Wednesday, December 31, 2014

Suka Duka 2014!

Penghujung 2014... penuh suka dan duka...



Hari ini.. aku masih lagi bekerja.. dalam keadaan yang sangat beremosi... ditugaskan pula buat kerja-kerja yang meruntun emosi aku.. T_T

Sungguh, aku tak mampu nak bergelak besar hari ini.. hanya mampu tersenyum kosong tanpa ada apa-apa perasaan untuk menyambut ketibaan 2015 tengah malam ini..

Hati aku menangis...
Jiwa aku meronta-ronta..

2014.. tahun yang terlalu banyak dukanya untuk negara... tahun yang sesekali membawa riang tawa untuk diri sendiri...

Hati aku menangis lagi..
Aku terkenang nasib MH370.. terlalu meruntun jiwa.. kehilangan yang menjadi misteri.. mendengar rintihan seorang isteri kepada pramugara MH370 itu sudap cukup buat hati aku sebak...


Sebulan sejurus peristiwa kehilangan MH370.. aku terbang ke Melbourne bagi memenuhi impian untuk ke New Zealand.. sungguh... mimpi ngeri berada dalam pesawat menempuh ribut udara dan poket udara itu.. sungguh buat aku trauma seketika dan terus terbayangkan kehilangan pesawat MH370..

Seterusnya, masih lagi aku ingat.. ketika sedang bersahur di bulan puasa.. terdengar berita tentang pesawat MAS yang ditembak jatuh.. ketika itu, aku dah menyangka penemuan MH370.. rupa-rupanya.. pesawat MAS yang lain.. T_T saat bersahur itu jugalah aku menangis ketika melihat paparan video yang diambil oleh penduduk di sana..



Dan pada penghujung 2014 ini pula.. dengan pelbagai berita tentang musibah banjir di Pantai Timur yang meragut banyak nyawa. T_T Nauzubillah...

Dan beberapa hari lalu, kita juga dikejutkan dengan kehilangan pesawat AirAsia QZ8501.. dan 2 hari kemudian, dimaklumkan pesawat tersebut telah ditemui terhempas di dasar laut.. Subhanallah.. Subhanallah.. Nauzubillah...



2014...
Lebih banyak dukanya dari suka... T_T

MH370, kamu akan terus berada dalam ingatan kami...
MH17, bersemadilah kamu dengan aman...
Mangsa banjir, teruslah bertabah dalam menempuh dugaan ini..
QZ8501, bersabarlah.. kami sedang berusaha..


till then, tatababai

What's New

Continue Reading
3 comments
Share:

Tuesday, December 30, 2014

Nuffnang Premiere Screening of Taken 3!

Assalammualaikum...

Finally.. I'm invited again!!! Alhamdulillah... kali ni insya allah.. aku akan datang... jumpa kat sana ye.. ^_^


Dear Nuffnanger,

You are cordially invited to the Nuffnang Premiere Screening of Taken 3!


Nuffnang Premiere Screening of Taken 3!
Date: 6th January 2015 (Tuesday)


till then, tatababai

What's New


Continue Reading
1 comment
Share:

Monday, December 29, 2014

Kehilangan Pesawat AirAsia QZ 8501 dari Surabaya ke Singapura

Assalammualaikum...

Semalam kita dikejutkan dengan kehilangan pesawat AirAsia QZ 8501 dari Surabaya - Singapura. Masa aku dapat tau berita tu pulak, masa tu aku tengah berada dalam kelas.. so rasa macam mamai-mamai pun ada.. rasa macam eh.. eh.. ye ke?? ke tipu je ni.. pastu bila buka Facebook.. tengok dah viral pasal pesawat ni ilang... lepas tu baca pula Berita Harian... nahhh... betul rupanya.. terus meremang bulu roma ni... 


Petang tu, aku balik rumah.. terus aku search semua info la pasal kehilangan pesawat ni.. Masya Allah.. bila dengar info yang menyatakan pilot request untuk naikkan ketinggian pesawat dari 32,000 kaki ke 38,000 kaki untuk avoid awan tebal tu.. terus aku teringat-ingat dengan pengalaman aku naik flight AirAsia juga la dari LCCT ke Melbourne bulan April lalu.

