The Other Side of Me

Inspired . Plan. Travel

Follow Saya

Instagram Instagram Facebook Page Twitter

Jemput follow ye ^_^

Monthly Pageviews

Disclaimer

Semua gambar dalam blog ini adalah hakmilik www.anilwanina.com, kecuali jika dinyatakan. Sebarang salinan, cetakan semula, terbitan semula semua gambar dari blog ini tanpa kebenaran pemilik blog adalah dilarang keras. Sekiranya anda ingin berbuat demikian, sila minta kebenaran pemilik blog ini terlebih dahulu.

Mungkin saya tidak nampak, tapi Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui apa yang anda lakukan.


Thursday, May 30, 2013

bizi wat pe la ye


Hai semua..
lama tak update kan.. nak kata bizi sangat tu idak le.. tapi bizi la juga.. kejap kursus, kejap mesyuarat, kejap terapi.. hihihi... sebenarnya banyak juga la hal-hal yang disibukkan tu.. malas nak cerita pasal keje sebab bikin gue stress.. 

seminggu dua ni selain sibukkan dengan ACK, sibuk juga dengan persiapan nak cuti-cuti sempena cuti sekolah ni. plan dah lama tapi biasalah.. semuanya last minit kan. 

selain dari cuti-cuti sebab cuti sekolah, cuti ni juga adalah untuk menyambut anniversary keje kononnye.. hahahaha.. bulan 6 nanti, genap 10 tahun saya berkhidmat dalam perkhidmatan awam. banyak kenangan manis, suka duka.. biasalah.. selain tu, setiap tahun juga tarikh yang sama ni, saya akan ambil cuti untuk celebrate anniversary perkahwinan.. alhamdulillah... it's 9 years anniversary.

so, untuk sambutan anniversary keje ke-10 tahun dan anniversary kawen ke-9 ni, saya berhasrat untuk menyambutnya di luar negara. alhamdulillah.. diberikan rezeki oleh Allah untuk ke sana.

bila dah buat plan tu, harus la ada extra plan kan..so, saya try deal dengan hotel untuk sambutan anniversary. dan hotel tu secara baik hatinya bagi complimentary wedding cake. opsiee.... 



dan telah menetapkan tarikh romantic dinner jatuh kepada tarikh kami disatukan. alhamdulillah...


nanti saya akan update saya kemana, hotel mana kitorang duduk, dan insya allah cerita penuh cuti-cuti anniversary ni.. :)


till then, tatababai

What's New

Monday, May 20, 2013

saje nak update


hai semua...

seminggu dua ni agak membizi tak menyempat nak update blog yang tak seberapa ni.. macam-macam program, kursus sana sini, temuduga dan program-program di pejabat. Minggu ni pulak ada 3 program pejabat di adakan selang sehari. Mau tak stress, pagi petang rehearsal, update database utk 3 program sekaligus, pastu testing sistem plak. Nanti time event, kena test network lagi.. program Anugerah Citra Khidmat atau dikenali sebagai Anugerah Perkhidmatan Cemerlang anjuran jabatan (ni telah diinovasikan namanya) akan di adakan pada 22 Mei ini.. so sepanjang Isnin ni memang macam-macam persiapan kena sediakan, rehearsal lagi.. pastu plak, pagi 22 Mei tu plak ada program kat INTAN, Bukit Kiara.. yang tu kena hantar orang lain la.. mana sempat nak rehearsal ACK, pastu pagi yang sama ada rehearsal untuk Persidangan Keselamatan ICT plak.  Majlisnya pada 23 Mei ni..Waktu camni, sangat memerlukan extra tangan dan kaki untuk bergerak ye. Isnin depan plak.. ada Perhimpunan Bulanan lagi. 

banyak program persendirian yang tergendala gara-gara program pejabat minggu ni.. takpe la.. dah namanya berkhidmat untuk negara.. so bertabah la ye.. 


