Sunday, March 31, 2013

be strong dear


facebook..

Antara salah satu medium untuk berkongsi rasa, berkongsi gambar, berkongsi resepi, berkongsi pasangan berkongsi macam-macam hal..



be strong dear.. dugaan tu datang dan pergi.. Allah Maha Mengetahui yang mana baik untuk kamu. Allah berikan dugaan tu sebab dia tau kamu mampu hadapinya. Hadapilah dengan tenang. Insya allah, kebahagiaan itu pasti akan menjadi milikmu.

Kita tak boleh mengharapkan orang memahami kita sebab kita pun belum tentu faham orang lain kan. Walaupun tiada yang menyokong kamu semasa kamu susah, jangan risau kerana Allah ada bersamamu. Dia sentiasa berada disisimu di kala kamu susah mahupun senang. 

Be strong... be strong.. be strong dear...

Saturday, March 30, 2013

Rindu Bertamu di Padang/Bukittinggi - Part 8


hihi.. sambung update ye.. jangan marah tau sebab lambat update pasal Padang/Bukittinggi ni.. salahkan keje yang berlambak tu.. kikikii..

ok la.. jangan buang masa ye.. kita sambung pulak... lepas Iman dah berguling-guling protes sebab mananya asik soping je.. so, Pak Arman pun terus bawa kitorang ke hotel. Akhirnya, bersuka-sukaan la dia..

Masa check in, guna nama Aldi sebab dia yang reservekan under nama dia. Atas dasar percaya dia pada kami, sampai hari kedua kami di sini, dia masih belum menerima sebarang bayaran samada bayaran untuk servis supir mahupun hotel. Saya yang menggigil pegang duit jutaan rupiah untuk dia ni sambil tanya kat Pak Arman, 'bila Aldi nak datang collect duit?' Pak Arman cakap Aldi tengah entertain rombongan dari Malaysia juga. Satu bas wokey. Ohh.. bestnya jadi pemandu pelancong ni. Rasa nak benti keje nak jadi pemandu pelancong je kat sini.. Hakhakhak..


Lepas check in, kami pun masih ke bilik. Hotel yang kami booking ni adalah Bunda Hotel, Bukittinggi. Kenapa saya pilih hotel ni? Saya pun tak pasti. Salah satu sebabnya, saya suka dengan servis Hotel Bunda, Padang, makanya saya pilih juga Hotel Bunda, Bukittinggi. Selain itu, Bunda Hotel, Bukittinggi ni baru je dibuka. Means, hotel ni masih baru lagi. Rate dia kalau tengok kat Internet mahal sikit la. Tapi since saya booking thru Aldi, dia boleh dapat murah katanya. So, proceed je la. :)

Tengok budak kecik tu, masuk hotel je terus berlari-larian. Elok plak takde plak nak guling-guling, mengadu penat la, lapar la.. Sabo je la..

Usai berehat dan buat apa yang patut, kami pun keluar dan berjalan-jalan di Pasar Atas. Tak jauh pun dari hotel ke Pasar Atas tu dalam 5-10 minit. Depends pada kelajuan kaki melangkah dan bape kali berhenti. Heheh..

                                 

Suasana di Pasar Atas. Masa ni tak ramai orang dah sebab dah petang. Pasar Atas ni plak pukul 6 petang dah tutup.


Antara kain sulam yang dipamerkan.


Dan lagi.. Nampak tak kain kaler pink tu. Saya amik kain tu satu. Warna dia sangat memikat. Pastu beli lagi 2-3 pasang kain yang sama tapi kaler lain le.. Kain tu kalau buat baju kurung moden atau kebaya moden cantik la kot. Lagi-lagi kalau si pemakainya bersaiz S atau M. Saya ni saiz XL, takdenya lawa kalau pakai. Kena kuruskan badan dulu tak tau la bila boleh kurus.. Hahaha.


Tengok budak kecik tu. Asal masuk kedai je mesti flat. Sabo je la.


Ni tengah pilih-pilih kain warna lain. Menggoda tau warna-warna dia. Semua warna terang.