Aku dapat bayangkan sangat-sangat keadaannya masa tu.. Subhanallah.. T_T rasa nak nangis bila mengenangkan semua tu.. tapi pada masa yang sama.. bersyukur kerana aku masih mampu bernafas di bumi Allah dalam keadaan sempurna untuk bersama keluarga tercinta.  Apa yang aku rasa ketika itu, apa yang aku bayangkan ketika itu.. hanya MATI.. terfikir di benak fikiran ni, dah cukupkah amalan aku untuk meninggalkan dunia ni? T_T Masya Allah... rasa insaf sangat-sangat...





Bila Kapten Nik Huzlan Nik Hussain mengulas tentang permohonan pilot untuk mengubah ketinggian disebabkan turbulence tu.. memang aku terus rasa sebak.. seriously, aku memang sangat-sangat tersentak dengan situasi macam ni.. sebab aku dah laluinya.. combination air pocket dan turbulence.. Ya Allah... perasaan duduk dalam pesawat yang menjunam... T_T tak sanggup nak ingat lagi... Moga Allah lindungi penumpang-penumpang dalam pesawat QZ 8501.. semoga pesawat tersebut ditemui.. semoga mereka semua berada dalam keadaan selamat...amin.. ya rab...



Sesungguhnya.. sampai sekarang.. tiap kali aku naik flight.. tipu la kalau aku kata aku tak teringat langsung perasaan takut disebalik kehilangan MH370.. lelagi dengan apa yang aku dah lalui masa pegi Melbourne dulu.. tiap kali flight bergegar.. tiap kali aku berzikir... aku cuba kurangkan rasa takut aku dengan macam-macam cara..

Memang betul.. flight gegar tu biasa la kan.. tapi sebab keadaan cuaca sekarang pun semakin tak menentu..sampai ada kawan aku kata, kalau boleh elakkan terbang pada bulan Disember.. nauzubillah..

Berat sungguh dugaanMu, Ya Allah... 2014 ini adalah tahun yang paling mencabar untuk Malaysia.. juga untuk seluruh rakyat Malaysia.. semoga Kau lindungi kami...

Doa aku sekeluarga untuk keselamatan penumpang pesawat AirAsia QZ 8501 dan semoga Allah permudahkanlah urusan mencari dan menyelamat bukan sahaja untuk pesawat AirAsia tersebut, juga untuk pesawat MH 370. Amin..

till then, tatababai

What's New

Continue Reading
1 comment
Share:

Friday, December 26, 2014

Pencarian Bloglist 2015 By BBL - Contest

Assalammualaikum...

Hai semua.. nak share sikit berkenaan dengan Pencarian Bloglist 2015 oleh Budak Bandung Laici. Budak mana ni? hikss.. Budak ni suka minum air Bandung Laici.. sebab tu nama dia Budak Bandung Laici.. hihihi.. acah je..

Orait.. nak share sikit, BBL ada buat contest la kan.. nak tambah list blog dalam bloglist beliau.. so, beliau telah menganjurkan satu contest untuk uols-uols yang nak berada dalam bloglist beliau.. awesome ke tidak?? nak ke tak nak?? kalau tanya aku.. mesti la nak kan...

BBL ni aku kenal masa kitorang join event Hari Raya Bersama Nuffnang.. terus jadi macam adik-kakak.. hihihihi... seronok dapat kenalan baru.. terus rasa diri dah tua.. kahkahkahh..

Okey sambung stori.. so, BBL sedang mencari 20 buah blog yang ohsem  untuk mengisi slot bloglist baru 2015. Bila dah masuk dalam bloglist.. senang la nak blogwalking kan.. aku pun salu blogwalking kat blog-blog korang ni thru bloglist kat sebelah ni je... senang.. ^_^

Macam mana nak join?


- SYARAT-SYARATNYA -


2. Buat satu entri bertajuk Pencarian Bloglist 2015 By BBL - Contest
3. Letakkan banner di atas & linkkan ke post ini
4. Tinggalkan URL ENTRI korang di kotak komen bawah ini
5. Pemilihan berdasarkan random.org
6. Pencarian ini akan TAMAT 8 Januari 2015 dan blogger yang berjaya akan di umumkan pada 10 Januari 2015

So.. jom kawan-kawan... berkawan biar beribu-ribu kan... ^_^

till then, tatababai

What's New

Continue Reading
12 comments
Share:

Wednesday, December 24, 2014

Pakej 4D3N Jakarta - Bandung Murah

Assalammualaikum..
Hi uols.. macam mana?? Dah ada trip cuti-cuti untuk tahun depan?? ^_^ yang ada tu.. bagus la.. yang takde tu.. meh rapat-rapat nak promote sikit..

