Monday, December 30, 2013

Cara Memohon Malaysia Hall Melbourne, Australia


Updated : 12 Jun 2016

Entry ni.. adalah khas untuk macam mana nak apply untuk menginap di Malaysia Hall Melbourne. :) untuk reference diri sendiri juga la kemudian hari nanti.. hihihii

1) Kenalpasti tarikh travel
Normally, Malaysia Hall ni akan utamakan student untuk menginap di sini. So, kalau timing kita pegi tu low season.. insya allah.. senang la nak dapat. Ni kira time orang tengah bizi keje, orang tengah bizi study.. Kalau timing tu tengah cuti sekolah kat Australia tu consider high season.. nampak gayanya kena apply tempat lain la.. hihihi

Bila time cuti sekolah kat sana tu? Boleh check kat sini

2) Bila masa yang sesuai untuk apply?
Selewat-lewatnya 2 minggu sebelum tarikh menginap. Tapi macam saya.. 5-6 bulan sebelum pegi.. saya dah apply dah. Sekurang-kurangnya kalau permohonan tak berjaya, saya ada plan lain nak menginap kat mana.. kalau nak apply 2 minggu sebelum bertolak tu, susah la nak plan.. ye la.. 2 minggu sebelum bertolak baru nak memohon.. nak tunggu pihak sana jawab balik, dalam seminggu macam tu baru dapat tau permohonan lulus atau tak.. kalau lulus alhamdulillah.. kalau tak lulus.. tinggal seminggu sebelum bertolak baru nak cari tempat menginap.. sah-sah masa tu dah mahal kan.. so.. rancang perjalanan dan penginapan anda.. :)

3) Buka website http://www.ema.org.au/v2/

Harus la ini step pertama kan.. cari info di sini dulu..Malaysia Hall ni biasanya tempat student-student Malaysia berkumpul.. kalau Hari Raya.. kat sini la dorang kumpul-kumpul..terasa cam bersama family.. kannn.. ekkk.. ok sambung cite...


Then, klik pada pautan Malaysia Hall Melbourne


dan... page ini akan dipaparkan. Puan Norliza tu adalah Pembantu Warden di situ ye.. sila berkenalan dengan beliau... :) Klik pada butang Staying At Malaysia Hall Melbourne. Di sini akan dipaparkan segala macam maklumat tentang tatacara dan siapa yang boleh menginap di sini..


4) Baca dan fahamkan

Nak duduk kat sini, kena tau apa fasiliti yang ada, kena faham rules and regulation. Sama je macam kita nak duduk kat hotel kan..sebelum kita booking, kita nak tau apa fasiliti yang disediakan, ada bath tub ke, ada gym ke, jauh ke tak tempat dia.. so, kat sini dia ada segala macam maklumat.. baca dulu.. jangan terus apply je.. kang dah apply.. tetiba sampai sana tetiba takde bath tub.. mengamuk plak padahal memang dah dinyatakan apa yang ada, apa yang takde.. rate pun turut dinyatakan di sini.. :) bila dah agree, baru proceed pada next level.. :D






Ok.. dah faham? Bole baca next process.. :)

5) Download Borang Permohonan

Boleh download borang di sini. Borang permohonan untuk pelajar dan bukan pelajar berbeza tau..Kalau pelajar yang baru nak daftar kat mana-mana universiti berhampiran kat Melbourne ni, isi borang DMP1, manakala kalau untuk bukan pelajar, isi borang DMP2. Lepas download borang tu, isi borang.


Lengkapkan borang di bahagian Butiran Peribadi Pemohon.


Tandakan Malaysia Hall mana yang kita nak duduk. Kira borang ni boleh digunakan untuk apply samada di Malaysia Hall Sydney atau di Melbourne. Tandaakn juga tujuan kita memohon penginapan ni, tarikh masuk, tarikh keluar dan bilangan hari. Sekiranya nak duduk sini dengan pasangan ataupun dengan kawan-kawan, nyatakan juga nama kawan tu beserta dengan detail seperti yang di nyatakan. :)


Akhir sekali, jumlahkan berapa bilangan penghuni, jumlah bayaran yang perlu di bayar dan tandatangan beserta tarikh permohonan. :)

6) Hantar Permohonan
Untuk permohonan penginapan di Malaysia Hall Melbourne, print borang dan faxkan borang ke :

Education Malaysia Australia [+612 9363 1257] dan Malaysia Hall Melbourne [+613 9529 4509]

Kalau takde printer, takde mesin faks.. takde masalah.. bole emelkan sahaja pada mereka di alamat :
Education Malaysia Australia [contact@msda.org.au] dan Malaysia Hall Melbourne [+myhallmelbourne@msda.org.au]


7) Tunggu Reply
Ikut pengalaman saya sendiri, tak sampai seminggu memohon, saya dah dapat maklumbalas dari pihak Malaysia Hall Melbourne. :)


Ok.. bila dah lulus.. tunggu masa nak bertolak dan menginap di sana.. :) senang je kan... hehehe..



Nak cari penginapan di Melbourne ? Booking.com
till then, tatababai
What's New