papepun bagi penerima ACK 2012, tahniah diucapkan. yang pasti, takde nama saya.. huhu.. maklum la.. asik buat hal je.. hahahaha.. protes katanya.. anyway, semoga semua program yang akan dilaksanakan berjalan dengan lancar... amin..

till then, tatababai 

What's New

Friday, May 10, 2013

Keputusan Mini Giveaway : Bukit Gambang Water City


sori lambat umum pemenang mini giveaway.. :)

result Mini Giveaway : Bukit Gambar Water City adalah seperti berikut :

1) http://aqmar-amaneena.blogspot.com
2) http://hanifadhlinaabdulrahman.blogspot.com

nanti boleh amik baucer tu kat saya.. :)

till then, tatababai

What's New

Thursday, May 9, 2013

pengalaman interview COTI


hai semua.. minggu ni jadual adalah sangat pack.. tak terlarat nak handle semua tapi gigih dan bertabah menguruskan semuanya.. walau ada yang tak sempurna, tapi biasa la.. kita manusia biasa kan..

cite konvo tak abis lagi tapi hari ni nak cerita saya baru je selesai temuduga untuk program eksekutif COTI. Terus terang, memang tak sempat nak stadi pun sebabnya, semalam baru balik dari Johor. Balik dah penat, memang sah-sah le tak sempat nak wat preparation.

So, hari ni pegi interview pun time ni la baru nak pegi fotostat buku servis, time ni la baru nak print surat. Adoiii.. bertabahlah ye..

so, masa sampai tu ramai la juga yang hadir dalam temuduga ni. Bukan mudah ye. Ahli panel tu bagitau, seramai 400++ orang memohon dan seramai 300++ orang terpilih untuk menghadiri temuduga. Daripada 300++ orang itu, seramai 20 orang yang akan disenarai pendek untuk pergi ke Korea. Daripada 20 orang tu, 10 lelaki dan 10 perempuan. So, sangat tough disitu dan ada harapan untuk tak berjaya pergi.

Saya dipanggil masuk bersama-sama dengan 2 orang pegawai lain pun orang IT juga. Dalam bilik tu ada 2 orang panel penemuduga, sorang lelaki dan seorang perempuan. Memang nebes tak terkata le. Tapi buat-buat relaks. Memula dorang cite dulu pasal tatacara temuduga, soh kitorang relaks. Tapi ye la.. dah namanya temuduga, haruslah ada sikit rasa nebes kan.

Soalan pertama dia tanya, pasal family. dah kawen ke belum, ada halangan ke kalau dapat ikut program ni.. ni seme dalam bahasa melayu dan tak formal.. alhamdulillah...

then masuk soalan interview dalam bahasa melayu juga, dia tanya apa visi COTI. saya ni memang sah-sah tak stadi le, so tak tau.yang lagi 2 orang pun kata tau, tapi tak dapat jawab juga.mungkin nebes sangat. panel tu siap bagi klu, THINK... THINK... THINK... tapi still tak dapat jawab. so, last2 dia bagi jawapan. :P

soalan kedua, dia tnya, kenapa nak pergi korea? kenapa nak join program ni? so masing-masing jawablah dengan penuh konfiden katanya. Saya pun harus la bantai bagi point denga konfidennya maklum la dalam bahasa melayu, harus la goreng sampai garing kan..yang tak boleh blah, dia soh wat gwiyomi.. hukhuk.. dah la tak pandai.. so dia soh wat gak.. seb la sblm ni ada soh anak buat buat kan.. so ingat-ingat camtu je la.. lepas buat tu panel tu siap gelak-gelak lagi.. bertabahlah. maybe dia nak tengok kita sporting ke tak kot... #bersangkabaik takpe.. kita buat je..

masuk soalan ketiga, dalam bahasa inggeris plak. masa ni dah terus cam... isk isk. boleh ke ni.. dia tanya pasal 'look east policy'.kalau dalam BM haruslah senang menggoreng, ni dalam BI, rasa cam susah je.. so bantai la cakap pasal 'look east policy' tapi byk berkisar tentang teknologi.