Nak pegi Jakarta - Bandung all inclusive dengan harga RM1,300??? Hahh... ini pakej baik punye... ^_^ all inclusive tauu.. korang pegi bawa diri je wokey.. 

Yang mana plan nak shopping untuk raya tu, nak cuci-cuci mata kat Jakarta - Bandung tu.. inilah peluang yang terbaik untuk korang.. tak yah apply cuti pun.. sebab tarikh dia memang jatuh pada hari cuti Tahun Baru Cina.. ohsem ke idak??  kalau beli tiket skang ni time Tahun Baru Cina tu.. memang sah-sah le harga dam dam dum bunyi mercun padi.. melompat-lompat harganya kannn... hiksss...

Boleh tengok.. belek-belek itinerary kat bawah ni.. kalau minat.. boleh emel kat ahkak untuk booking dan dan bayar deposit RM300 untuk reserve tempat... ^_^

Berapa harga pakej ni???

4D3N Jakarta - Bandung => RM1,300 SAHAJA

Maklumat lanjut, boleh baca itinerary kat bawah ni.. ^_^


Untuk pertanyaan, tempahan.. boleh emel kat ahkak di alamat : anilwanina@gmail.com
* Tempat TERHAD.
* First come, first serve



till then, tatababai

What's New

Continue Reading
No comments
Share:

Merancang percutian dengan kalendar 2015

Assalammualaikum...

Lagi beberapa hari dah nak masuk tahun 2015 kan.. kan... ^_^ so, korang dah ada perancangan cuti? 

nak pegi mana tahun depan? 
nak travel mana tahun depan?
nak buat apa tahun depan?

Hihihi..

Meh nak share sikit.. bila aku plan percutian.. ehem.. ^_^ aku suka refer kat satu laman web ni.. malas nau nak belek kalendar kann.. kann... lagipun aku belum dapat kalendar untuk tahun depan lagi ni.. tu yang dok gigih refer laman web.. hahaha... maybe korang boleh gunapakai juga laman web ni.. memang amat berguna.. 

Laman web One Stop Malaysia ni memang sesuai untuk yang nak plan cuti.. aku rasa bukan aku sorang je guna.. ramai lagi yang guna kan... ^_^

So, yang ada perancangan cuti-cuti tahun depan.. bole la refer kat sini.. ^_^


Jadual cuti-cuti jalan aku dah penuh sampai bulan Jun. Harap maklum.. ^_^

till then, tatababai

What's New

Continue Reading
2 comments
Share:

Tuesday, December 23, 2014

Percutian Santai di Koh Samui - Day 1

Dah 2 bulan baru hegeh ye nak up entry Samui... hahahaha.. bertabah je la ye.. orait... trip Koh Samui ni aku dah lama berangan dari tahun lepas.. tapi macam ehh... ada flight ke nak turun sana? hahaha.. bila AirAsia buat route ke Suratthani.. secara tak langsungnya aku pun follow entry a few blogger yang pegi ke Koh Samui thru Suratthani.. antaranya bro Supermeng Malaya.. so aku pun pasang angan-angan..

Tahun lepas masa sale FREE SEAT AirAsia tu.. aku dapat la grab tiket ke Suratthani untuk 3 orang dengan harga RM192 per pax yang aku rasa paling murah la... ^_^ setahun punye tiket tu.. 

Gigih sangat kann nak pegi Koh Samui kann.. so bila dah ada tiket tu.. aku pun ada la wat beberapa persediaan.. memula cari dulu transportation macam mana nak pegi.. bukan turun-turun kat airport Suratthani tu terus sampai Koh Samui ye.. jauh lagi perjalanannya..

So aku wat research.. buka la blog sana sini pasal macam mana nak gerak dari Suratthani ni ke Koh Samui.. mostly yang aku baca, tak cerita detail pasal macam mana nak beli tiket and mana nak beli tiket bas? Tau-tau je dah naik bas... gituu.. so... tak sesia la aku grab tiket ni setahun awal so aku boleh wat research macam-macam..