See.. see.. warna biru tu saya amik, pastu ada warna hijau. Isk.. isk.. cantik sangat.. #padapandanganmataku

Dan abis soping barang 3-4 helai kain sulam kat sini, kami pun bergerak ke kedai lain. Banyak kedai-kedai dah nak tutup ye. So, kena jalan cepat sikit.


Cuci-cuci mata lagi..


Sampai la kat satu kedai ni, dulu masa first trip ke sini, kat kedai ni la saya dan ahli rombongan ketika tu memborong sakan kat sini. Makcik tu pun bole ingat kitorang lagi. Siap cakap, 'dulu yang datang ramai-ramai pakai baju oren tu ye..' Hahaha.. dulu memang weols siap ada wat baju untuk trip ke Padang ni. Baju kaler oren tu weols pakai masa datang soping kat Pasar Atas. Khelass uols... Hahhaahh.. #kelaslasangat


Di sini.. soping sampai bangkrup.


Bersinar-sinar mata tengok kain tu. Hahahha..


Okiess.. masa untuk kira bil dan bayar...


Hasilnya.. 3 beg plastik wokey.. dah bangkrup dah masa ni.. Hahaha.. nasib la saya dah asingkan siap-siap duit untuk bayar Aldi, duit untuk soping, dan duit untuk makan. Kalau tak, lepas ni kena berlapar dan kena berhutang lagi dengan Aldi.. Kikikii


Bergambar pula dengan tauke kedai..


Iman jeling tak puas hati. Hahaha.. asik beli untuk mama je.. untuk kita takde.. Kikikii.. 


Bergambar di Jam Gadang. Mercu tanda Bukittinggi.


Mencari jalan pulang ke hotel. Masa ni saje jalan tepi-tepi jalan tu sebab ada orang jual-jual kat kaki lima nun. Tapi takde apa yang menarik. So, pulang aja...


Masing-masing muka dan kelat. Penat, lapar...


Langit pun dah gelap. So, marilah kita pulang ke hotel. Malam tu, Pak Arman datang amik kitorang kat hotel dalam kul 8 malam. Dah gelap ye masa tu, lagipun weols adalah sangat mengantuk. Tapi tahan mata ye. Lapar ni. Kami dibawa oleh Pak Arman ke Restoran Dja djan. 


Nampak tak ramai orang kan, tapi sebenarnya kat belah luar tu ada orang yang dah siap-siap reserve meja. Maybe ada rombongan dari Malaysia juga kot. 


Muka ngantuksss...


Order dulu makanan ye..


Pastu ada plak pelayan tu datang kat meja kitorang, bagi borang soal selidik. Ewahh.. rasanya ada je orang lain kat meja-meja lain tapi kitorang plak yang dapat borang tu. Takpe la.. isi borang dengan penuh keikhlasan.. ;)


Borang soal selidik yang telah selesai di isi.


Wall design kat restoran ni cantik tau.. Pakai papan biasa je. Tapi di cat ngan warna-warna merah dan hitam. Kombinasi warna yang menyerlah dan menaikkan seri restoran. Ewahhh...


Menu #1 : Nasi goreng


Menu #2 : Nasi goreng bungkus

Makan sampai kenyang. Dah kenyang, Pak Arman ajak pegi rumah kat Yenie Bordir, tapi kitorang dah penat sangat. So, kitorang tolak ajakan Pak Arman dengan baik dan minta dia hantar terus balik ke hotel.

till then, tatababai


Friday, March 29, 2013

cite korea lagi


Lepas abis layan cite Jewel In The Palace.. skang dok menggila layan cite All About Eve plak.. ni la kalau dah kena sekali cite Korea, terus melayan sampai lebam. Sanggup plak tido lambat sebab nak tengok cite ni.. Isk isk isk.. Mama sape la ni.. Hahaha


dulu masa zaman kolej kot, layan gak cite ni. Tapi tak sampai episod akhir. Sekerat jalan je tu yang tak tau apa ending dia. Bila tengok sekali lagi ni, of course la nak kena tengok dari mula kan. Dah 2 hari layan cite ni kat maaduu.com dah masuk episod 8 dah.. kikikii.. masa entry ni saya tulis, dah nak abis dah episod 8. Gile la melayan cite ni.. cuti sekolah plak tu, lagi la laju melayan.

