Selamat Hari Raya ... Maaf Zahir Batin ... Semoga Syawal kali ini menjadi Syawal yang terindah buat kita semua.

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^