Kalau ikutkan.. aku bercuti ni 5 hari.. tapi takde la semua 5 hari tu aku stay kat Koh Samui.. aku bermalam semalam kat Suratthani sebab tak nak penat sangat.. lagipun aku bawa Iman.. ko tau la kalau bawa budak ni macam mana.. so, mostly aktiviti memang aktiviti ringan-ringan je.. takde la yang berat-berat.. kira trip ni ala-ala trip santai je la... 

So, aku tukar duit sikit je tauuu... untuk total 5 hari 4 malam untuk  kitorang bertiga di Suratthani dan Koh Samui ni.. aku bawa 600 Baht sahaja.. bajet ke idak??? 

tukar duit ^_^

So, nak dijadikan cerita..minggu aku pegi Koh Samui tu adalah minggu hectic untuk aku dan opis aku.. boleh pulak event CAPAM dibuat minggu yang aku nak pegi Koh Samui tu.. adoiyaiii... cuti aku memang dah lama approve sbb kena minta kelulusan bagai.. tetiba bos untuk event ni plak kata cuti semua orang dibekukan.. ko sedih ke idak??? hukhukk.. pulak tu aku kena bertugas dari hari Sabtu sampai ke habis event tu.. nangis lagi.. T_T pastu aku deal ngan urusetia minta aku ditugaskan sehingga 20hb sahaja.. aku cakap aku tak kisah la kalau Sabtu sebelum tu aku kena bertugas 24 jam.. janji aku dapat cuti.. hahahah.. gigih sangat tauu.. ^_^ nasib baik urusetia okey... so dapat la bercuti dengan jayanya pada tarikh seperti yang dirancang... alhamdulillah....

Orait.. banyak sebenarnya dugaan nak pegi Koh Samui ni.. tetiba pulak.. cehh.. banyak pulak tetiba.. tetiba plak minggu kitorang pegi Koh Samui tu pulak.. minggu tu Iman periksa akhir tahun.. T_T adoiyaiii.. salu ada surat.. ni takde surat.. ko tau je la budak tengah excited nak bercuti.. memang kunci mulut je la xmo g tau dia nak peksa.. grrrrrr... hari Isnin 20hb tu.. esok nak terbang dah ni... T_T aku pegi bertugas kat PICC.. en suami pegi sekolah Iman deal ngan cikgu kelas dia.. Iman plak baru start periksa 20hb tu sampai Khamis.. cikgu dia kata OK takpe boleh cuti.. lepas cuti baru amik exam.. alhamdulillah... lega lagi satu hal...

Aku pun tak sangka sekolah boleh pulak nak wat exam minggu cuti Deepavali.. sebab sebelum ni pun memang kalau buat exam seme tu.. memang minggu yang takde cuti seminggu tu.. ni ada cuti sehari.. parent macam aku ni pun buat la planning macam-macam... sebab sekolah lain seme dah exam seminggu sebelum tu atau seminggu lepas Deepavali tu.. sekolah ni je.. lahaiii...  alasannya dah tak cukup masa sebab minggu depannya nak buat sukan pulakkk... takpe la cikgu.. yang penting kami dah selamat pegi balik bercuti.. hihihihi

Baiklah.. tamat sudah segala macam kejadian unsangkarable tu... berbalik semula pada cerita ceriti percutian santai ni.. so, pada 21 Oktober.. kitorang pun berangkatlah ke KLIA2 yang gah tu.. flight jam 1230 tengah hari.. so, kitorang gerak pun slow-slow je... kul 10 baru kuar umah.. drop off kat ERL Salak Tinggi.. parking kat parking berbayar ye... RM2 per day.. okey la tu.. tapi parking hazab n jauh gile.. drop beg dulu.. aku pegi beli tiket.. en suami pegi parking.. Iman jaga beg.. ^_^

Setel seme tu.. masuk dalam tunggu ERL yang dijangka tiba lebih kurang 20 minit lagi.. tetiba cam cuak.. eh eh.. sempat ke ni.. hahahaha.. dah la International flight.. confirm parking jauh ni... 

beg cap ibu dan anak

Mujur la sampai KLIA2 tu dalam jam 1120 gitu.. sempat aje kann.. kitorang tak drop luggage.. ada 2 beg tarik ngan 1 beg sandang.. seme kitorang bawa naik.. nak jimat katanye.. kahkahkahh..