Sinospis cite ni boleh tengok kat wikipedia.

Bolej je nak cite kat sini, tapi sebab dok ralit tengok cite ni, jadi malas nak cite. :P

sape yang ada masa, dan gilakan cite korea, boleh tengok macam-macam cite korea ada kat maaduu.com

till then, tatababai




Movie : Rock Oo


cuti sekolah ni wat apa?
ada g soping2 ke? maklum le... mesti ada yang dah gaji kan.. ;)

cam saya.. walaupun tak la cuti sepanjang cuti sekolah tu... tapi ada la juga cuti sikit bawa Iman g cuti2 dalam negara je.. sokmo ke luar negara tak leh ar kan.. bajet suda lari maa.. :P

so, cuti ni... kebanyakan masa dok umah je..sambil-sambil layan movie kat tenet... mm.. movie apa best layan skang ek?

ritu kat opis ada kawan-kawan cite, movie Rock Oo pun best gak.. ada lagi ke tak kat wayang? mm.. takpe la.. layan kat tenet je.. sebab skang ni payah skek nak bawa Iman tengok movie.. banyak plak songeh nye.. nak tengok mmg boleh tengok.. tapi nanti tengah tengok time tu le nak itu la nak ini la.. lom tetiba rasa ngantuk la, lapar la.. isk isk.. so, layan je la kat umah.. sejak ada unifi ni, lebih murah menonton movie di rumah sebab line pun laju giless.. alhamdulillah... :)

so, moh kite.. Rockk Ooooooo....




best tak?? heheh

till then, tatababai

Thursday, March 28, 2013

Rindu Bertamu di Padang/Bukittinggi - Part 7


hai... :P kebizian melanda nak update pasal trip padang ni.. hehe.. so, meh kita sambung ye.. ;)

Bertolak ke Bukittinggi melalui Pariaman sangat mencabar. Sebabnya jalannya pun kecik.Susah nak memotong. So, apa saya buat adalah cuba menidurkan diri, tapi malangnya tak mampu tidur sebab pemandangannya Masya allah.. indah sungguh. Tapi di sebalik keindahan pemandangan itu, bateri kamera pulak king kong. Hukhuk.So, pakai phone kamera je la. Nasib la phone kamera ni canggih sikit. Sikit je la pun. Destinasi seterusnya sebelum tiba di Bukittinggi adalah Lembah Anai.

Sedikit info berkenaan dengan Lembah Anai (Source : wikipedia)

'Lembah Anai merupakan deretan tebing curam yang terletak di Padangpanjang. Salah satu keindahan Lembah Anai adalah air terjun yang terletak di tepi jalan. Air terjun ini terletak di tepi jalan berhampiran dengan jambatan dan landasan keretapi lama yang sudah tidak digunakan'

Masa saya datang 2 tahun lepas, pak supir tu bagitau kami, perempuan yang dah kahwin dan belum ada anak yang minum air kat Lembah Anai tu insya allah akan mengandung. Kalau lelaki mandi kat situ, senang dapat jodoh. Kalau lelaki atau perempuan yang basuh muka kat situ awet muda. Heheh... Mitos semata-mata. Saya tak cuba pun apataha lagi nak turun ke bawah tu. Adalah orang yang mandi, basuh muka, bergambar kat bawah tu. Tapi saya sekadar bergambar di atas. 


Entrance fee adalah Rp. 3,000 untuk dewasa dan Rp.2,000 untuk kanak-kanak.







Lebih kurang dalam 20 minit singgah di Lembah Anai. Kami pun meneruskan perjalanan ke Bukittinggi. Masa tu dah tengahari kot. So, pak Arman bawa kami makan tengahari di Rumah Makan Pak Datuk. Since kami ni tak amik pakej sekali dengan makan, so makan ni kami bayar sendiri ikut selera kami. Sebelum ni makan ikut pakej semua menu nasi padang. Omaii...mentang-mentang kat Padang, takkan la hari-hari nasi padang kan. So, kali ni tukar angin. Kalau teringin nasi padang baru makan. Ni belum teringin lagi nak makan nasi padang, so kat sini kami makan menda lain.






Sabar menunggu makanan.


Menu 1 : Nasi goreng seafood. Pelik sikit nasi goreng dia tapi sedap tau. Udang dan sotong digoreng berasingan. Banyak plak tu. Wiee...


Menu 2 : Murtabak mesir. Omaiii.. dari dulu teringin nak makan sebenarnya dan akhirnya merasa juga. Dan memang, sungguh, benar.. sangat sedap. Makan satu tak cukup, nak order lagi, tapi perjalanan masih jauh. Pulak tu jenis perut tak leh makan banyak kalau jalan jauh. Rasa nak tapau je.  Sedapkan hati kat Bukittinggi mesti ada juga kan. 





Owh.. ni lori tengah baring kata Pak Arman. Hahahaaa...


Singgah lagi ke destinasi ketiga. Putri Minang. Dulu kat sini banyak saya borong. Kali ni pun borong banyak juga. Tapi harganya mahal sikit dari dulu. Tak tau la kenapa. Rasanya design sama je, tapi mungkin dulu ramai kot. Ni tak ramai orang, tu dia jual mahal. Hahaha



Tengah pilih-pilih kain yang cantik-cantik kononnya. Tapi semua cantik. Hukhuk. Rambang mata seh. Baru perhentian shopping yang pertama. Isk isk..


Budak kecik ni dah boring. Dok mengadap galaxy tab je.


Tengok..tengok.. tergoda tak?


Ni tengah tanya harga kain yang kat patung. Minta kurang. Tak dapat. Huahuahuaa


Design ni pun 2 tahun lepas ada. Tapi kali ni beli juga untuk family.


Ok. Dia dah boring. Jom g bayar.


Menggigil nak kuarkan duit. Kat sini je dekat Rp.1,000,000 abis. Baru hari kedua. Jauh lagi perjalanan ni. Huhu


Hasil rembatan di Putri Minang. 2 plastik je? Each plastik tu ada 4-5 helai kain kot. 

Habiskan masa dalam 30 - 40 minit kat sini, then kami berangkat ke perhentian seterusnya, iaitu Pandai Sikek. Lebih kurang dalam 10 minit perjalanan dari Putri Minang. Sedikit info berkenaan Pandai Sikek (Source : wikipedia)

' Pandai Sikek merupakan salah satu negeri yang termasuk ke dalam wilayah Sepuluh Koto, Kabupaten Tanah Datar, Provinsi Sumatera Barat. Negeri ini terletak di Batusangkar, ibukota kabupaten Tanah Datar. Negeri Pandai Sikek juga dikenali sebagai tempat pengrajin tenun dan ini diapresiasikan oleh Pemerintah Republik Indonesia dalam gambar matawang pecahan 5,000 rupiah'




Pemandangan ke Pandai Sikek ni sangat cantik. Saujana mata memandang. Sejuk pulak tu. Macam kat Cameron Highland. Tapi lagi sejuk. Even dah tengahari buta pun still sejuk. Kat sini saya shopping lagi. Huhu..



Mesin tenun.


Test telekung untuk kegunaan harian.


Cantik kan design dia ni. Saya difahamkan oleh Pak Arman, kain-kain yang dijual kat Pandai Sikek ni bukan dihasilkan di situ. Dorang ni amik dari penyulam dari daerah Pariaman. Sebab tu kat sini mahal sikit. Kalau Pak Arman ni cakap main-main je, maknanya info ni salah le.. ;)


Again. This girl asik boring je. Saya pun penat tengok muka boring dia. Hahaha. Layankan aje la ye.


Ok. That girl tengah promote kain sulam. Omaii.. hasil promosi kain oleh that girl, terbang juga 1,000,000 rupiah kat sini. Memula nak tengok-tengok je.. Tapi dah tengok terbeli pulak. Hahaha




Ok. My girl dah boring. Jom balik..

till then, tatababai




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...