The Other Side of Me

Inspired . Plan. Travel

Follow Saya

Instagram Instagram Facebook Page Twitter

Jemput follow ye ^_^

Monthly Pageviews

Wednesday, April 23, 2014

1 Love Bali - Part 2


Hari kedua di Bali, saya dah siap-siap booking supir dari Yanto... dia ni sangat femes kat forum Cari, so contact je dia.. segalanya bisa diatur. Walaupun bukan Yanto yang jadi supir kitorang, tapi bapak yang entertain kitorang pun boleh tahan juga. Sangat membantu especially bab-bab tempat best untuk shopping. Nak tau selanjutnya? Jom teruskan pembacaan korang... :)

Itinerary hari kedua, kitorang nak ke Kintamani.. untuk ke Kintamani tu, ada menyusuri beberapa tempat menarik dan haruslah berhenti kan.

Lokasi 1: Tegallalang Terrace

Tempat ni wajib pergi sebab inilah antara keunikan Bali. Walaupun pada masa kami pergi ni, takde menda pun, tapi dapat amik gambar tingkat-tingkat tu pun jadik la... janji ado bukti... gituu... macam biasa la.. nak masuk sini ada tol nya... tapi itu semua telah diuruskan oleh supir kami. Actually, nampak macam each tempat menarik ni ada tol dia.. menurut pak supir kami ni, tol tu dikutip oleh penduduk-penduduk kampung tu sendiri sebab dorang bina jalan dan kemudahan tak guna duit kerajaan. Wallahu aklam. Tapi ada juga pak polisi yang kutip tol.. Opsss... itu juga diuruskan oleh pak supir kami dengan syarat kami dok diam je dalam kereta tu.. dan kalau ditanya, cakap je kami dari Jakarta atau Bandung. Sememangnya, kalau dorang tau kitorang ni bukan local, ada charge lain (duit kopi) yang akan dikenakan. Nasib la selama kitorang kat sana, takde kena macam tu...


tegallalang terrace


knitted blanket di Tegallalang Terrace

Lokasi 2 : Kopi Luwak Manik Abian
Ada je tempat-tempat lain tapi pak supir bawa kami kesini sebab katanya pemandangan di sini lebih indah.. gituu... lokasinya tak la berapa jauh dari Tegallalang Terrace tu.. kat sini, ada sorang tour guide yang entertain kitorang. Di bawanya kitorang melalui celah-celah pokok. Ada macam-macam pokok tapi yang buat saya tertarik adalah pokok Vanilla. Selama hidup ni baru tahu bau vanilla tu dari pokok.. ahakss... dah tua-tua baru tau... sabo je la... 

Orang kata, kopi luwak ni adalah kopi termahal di dunia. Luwak tu adalah sejenis binatang je. Yang dikatanya Kopi Luwak tu adalah kopi biasa-biasa je yang dimakan oleh Luwak, pastu sisa-sisa kopi yang dikeluarkan oleh Luwak tersebut melalui proses pencernaan akan diproses. Al-kisahnya...

Disini juga, kami diberi peluang untuk mencuba beberapa jenis kopi secara percuma.. Minum la sorang sikit untuk rasa, lepas tu kalau rasa sedap dan nak membeli, ada kedainya. Sambil minum kopi sambil menikmati pemandangan indah bak kata supir kami.. ;)

model pokok vanilla

pemandu pelancong Manik Abian menunjukkan contoh-contoh kopi yang telah dicernakan oleh Luwak


pekerja sedang memproses kopi Luwak. Masam je kenapa dik? Panas ye?


Antara kopi-kopi yang sedang menunggu untuk di proses


Pondok kecil untuk menikmati kopi


Tu.. mahal giles Luwak Coffee.


Free tester.


Bergambar kenangan

Lokasi 3 : Kintamani
Seterusnya lepas selesai menjamu kopi sampai senak-senak perut, kitorang terus di bawa ke Kintamani. Kita makan tengahari di sini sambil menikmati keindahan gunung Kintamani. Makan di sini secara buffet. Memang best makan kat sini sebab pemandangan dia sangat awesome dan walaupun dah tengahari, tapi still sejuk juga. Tapi malangnya, kat sini tak disediakan air sejuk. Semuanya air panas, so bagi kitorang yang penat dan haus ni, memang gigih la amik air panas, pastu biarkan dia sejuk atau suam dulu baru minum.


Gunung Kintamani 


Bersama pelayan di restoran. Wakluuuu....

Lokasi 4 : Shopping di Tegallalang
Sebelum kami naik ke Kintamani, pak supir dah berjanji-janjian yang dia akan bawa kitorang ke tempat shopping pinggan seramik yang murah. So masa turun balik tu, dah half way, baru saya ingatkan dia.. terus dia cakap.. "Alah.. kenapa tak ingatkan tadi.. dah lepas... takpe... kita pusing balik." Gigih tak pak supir patah balik semata-mata nak memenuhi tuntutan kitorang nak beli pinggan murah.. hihihi... Lokasinya dekat area Tegallalang juga. Ada banyak kedai-kedai tepi-tepi jalan tu.. survey harga kat situ tapi yang pasti lebih murah dari tempat-tempat lain katanya. So, kitorang pun pegi dari satu kedai ke satu kedai dan akhirnya jumpa satu kedai ni yang jual pinggan seramik ni dengan harga yang sangat murah. Dalam Rp. 11,000 untuk satu set. Tapi ada orang kata pinggan seramik kat sini mahal.. ye ke?


model pinggan seramik


cantik-cantik design dia


dan macam-macam bentuk ada


antara lain barangan yang dijual di sini.

Lokasi 5 : Shopping Lukisan Sukawati
Since ada member kata nak beli lukisan cantik dan murah-murah. So pak supir bawa kami ke Sukawati. Katanya lukisan kat sini murah. Lebih murah dari Krisna katanya. Tapi kat sini memang banyak lukisan dan cantik-cantik pula tu. Rambang mata dibuatnya. Dari saiz mini sampai la ke saiz giant. Rasa rugi pulak tak beli banyak-banyak kat sini...


corak buluh ada


corak bunga besar-besar


burung-burung


kuda


ni kena beli dua terus ni

Lokasi 6 : Krisna
Orang kata kalau dah sampai Bali tak payah susah-susah nak cari tempat beli souvenir murah-murah. Beli je kat Krisna. Memula ingatkan Krisna ni apa menda la.. rupanya macam MyDin je pun. Macam-macam souvenir dia jual dari t-shirt sampai la ke keychain, selipar, mug, barangan SPA dan lain-lain lagi. Memang kalau masuk sini memang macam-macam ada.. Since malam tu, saya ada anniversary dinner.. so masa kat Krisna ni kejap je la. Tapi kejap-kejap pun ada la 2 jam kat dalam tu.. hahahhaa...


krisna

Lokasi 7 : Wong Solo
Tak sangka wokey dekat ngan hotel kitorang tu ada Restoran Wong Solo. Kalau kat Bangi tu, beratur orang nak makan kat situ.. tapi kat sini... alahaii.. sunyinya.. macam takde orang je.. ke sebab dah malam? Since 2 orang kawan saya tu tak join anniversary dinner, so dorang decide nak tapau je set ayam bakar kat Wong Solo dan makan dalam bilik. Ada je pun set ayam bakar macam kat Bangi tu dijual kat sini.. Tapi ayam kat sini besar-besar sikit lor. Kitorang ada juga tapau juga sebungkus kot-kot tengah malam lapar.



entry seterusnya... anniversary dinner kat hotel.... :)

till then, tatababai
What's New

0 orang suka:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^