Gate P5.. fuhh.. jauh giles...

depan Gate P5.. so realistic kan..

Alhamdulillah.. flight ni tak delayed.. sebab dah informed as delayed 30 minit dari yang asal kann.. so kalau delayed lagi.. haruslah aku mengamuk guling-guling depan departure hall tu.. jauh lagi perjalanan ni beb...

Naik flight.. smooth je.. since aku tak beli seat, so dok seat asing-asing la.. tapi takde la jauh mana.. aku dok wing kanan, encik suami ngan Iman dok wing kiri.. still sebelah-sebelah je kan.. takde la nak wat scene mengamuk-ngamuk dalam flight sebab nak dok sebelah pasangan.. ^_^

Macam biasa, dalam flight isi departure card dan arrival card siap-siap.. since aku dok kat Aisle, so memang tak dapat la nak pejam mata tido kan.. yang dok sebelah aku tu plak memang orang Siam.. tah apa dorang sembang tak faham.. so aku wat hal sendiri main game saje.. ^_^ tak jauh pun perjalanan lebih kurang dalam 1 jam 30 minit sahaja..

arrival / departure card

arrival / departure card

Lebih kurang jam 12.30 tengah hari waktu tempatan, kitorang pun touch down dengan selamatnya di Suratthani International Airport. Hah kau.. airport kecik-kecik macam ni pun International wokey.. ^_^ cepat-cepat keluar sebab nak selesaikan urusan imigresen dengan lajunya.. alhamdulillah.. smooth je.. kaunter dia pun buka 2 je.. tapi tetap laju..

Suratthani International Airport

International Arrival

Welcome adik manis... ^_^

Setel je urusan imigresen, kitorang pun terus kuar. Kuar-kuar je terus lari kat Kaunter Seatran sebab baca kat forum Cari katanya beli kat situ je.. sebab murah.. (lokasi Seatran Kaunter tu, kalau keluar dari Arrival Hall, belah kanan, jalan terus sampai jumpa escalator, kaunter dia sebelah eskalator tu) lari-lari kat sana.. pastu orang kaunter tu kata perpax THB400 tapi tak termasuk transport kat Koh Samui tau... aku pun macam.. eh eh.. nanti kat sana nak naik apa plak.. dah la jauh kot nak sampai kat Bophut Beach tu..

Lepas tu orang kaunter tu soh pegi kat kaunter Phantip Tour depan Arrival Hall, katanya kat situ ada offer pakej sekali ngan transport kat Koh Samui. Okey.. terus lari-lari balik kat kaunter depan Arrival Hall.. memang ramai sangat orang kat situ.. so, beratur la.. so sampai kat situ, sorang mamat ni entertain kitorang.. dorang offer THB550 seorang untuk one way, so return THB1100 seorang...

Route dia adalah :
Pergi (Bas Suratthani Airport - Jeti - Feri - Van di Koh Samui sampai hotel)
Balik (Pick up van di hotel Koh Samui - stesen bas di Koh Samui - Jeti - Feri -  bas ke hotel di Suratthani - bas ke Suratthani Airport)

Okey la tu kannn... tak yah dah fikir untuk transport pegi balik.. seme dah setel...

Yang ada S tu kaunter Seatran Ferry

kaunter Phantip Tour

mamat baju ijau tu la yang entertain kitorang

tulis segala maklumat flight dan nama hotel untuk transfer nanti

encik baju hijau buat pengesahan

tu bayaran dia...

Okey.. jom naik bas pulak.. bas memang tunggu kat luar airport. tak yah jalan jauh-jauh.. ikut je staff dia yang pakai baju kaler ijau tu.. bas adalah bas 2 tingkat ye... kitorang dok tingkat atas sebab tingkat bawah penuh.. tak yah risau.. walaupun bas nampak macam buruk je.. tapi all in good condition..macam bas ekspress la.. since perjalanan lebih kurang dalam 2 jam gitu.. ikut kelajuan bas la.. bas 2 tingkat kot.. bukan bole tekan sampai 120km/j kan... ^_^ 