soalan seterusnya juga dalam BI, apa kelebihan 'look east policy' dan masihkan ia relevan untuk di apply since dah lebih 30 tahun kita gunakan. hamikkk.. bertabahlah,.. goreng je la dalam BI tu pun siap ada lah lahh kat belakang..hahaha..

akhir sekali, dorang ucapkan tahniah kalau dapat, kalau tak dapat cuba lagi.. siyes.. nebes sangat...sebelum ni penah la g interview pertukaran belia korea tu, tapi lama dah.. so.. pengalaman yang cukup berharga..kalau ada rezeki, alhamdulillah.. kalau takde.. takpe la.. dah mencuba kan.. insya allah.. tahun depan cuba lagi.. :)

till then, tatababai

What's New

Wednesday, May 8, 2013

surat untuk mama


biarlah surat berkata-kata....



till then, tatababai

What's New


Tuesday, May 7, 2013

i'm gwiyomi


hai uols... :) skang ni femes ngan gwiyomi kan.. :P rasa cam nak try.. tapi saya tak comel.. hahahah.. so, marilah kita memaksa budak-budak kecik yang comel untuk menggwiyomi.. kikikii..


mangsa pertamaku... :P


test 1..2..3.. ok mulakan...


1 plus 1 equals gwiyomi
 


2 plus 2 equals gwiyomi
... alamak... seksi plak... hahahaha


3 plus 3 equals gwiyomi


4 plus 4 gwiyomiii


ok tak pandai... usu ajarkan... hihihi


5 plus 5 equals gwiyomi
..... alamakkk.. tak bape jadi plakkk


6 plus 6 equals chu chu chu chu chu chu gwiyomiii

yeahhhhh,,,,,

kita test ngan akak dia plak... 1..2...3.....


1 plus 1 equals gwiyomi


2 plus 2 equals gwiyomi


3 plus 3 equals gwiyomi


4 plus 4 equals gwiyomi


5 plus.... 
eh.. kakakk.... takmo wat plak... hahahaha... ok tamat sesi membuli... sekian, semoga terhibur dengan gwiyomi kamiii... hihihihi


till then, tatababai

What's New


Monday, May 6, 2013

Mini Giveaway : Bukit Gambang Water City


hai kawan-kawan.. 
saya ada Baucer Diskaun untuk Bukit Gambang Water Park entrance hasil dari tangkapan masa KLIBF ritu. 

Harga Asal :
Dewasa : RM28
Kanak-kanak : RM12

So, kalau pakai baucer diskaun ni, akan dapat harga RM18 untuk dewasa dan RM12 untuk kanak-kanak. Murah banyak tu. Baucer ni valid sehingga 30 Jun 2013. So, saya nak bagi 3 baucer diskaun ni dengan buat mini giveaway.


so, bagi yang nak join senang je. ikut step kat bawah ekk..

1) tinggalkan link blog kat entry ni sebelum 8 Mei 2013
2) tu je.. takde lain dah.. senang je kannn...

so, nanti saya akan buat 3 cabutan, dan akan umumkan pemenang pada 9 Mei 2013.

then boleh la pemenang giveaway ni berjimba kat Bukit Gambar Water City ni dengan seronoknya... ;)

till then, tatababai

What's New


Sunday, May 5, 2013

saya sudah... anda bagaimana?


marilah mari... pergi mengundi.. tunaikanlah kewajipan pada negara... :) nyanyi kita yeee... :P korang dah pegi mengundi?? alhamdulillah... saya baru je selesai menjalankan tanggungjawab saya pada negara.. alhamdulillah.. semuanya berjalan dengan lancar.. seawal jam 9 pagi saya keluar ye.. tak la awal sangat.. ayah saya orang pertama sampai di pusat mengundi dan orang pertama menjalankan tanggungjawab mengundi di pusat mengundi itu.. :) semangat katanya... maklumlah.. semangat orang veteren ni lain sikit dari orang muda.. orang muda ni kan berdarah panas.. hihihihi


bersiap sedia nak pegi mengundi. ni ada kereta datang amik kat rumah. siap ada bendera lagi. semangat kepartian jelas disitu. :)


lokasi mengundi saya adalah di ADTEC Shah Alam. Masa sampai tu, dah ramai orang beratur kat luar. Adoii.. dah la matahari dah naik, makanya terpaksa jua beratur dalam keadaan panas itu ye. Kalau tau panas camtu, haruslah saya ikut ayah saya jadi antara pengundi pertama tiba di pusat mengundi. Hihihi..


Itu dia.. beratur beramai-ramai. Masa ni la jumpa kawan-kawan lama. Ada yang ok, siap salam-salam. Ada juga yang sekadar berhai-hai, dan babai begitu saja. Takpe la.. kita senyum saja. :)


Sementara menunggu, pastikan tangan adalah bersih ye. Bukan satu tangan je, kedua-dua tangan adalah bersih. So, ini adalah tangan kiri yang sangat bersih #bersihlasangatnye


Diluar pintu masih tu, dah ada notis dari SPR. Di situ juga tempat terakhir peraih-peraih undi meraih undi mereka. Dari situ, macam-macam sikap kita boleh nampak. Biasalah.. saat-saat akhir kan. Mana la tau dapat mengubah undi. Walaupun hanya 1 undi, ia tetap berharga. :)


Pusat mengundi. Kat sini dah ada polis jaga.


Tu dia. Abang polis bersama wakil SPR. Ada la 2-3 orang wakil SPR di situ. Kesemuanya sangat ramah. Polis je ada masam sikit, kang terlebih ramah susah juga kan. Hehehe


Wakil SPR sedang memberi penjelasan tentang menghantar warga kurang upaya masuk mengundi. Macam kes makcik ni, akak bagi pepel tu hantar mak dia pegi mengundi, nak masuk sekali la. Tapi dia belum mengundi lagi, pusat mengundi kat tempat lain. So, wakil SPR ni explain, kata kalau boleh dia tak yah masuk sebab dia belum mengundi lagi. So, nanti ada wakil SPR yang akan hantar makcik ni ke dalam since makcik ni ada keupayaan untuk melihat dan menulis kan. Bagus pegawai ni.. saya suka... saya suka... :P


Ni pulak yang queue kat belakang kitorang. Ramai woooo...


Sampai kat first point, kat sini dorang akan check kita di saluran berapa. Yang beratur panjang tu kat untuk ke sini la..yang check pun 2 orang je. Sorang check kat notebook, sorang bagi nombor.


Saya sudah berpeluh wokeyy... 


Ni antara pegawai yang bertugas. Check no ic, yang sebelah bagi nombor saluran berapa. Lepas tu ada wakil parti duduk kat belah belakang jadi pemerhati.


Saya adalah di saluran 2. Mak kata saluran 2 ni untuk orang-orang muda.. Wawawawa.. mudanya saya.. kikikiii..


Beratur lagi nak masuk bilik mengundi di saluran 2. Panjang wooo queue dia. Tapi nasib baik masa ni dah berangin sikit. Cuaca pun dah ala-ala mendung berarak lalu. Hahahhaa


Bersama adik menjalankan tanggungjawab kepada negara. :)


Ke saluran 2 kita yee


Memula 1 line panjang gile... lepas tu pegawai SPR tu soh wat 2 line. Sekali masuk 2 orang. Ada 2 orang la yang akan calit jari tu.So proses dia cepat sikit. Lagi plak cuaca dah mendung kan, kesian kami kalu hujan nanti. :P


Antara tatacara yang ditampal di luar untuk perhatian pengundi


Lagi maklumat tentang penggunaan dakwat kekal


Tatacara pengundian.


Sampai jam 5 petang ni je tau.. bukan petang esok..


Garisan menunggu. Kena tunggu kat sini. Dah kena panggil dengan polis tu baru boleh masuk. Lepas ni terus simpan telefon. 


Saya sudah.


Jari lain tu kena wat inai kot.. hahahaha


Kemudian keluar dalam keadaan senyap. :) Di luar pagar ada la wakil-wakil dari macam-macam parti yang menghulurkan bantuan selain dari yang meraih undi. :)


Lagi wakil parti yang menghulurkan bantuan.


Antara kereta parti yang mengambil dan menurunkan penumpang. Naik je mana-mana kereta, dorang akan hantar ke pusat mengundi. :)

So, saya sudah menjalankan tanggungjawab saya. Anda bagaimana?? Jangan tunggu lagi.. pegi la mengundi.. setiap satu undi adalah sangat berharga. Kita sebgai rakyat adalah penentu masa depan negara. Jatuh bangun negara Malaysia ni, adalah bergantung kepada setiap undi yang kita berikan. Petang ni dijangka hujan, so keluar awal tau.. :) bawa payung juga kot la tetiba hujan kan.. standby je.. apa salahnya..

lepas ni, saya akan bergerak ke Johor pula untuk persediaan konvokesyen.. so apa jua keputusan PRU hari ni..bergantung pada kita. Kita yang memilih siapa yang patut mewakili kita untuk masa depan dan hala tuju negara kita. Kita mampu memilih yang terbaik.. :) sape jua yang menang, tahniah le... yang kalah pun.. tahniah juga.. ini adalah adat bertanding.. mesti ada menang kalah.. terima kemenangan dan kekalahan dengan hati terbuka.. kerana itulah suara rakyat. :)

till then, tatababai

What's New


selamat mengundi semua...


hai semua..

hari ini adalah hari yang paling bersejarah dalam negara. hari ini adalah hari di mana Pilihanraya Umum ke-13 akan dijalankan. korang dah pegi mengundi?? mesti ramai kan.. haruslah.. semua orang adalah menunaikan tanggungjawab masing-masing pada negara.

saya?  ini adalah schedule entry, so takde live picture yang boleh saya kongsikan. ;) tapi pada masa entry ni di keluarkan, haruslah saya sedang berada di pusat mengundi.

kat tempat saya ni, ada calon dari 4 penjuru. dari PAS, Barisan Nasional, HINDRAF dan calon Bebas. sape yang saya undi? opss.. undi adalah rahsia.. :P rahsia la sangatttt... hahahaa

lepas selesai semua ni, saya akan bergerak ke Johor pula. tak sempat nak bermanja-manja dengan mak ayah..hihihi..

so, selamat mengundi semua. pilihan di tangan anda. jadi, pilihlah yang terbaik, yang mampu memberikan kesejahteraan kepada rakyat dan kemajuan pada negara.. :)

till then, tatababai

What's New

Saturday, May 4, 2013

warna warni pilihanRAYA


finally.. i'm home.. hihihi.. saya dah kat kampung... baru balik tengahari tadi..so, petang-petang plak, pegi wat lawatan tapak kat area kampung.maklumlah. sok kan nak RAYA... huhuhu.. motif? saje nak menikmati suasana pilihanraya kat kampung.. boleh tahan juga la meriahnya.. sama cam hari raya.. kikikiii


warna warni bendera... kelabu asap kata tengok macam-macam saiz bendera ada..


macam-macam kreativiti ada... hebat anak kampungku ni... kreatif...inovatif...


nampak tak tulisan itu? klik untuk besarkan gambar... :P


kempen dan terus berkempen...


zoom out.. nak tergelak baca.. hahahaha


ni ada lagi.. kat kawasan lain.. tapi yang ni takde jawapan.. :P


terserlah kekreativitinya.. hahahaha


ni tengah berkempen dengan pembesar suara kat tengah-tengah traffic light.. dasattt depa ni...


ni plak nak bagi pamplet, surat khabar untuk meraih undi..

akhir kata, pilihlah yang terbaik demi masa depan anda... :)

till then, tatababai

 What's New