Lain ferry, lain pelabuhan tau.. tapi dekat-dekat je pun.. macam kitorang naik Seatran Ferry, so, tempat yang dituju adalah Seatran Pier. Kalau Raja Ferry pulak.. pelabuhan lain tapi sebelah Seatran Pier je pun.. sama je naik mana-mana pun.. janji sampai kan.. cumanya ikut keselesaan le.. macam Seatran Ferry ni.. memang aku dah study awal-awal dan dah decide nak naik Seatran Ferry ni.. so, amik je pakej dia ni.. senang tak yah nak fikir banyak-banyak. Lagipun, aku bawa anak.. mestilah nak keselesaan kan. Walaupun anak tak bape nak kecik, tak bape nak besar.. tapi dia pun ada mood dia sendiri.. so, keselesaan anak juga penting untuk berjalan ni tau.. jangan fikir ikut sedap sendiri je.. ^_^


bas kami dari Suratthani Airport - Seatran Pier

tiket.. tiket...

Iman ni sebetulnya dah penat.. tapi aku dok psiko kata, kat tempat yang kita nak pegi ni.. cantik.. susah-susah dulu.. senang kemudian.. lagipun, banyak dah dia sacrifice nak pegi bercuti ni.. hihihi.. so, kena banyak sabar.. huhuhu.. later aku cerita tips-tips nak bawa anak berjalan jauh macam ni.. ^_^

posing ngan tiket pulak..

tiket balik, dah siap-siap masuk dalam sampul.. senang je kan...

sila baca term & condition..

tiket bas dari Suratthani Airport - Seatran Ferry

tiket Seatran Ferry..

Sepanjang perjalanan dari Suratthani Airport ke Seatran Pier ni.. memang takde apa yang menarik sangat ler... so, dalam perjalanan tu, aku qada' tidur.. hihihi.. dah bape malam tak dapat tido sebab keje kan.. so, dalam bas tu la aku bantai tido.. apadehal.. tak kacau orang pun.. hiihih... Iman ngan encik suami pulak.. takmo tido.. so dorang main snap-snap gambar..

antara pemandangan

dalam bas

budak boring

Okey, lepas beberapa lama bertapa dalam bas sampai kematu punggung ni.. dah la dengan laparnya... akhirnya, sampai jua di Seatran Pier. Ferry bergerak jam 3.30 petang..

Seatran Pier signboard



kami... ^_^


Antara kenderaan yang menunggu untuk masuk ke dalam ferry.. semua ni nak ke Koh Samui.. bas pun boleh naik feri ni tau.. besar ke idak feri ni? hehehe..

Yang bestnya kat Seatran Pier ni.. ada tandas, ada gerai makanan.. so, kalau yang lapar tu.. boleh makan dulu.. tapi kitorang proceed je terus masuk sebab feri dah ada.. takut lambat pula kan.. nasib la Iman tak meragam (eh.. budak 8 tahun meragam ke?) jangan tak tau ye.. orang tua pun ada angin dia sendiri tau.. ^_^ 

Sementara tunggu dorang nak panggil masuk.. kita tunggu dulu kat ruang menunggu sambil makan jajan.. vavavvaaa... abis la masuk angin perut ni.. lapar gile kot.. bole makan jajan je.. ada je bawa bekal roti.. tapi malas nak keluarkan dari beg.. so, makan apa yang ado dulu... nanti dalam feri, kita sambung makan lagi..

jom masuk.. ini macam naik LRT.. 

kita makan jajan dolu...

route yang Seatran Ferry pegi..

Tak sampai 5 minit macam tu.. ada pengumuman.. kata feri dah ready.. ok jom kita naik feri...besar la juga feri ni.. lebih besar dari feri kat Penang tu.. dek penumpang je ada 2 tingkat.. satu pengalaman yang terbaik.. ye la..trip Koh Samui ni la yang merasa nak kenderaan udara, darat, air.. hahhh.. complete kannn... sesambil tu ajar la anak kita tu.. bukan dapat jalan je.. ilmu pun dapat.. penat lagi la.. hahahhaa

jom naik feri

tu feri kita..

Iman maintain.. mama dah masam sebab penat.. kahkahkah

antara Seatran Ferry yang lain

Moh kita tengok pula apa ada dalam feri ni... besar ke idak? Macam Titanic ke tidak??? hihihi.. berangan tak sudah..

yang nak tengok pemandangan.. boleh duduk luar.. memang berangin.. best...

ada set kerusi meja macam ni.. untuk yang nak makan-makan ala-ala piknik atas kapal.. ^_^

ataupun nak duduk macam dalam bas.. hahh.. boleh dok dalam sambil tengok TV.. dia pasang movie cite tomoi... wachaaa...

ataupun nak rest... boleh duduk kat ruangan VIP la kononnya.. boleh tidoo..

Kitorang dok kat bilik ni.. selesa sikit dan lebih privasi.. orang sebelah seme tido.. kitorang makan roti sampai abis roti sebuku... huuhuhuhu.. lapauu macam  anakonda...

Lebih kurang 1 jam 40 minit. maka sampailah kitorang kat pelabuhan di Koh Samui.. sampai-sampai je.. turun dengan tertib, siap beratur tau.. bagus orang-orang Thailand ni.. ^_^ sampai kat bawah, kena jalan sikit sampai kat luar bangunan pelabuhan... lepas tu jumpa banyak motor-motor sapu.. yang ni pun doranga da offer servis hantar penumpang ke hotel tau... tapi kalau backpackers ok la.. kitorang ni 3 orang.. nak pulak dengan beg tarik bagai.. nasib kita nak amik pakej transport seme.. so, teruskan lagi perjalanan melalui susur gajah sampai ke hujung jalan...

hi.. saya Iman.. saya suka travel.. 

dah nampak Koh Samui dari jauh...

beratur nak turun dari feri..

jalan menuju ke luar bangunan pelabuhan

antara tuktuk servis yang menanti.. 

antara servis motor sapu yang menanti

kena jalan lagi sampai hujung jalan tau...

sambil nikmati pemandangan yang cantik

jumpa bangunan ni.. jalan depan lagi sikit

jumpa ni.. dan tunjukkan tiket...

antara driver-driver yang sedang menunggu penumpangnya di Koh Samui

Pastu tunjukkan tiket pada driver-driver tu.. then dorang tunjuk la sape korang punye driver yang akan bawa korang transfer ke hotel. Sementara tunggu penumpang yang lain.. dia akan suruh kita berdiri ikut group. Ada area Lamai, Chaweng, Bophut dan macam-macam lagi. Macam kitorang group yang dok kat area Bophut, so.. asing la dari group yang dok kat Lamai, Chaweng dan lain-lain tu..

sampai sini iklan AirAsia

wefie muka dah macam kak Limah

ni van kitorang

kak Limah berwefie dalam van pulak

Perjalanan dari Koh Samui Pier ke hotel pulak memakan masa lebih kurang 40 minit.. tapi sebab kitorang group yang kedua kena drop kat area Bophut tu. First group duduk kat Smile Hotel, orang Malaysia juga tau.. sempat la berkenalan dengan dorang.. lagi best.. dorang datang dalam family besar.. siap sewa kereta lagi.. ^_^

Relax @ Samui

Hotel kitorang ni kat area Fisherman Village.. tak la jauh sangat dari Fisherman Village ni.. kalau dari Koh Samui Airport ni.. lagi dekat.. tak sampai 10 minit pun.. So, kat mana kitorang duduk? Ehem..

Kitorang duduk kat Samui Boat Lagoon. nampak macam biasa-biasa je kan.. kan.. memang biasa-biasa je.. vila murah-murah je.. tak mampu nak dok vila memahal.. vila ni aku book thru Booking.com.

dah sampai.. dah nak senja dah pong

Mari check in. Since dah bayar semua bayaran hotel thru Booking.com, so, masa check in, just verified sahaja. tak perlu bayaran tambahan. aku dah risau kot-kot la kena bayar deposit ke apa kan.. nasib la xde deposit.. dah la aku tukar duit cikit je.. 


check in time..

inilah jejaka yang entertain kitorang, Num

lobi hotel

lobi hotel

hotel swimming pool. besau giloss

Okey.. mari kita ke bilik pulak.. badan dah penat dah ni.. bayangkan le.. dari kul 10 pagi dah kuar umah... sampai hotel ni dekat kul 6.30 petang.. hampir 8 jam perjalanan dari rumah ke hotel kat Koh Samui ni.. hahh.. penat ke idak??? mata dah nak katup dah ni.. memang dah nampak tilam ngan bantal je ni.. nak baring je rasa..


jom ke vila...

Sampai je villa.. terus ilang penat.. nak tau kenapa??? tunggu... ^_^

till then, tatababai

What's New

Continue Reading
16 comments
Share: