Friday, May 23, 2014

alamat Education Malaysia Australia dan bertukar.......


terima kasih banyak-banyak kepada Encik Jim Suhaimi yang sudi berkongsi maklumat... memang entry Malaysia Hall ni hangat.. sebab ramai orang nak pegi Australia ye.. bagus.. bagus... jauh perjalanan.. luas pemandangan.. :)

seperti mana komen Encik Jim Suhaimi yang saya attach di bawah ni.. link bagi Education Malaysia Australia telah bertukar dari msda.org.au ke ema.org.au

begitu juga dengan email ye... lepas ni kalau email.. kena tukar juga la.. dah tak boleh pakai extension ... @msda.org.au kena tukar dari ... @ema.org.au :)


sharing is caring... ^___^


till then, tatababai

What's New


Thursday, May 22, 2014

Tips Percuma : Temuduga Dalam Kerajaan


Lama pulak tak update ye... agak sibuk dengan tugas-tugas harian disamping tugas-tugas lain... ^___^

ada banyak cerita yang tak sempat nak update lagi... takpe.. secara perlahan-lahan insya allah ye... :)

hari ni, saya nak share sikit tips temuduga.. memandangkan sebelum ni saya ada juga pengalaman ditemuduga dan keputusannya tidak memberangsangkan.. ahaksss... so, kali ni, saya mengambil peluang untuk menjadi panel temuduga pula bagi satu jawatan ni.. barulah saya tahu dimana letaknya kesilapan saya masa sesi temuduga yang lalu..

sebenarnya senang sangat nak tarik perhatian panel temuduga.. tapi oleh kerana terlalu gugup menghadapi sesi temuduga ni, terus semuanya blank.. tanya soalan mudah pun semua tak boleh jawab walhal dah hafal semua tu kan.. hihihi..

berdasarkan pengalaman cetek yang saya ada ni..ada beberapa tips yang saya boleh share dengan semua orang yang berminat nak hadiri temuduga kerajaan ni...

1) kena yakin dengan diri sendiri bila menjual diri... yakin diri sendiri layak untuk jawatan ni.. saya pernah temuduga beberapa calon ni..bila kita tanya 'kenapa kami panel ni mesti pilih awak untuk jawatan ni..' calon simply jawab.. 'sebenarnya saya sama je macam orang lain..saya ada banyak kekurangan tapi saya akan cuba sedaya upaya .......' jawapan tu sangat klise wokey.. memang semua orang ada kekurangan.. tapi dalam kekurangan tu mesti ada kelebihan.. cerita je tentang kelebihan diri sendiri... memang akan nampak mcam belagak sikit la.. tp dah namanya jual diri..mesti la cite yang bagus2 je la.. sama la macam ASTRO jual produk dia.. dia takkan cakap kalau hujan je takde line... dia akan cakap dia ada banyak channel..liputan meluas dan lain-lain..see??

2) kena amik tau isu-isu semasa terutamanya berkaitan dengan jawatan yang dipohon atau kerajaan.. contohnya.. isu NKRA, GST dan sebagainya.. kalau boleh sehari sebelum hadir temuduga tu.. baca la surat khabar.. baca dan fahami.. bukan hentam keromo je.. contoh macam GST.. fahamkan apa itu GST.. kebanyakan calon yang saya temuduga bila tanya tentang GST.. semua confident menjawab 'government service tax'...betul ke??? kadang-kadang penerangan tu dah betul.. tapi maksud dia salah.. panel ni bukan suka-suka nak cari salah calon ye.. sebab anda nak kerja dengan government.. dan sepatutnya menyokong segala usaha kerajaan.. bukan sekadar GST je.. ada juga yang tak tau usaha-usaha lain kerajaan dalam bidang pendidikan dan lain-lain..macam mana tu? please take note.. :)

3) tau jawatan apa yang dipohon dan tau apa skop kerja jawatan yang dipohon... ada sesetengah calon main mohon je jawatan... bila dipanggil temuduga tak stadi jawatan apa yang dipohon.. main hentam sebut je nama jawatan..yang skop keje pulak tu.. dok sebut pulak 'kawan saya yang wat keje ni kata keje dia macam  ni.......' lepas tu plak ada main rasa-rasa je 'saya rasa keje ni jaga data ....'dari situ panel dah bole nampak yang korang tak stadi pasal keje ni tau...memang la ada sesetengah yang tak pernah kerja dengan kerajaan.. tak tau pun banyak term-term kerajaan.. tapi macam skop kerja jawatan, deskripsi tugas tu kan ada kat SPA.. bole tengok dan fahamkan.. jangan hafal..kalau hafal memang confirm masuk dalam bilik terus lupa...

4) eye contact dan cara duduk... ini ada sesetengah panel takde masalah.. ada pula yang amik kisah.. tapi apa la salahnya cuba buat mana la tau dengan eye contact tu dapat menarik panel dari terus amik perhatian pada korang kan.. bila panel A tanya soalan.. dan korang menjawab soalan panel A.. jangan lupa untuk memberikan eye contact pada panel B juga.. kadang panel B tu tak pandang korang pun.. tapi just make an eye contact.. soon or later dia akan pandang uols.. tarik perhatian dia..cara duduk tu plak.. macam2 jenis yang saya penah tengok.. ada yang goyang kaki.. ada yang terkangkang.. ada pula yang macam tengah buat tahiyat akhir... hehehe.. macam mana tu??

5) attitude.. ini pun sangat penting.. kadang dressing cantik, mekap fullamak... kalau jalan tu buat orang tertoleh 2-3 kali la.. tapi attitude aduhaiii...ada certain ni.. soalan seme bagus dah ni.. dapat jawab dengan baik.. tapi attitude masya allah.. tak nak senyum.. lepas tu muka macam nak gaduh dengan panel.. masuk tak ketuk.. keluar main keluar gitu aje.. ada yang tak tutup pintu pun ada.. untuk makluman ye.. ada sesetengah panel walaupun matanya tak pandang masa korang kuar tu.. tapi dorang tetap perasan tau...kadang menda kecik saat-saat akhir yang korang buat tu pun boleh merubah pendirian panel..contoh macam yang saya sebutkan di atas.. panel ni bukan cerewet.. tapi ye la.. ada sistem pemarkahan dalam pemilihan calon ni..antaranya adalah attitude.. so.. take note yer..

6) buat persedian rapi.. ada sesetengah calon ni dimaklumkan tentang tarikh temuduga ni pada saat-saat akhir.. takpe.. tapi kan.. pelik tak kalau pegi interview.. tak bawa fail sijil?? sijil-sijil asli tu cuma di klip sahaja dan ada juga yang hanya di stapler.. walaupun sijil hanya 2-3 keping.. tapi buat persediaan awal.. masukkan juga sijil yang sekeping dua tu dalam folder.. bukan apa.. nampak lebih proper dan lebih teratur gitu..

7) kenali orang-orang penting dalam kerajaan.. yang ni pun ada juga sesetengah panel suka bertanyakan soalan-soalan berkenaan dengan menteri-menteri kabinet la.. menteri besar la.. contohnya, korang menetap di Selangor.. at least kena la kenal siapa Menteri Besar Selangor kan.. then bukan setakat kenal je.. kena la sebut sekali dengan pangkat-pangkat dia sekali.. ni tak.. bila tanya siapa Menteri Besar Selangor.. just jawab.. 'Khalid Ibrahim..' Khalid Ibrahim tu sape? best friend awak ke? hihihi..bagi calon KPSL pula.. kenali nama Menteri, Ketua Pengarah kementerian / jabatan sedia ada..dan.. kenali siapa Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam / Ketua Setiausaha Negara..macam biasa la.. kena sebut nama penuh.. :)

8) lain-lain... ni macam biasa la.. datang awal sekurang-kurangnya setengah jam sebelum.. biar korang tunggu panel.. jangan panel tunggu korang.. :) berpakaian sopan, jangan terlalu menjolok mata.. kalau untuk jawatan PnP.. kena la pakai blazer yer.. :) untuk calon KPSL atau calon yang sedia ada berkhidmat dengan kerajaan.. jangan lupa pakai tanda nama..kasut hitam bertutup untuk perempuan.. :) yang lain-lain boleh refer di website SPA..

ok la.. tu je yang saya ingat.. harap-harap tips ni dapat membantu uols ye.. gigih tau taip ni untuk share ngan korang.. good luck yer... ^___^

till then, tatababai

What's New

Friday, May 9, 2014

hari kedua di Krabi yang bestt


sambung cite hari kedua di Krabi.. smalam kita dah amik island tour nye pakej untuk hari ni.. percutian singkat ni quite pack juga la.. smalam sampai, hari ni buat aktiviti, esok dah balik.. pfffttt... next time klu wat trip g Krabi ni, mau amik 5-6 hari... kalau dapat sebulan lagi bagus... hahahaha... untung la kalau bos kasik cuti... tak pasal-pasal terus bagi cuti tak payah keje langsung.. kuikuii... ampun bos... :P

hari kedua nye dressing ala-ala baju-baju basah je.. sebab dah sah-sah akan basah punye...pepagi lebih kurang dalam kul 8 pagi camtu.. semua dah turun breakfast.. kat sini ada yang kata halal, ada yang kata tak halal.. so, kita amik jalan selamat.. kita makan roti, cereal dan buah-buah je.. lagipun nak island tour ni, mana leh makan berat-berat. macam trip Krabi yang lepas, masa island tour tu, saya muntah teruk kot kat Chicken Island.. kenyang ikan-ikan yang dorang dok snorkeling ni makan muntah... erkkk...

tepat jam 9 pagi.. ekceli.. 9++ juga ler... (janji kul 9 pagi..) dok tertunggu-tunggu juga mana laa tuktuk yang akan amik kami ni... group tour lain seme dah pegi.. tinggal kitorang je tercongok-congok kat hotel.. dalam 10 minit lepas kul 9 pagi tu baru la nampak.. tu pun dah sendat... naik la juga.. yang mana tak muat tu.. berhimpit lagi ke dalam.. adoi.. dah macam sadin... ingatkan lepas amik kitorang tu terus ke pantai.. rupanya ada lagi.. woiii.. dah tak muat kotttt... nasib baik amik satu couple ni je.. since dah tak muat.. dorang kena dok depan sebelah driver..


we're ready


couple of the day also ready. tuuu.. siap tapau air oren...


dah naik tuktuk. siap pangku-pangku lagi..


jejaka machoooo berhimpit dah abis ujung dah tu

lepas amik couple tu, terus kitorang ke pantai.. hoyeee.. masa ni dah kul 9.30 pagi.. matahari baru nak naik..kitorang di beri sticker kaler ijau.. masa bg sticker tu.. kelakar je mamat thailand tu cakap, 'glin stike wit heer'.. 'lit stike go dee' terkekek-kekek kitorang gelak... thainglish sangattt...

lepas dah asingkan sape yang pakai red and green sticker tu, kitorang pun pegi la jalan kat pantai.. yang red sticker tu pegi Phi Phi Island, yang green sticker tu pegi 4 islands... nampak sendu gila long tail boat dia ni.. dok fikir macam-macam..sebab dia pakai kayu ke kot.. mau kayu tu pecah tengah laut.. guano??? mek tak pandai berenang uolssss.... lepas tu kena balance sape duduk belah kanan n belah kiri.. 


glin sticker, go here


there, our long tail boat


tu long tail boat versi besar punyerrr.. kerlasttt

pulau pertama kitorang pegi adalah Phranang Cave @ Railay Beach.. tempat ni satu-satunya tempat yang ada gua..boleh masuk dalam gua tu.. tapi kitorang takat tengok-tengok je.. tak koser nak masuk pastu tengok batu berhala.. memang idak ler... ada juga aktiviti dorang wat kat sini macam rock climbing.. awesome giles... masa ni saya masih dalam kategori gayat lagi.. tengok je dah membuat diri sendiri rasa gayat.. huahuahuaaa..antara lain, biasanya orang datang sini mandi-mandi lor.. amik gambar dan masa kitorang datang tu, boleh pulak menyeberang ke pulau sebelah dia.. tahun dulu tu tak boleh sebab air tinggi.. ni boleh pulak.. next time kalau nak datang, datang awal-awal tahun..  ^___^


phranang cave


zoom in phranang cave


acara lompat-lompat adalah wajib


love in the next island


acara baring-baring camni untuk pengantin baru (baru la sangat)


tu la pulau yang boleh seberang tu


zoom out sikit


long tail boat beratur di pesisir Phranang Cave


ada boat bergerak jual makanan.. 0___0 kalau lapar boleh je order, tapi mahal cikit


posing cikit


pengantin baru pegi menyeberang. kitorang tak pegi sebab batu-batu dia kasar sakit woo nak pijak. tapi next time kalau pegi lagi, mesti jejak pulau sebelah ni.. :wink:


anak mat salleh main pasir. ololooo.. comelnye kooo...

Pulau seterusnya adalah Chicken Island, yang ni tak perlu turun.. dok diam-diam atas bos, pegi snorkeling kat area Chicken Island tu. masa ni perut dah tak sedap sebab dia bagi tempoh sejam dok atas bot ni dan snorkeling. ngan ombak kuat gitu.. memang mek pejam mata je la.. pura-pura tido.. tak mampu nak buka mata takut termuntah.. 

abis sejam kat situ, kitorang ke Tup Island. sini best.. sebab sini la pulau yang boleh jalan kat pulau sebelah.. sama macam Phranang Cave tu, cuma bezanya... sini air dia lagi jernih.. nak mandi pun best.. ikan keliling pinggang... tapi sebab sampai sini dah tengahari.. membahang je panasnya.. mood nak mandi tak bape nak ada sangat.. tapi berendam la juga.. main-main ngan ikan.. kat sini juga dia bagi lunch.. kalau sebelum ni dia bagi lunch pack.. kali ni secara buffet pulak.. lagi best.. bole amik lauk yang kita suka kan.. lauk dia ritu memang terbaik la.. pasangan pengantin siap makan bertambah ye.. ihihihi.. saya pun tambah juga tapi tambah lauk jaa.. huhuhu.. gambar??? takde sebab seme pakat nak terjun main ngan ikan..hahaha

Last island, Poda Island.. sini takde menda sangat.. datang sini semata-mata nak cukupkan kuota 4 island.. hahaha.. dah la masa ni panas giles.. matahari atas kepala..bot plak benti kat tempat yang dekat ngan monyet.. dah la Iman takut sikit.. so, dok la jauh sikit.. masa ni ada la nampak jagung bakar, penkek.. tapi lupa bawa duit.. T___T..so, takde la kudap-kudapan.. tengok sajoo... kat sini pun lebih kurang sejam.. adoii.. dah tak tau nak wat apa.. nk mandi pun panas.. lagipun pantai dia curam sikit.. melangut je la dok situ sejam....


Poda Island

masa balik dari Poda Island ke Nopparattara Beach ni, ada satu family France ni anak dia suka sangat kat Iman.. asik cuit-cuit Iman je.. tapi sesama tak pandai nak speaking.. hahaha.. pastu tetiba dia duduk sebelah Iman.. soh mak ayah dia amikkan gambar...lupa dah nama budak ni... hahaha.. faktor usia.. T__T


hi you...


flying kiss for me?

balik dari island tour, semua pakat kelaparan. walaupun dah makan bertambah masa kat Tup Island tadi, tapi dah berendam main-main ngan ikan.. guna banyak tenaga tu.. lapar tu datang balik.. balik hotel.. mandi-mandi dulu.. rehat dalam 20 minit.. lepas tu cari motor nak sewa.. hotel tolong carikan.. nak motor cute-cute.. tapi semua dah takde.. so dapat la motor cabuk.. jadik la... satu motor dia charge THB250 sehari.. ok la buat ronda-ronda hari ni ngan esok sebelum balik..kena tinggalkan passport sebagai pengerasnya.. lokasi pertama yang dituju adalah Penkek Yaminlah.. muahahha.. asal lapar je makan penkek...


motor sewa kami


penkek yang telah dikerjakan 


muka kekenyangan


antara gerai lain berhampiran penkek Yaminlah


macam sodap je

lepas dah kenyang.. shopping time.. time ni nak menghabiskan boreh duit Baht yang ado..nak cari t-shirt murah kemain susah.. dah takde dah t-shirt THB100 tu.. T__T seme dah mahal.. paling murah boleh dapat THB200.. tu pun kain nipis benooo.. redho je la ye...
 

borong t-shirt kat sini 


hohohoo...

malam tu balik hotel, siap-siap packing..sok nak balik sudahhhh...


till then, tatababai

What's New

Thursday, May 8, 2014

Krabi... ku datang lagi....


ni pun plan dah lama dah... patutnya.. adik yang baru kawen ritu je yang pegi.. tapi dah dia mengajak.. saya ni plak.. pantang diajak lelagi kalau pasal bercuti ni.. muahahah.. so.. marilah kita join hanimun dia skali.. kuikuiii...

percutian ni dah dirancang hampir setahun sebelum tarikh pegi tu.. tapi biasa la.. walaupun tiket dah beli setahun awal.. tapi hotel, aktiviti semua last minit.. next time jangan wat lagi tauuu... kalau booking last-last minit ni mahal.. T___T takpe la.. moh ke Krabi kita..

berjanji-janjian dengan pasangan pengantin baru ni terus di LCCT.. dalam 10 minit kitorang menunggu.. mereka pun sampai.. memasing backpackers nye style.. yang tak bole blah tu.. adik ipar siap bawa sabun mandi saiz yang BESAR punyaa.. syampu jangan sebut la.. perfume hantaran.. adoiyaii.. lupa plak nak pesan jangan bawa menda saiz besar-besar tu.. terus la operasi geledah beg dan call adik kepada adik ipar untuk datang semula collect barang-barang HARAM yang tak boleh bawa naik flight..dah namanya backpackers.. takde la luggage uols..klu ada luggage bole la nak sumbat..

dah setel semua.. check in kat kaunter.. dan terus masuk sebab takmo lambat takut nanti urusan imigresen lama pulak kan..

nasib baik awal je.. so.. takde la rushing sangat.. :)


adik ipar tengah call adik dia soh patah balik amik barang HARAM.. hihihi


passport kami anak beranak


walaupun syampu, sabun mandi seme dah takde.. tetap peace.. yoooo..


pengantin baru nak pegi hanimun


pengantin lama menyibuk nak pegi hanimun jugakkk


dah sampai... sawadikapppp


driver van untuk airport transfer.. mahal dohhh... masa call kata lain, dah sampai bayar lain.. phuiii...


cari van katanya...


ni van kami... masa ni tak tau lagi dah kena tipuu..


dah sampai resort.. yeahh..

al kisahnya kes tipu tu.. (banyak benar kes penipuan dalam blog ni ye...memang kaki ditipu ke hape iols ni???) nanti saya cite kat entry akan datang.... kita cite yang best-best dulu ye... proses check in berjalan agak tak bape nak lancar.. sebabnya tetiba dia charge harga airport transfer lebih daripada yang dijanjikan... grrrrrr.... nasib baik pemandangan adalah cantik dapatlah mengurangkan kepanasan di hati ni... resort dia pun cantik.. 


check in


swimming pool.. puas mandi


fruit 'basket' upon arrival


complimentary drinking water


ni la resort kami

Lepas berehat lebih kurang dalam sejam gitu.. kitorang pun kuar la jalan-jalan.. jalan kaki je weih.. adalah dalam 10-15 minit gitu dari resort tu ke pantai.. sebab kitorang asik benti-benti je tengok selipar katanyaa....pastu kejap-kejap benti amik gambar... lokasi pertama yang kitorang cari haruslah penkek Yaminlah.. masa ni memang lapar kot.. dengan tak amik meals dalam flight.. pastu sampai resort cuma dihidangkan buah potong je.. menari-nari lemak dalam perut ni sebab takut disingkirkan..


kami di korea ke jepun ni?


skuter comel kat Krabi


dah sampai kat gerai Yaminlah. femes tau gerai ni..


chef in action


chef in action


tukang amik order


tu dia.. berpusing-pusing


pelepap masuk dalam kuali


harga penkek


dah siap satu..


antara penkek yang kitorang makan..


ni penkek sayur


hasilnya. dah macam burger dah


penkek lain dah abis.. penkek burger baru sampai.. kenyang makan penkek..

Pastu jalan lagi kat area Noppharattara Beach.. belah situ sunyi sikit tak banyak gerai or kedai.. misi utama adalah untuk mencari pakej island tour untuk esok.. mari terjahhh...


antara bot-bot nelayan..


atas jambatan.. eh.. nampak kuwusss.... lariksss

Then sampai la kat satu kedai ni.. kecik je kedai dia.. alamak.. lupa la nama kedai tu.. tapi dekat-dekat je dengan jambatan merah tu.. lepas jambata merah tu.. lintas ke sebelah kanan.. ada kedai kecik.. sebelah dia money changer.. kedai situ la yang kitorang beli pakej island tour tu.. banyak la pakej dia.. kalau dulu saya amik pakej guna speedboat.. kali ni naik long tail boat pulak lor.. sebab ada pengantin baru tu tengah berbadan dua.. baca kat forum kata tak sesuai plak naik speedboat sebab banyak bumping.. lelagi tengah baru-baru lagi.. so, kita cuba la naik long tail boat pulak.. kalau ke Phi Phi Island, mahal sikit lagi.. so, kitorang amik 4 island saja.. lagipun, rindu nak mandi-mandi kat Tup Island tu.. hihih.. air jernih wooooo... dia bagi harga utk 4 dewasa 1 kanak-kanak THB2,250.. dewasa THB500 per pax, manakala kanak-kanak THB250 per pax.. inipun dah abis diskaun katanya.. ok je la...


antara pakej yang ditawarkan 


THB2,250 untuk 4 dewasa 1 kanak-kanak

Dah setel booking island tour, kitorang pun jalan-jalan lagi.. nak pegi pasar kononnya.. masa ni memang tak tau pasar kat mana.. tapi tanya-tanya orang ramai dorang kata ada pasar..then terserempak ngan satu tuktuk ni.. adoiyaii.. nape la comel sangat.. kalau kaler pink lagi comel kan kannn... lepas tu datang plak driver dia tanya nak pegi mana.. pandai cakap melayu tau.. kitorang kata nak pegi pasar malam.. dia kata dekat je.. dia boleh bawa.. masa tu dah fikir.. muat ke idak kami 5 orang ni naik tuktuk tu.. dia kata muat... erkk... 


tuktuk


muat ke idak?


tu dia.. muat rupanya...


ni pemandunya..

dekat je kot nak pegi pasar tu.. tapi tak bole la jalan kaki.. kena ada transport juga..naik tuktuk dok belakang lori.. memang makan asap la.. kitorang dok paksa-paksa abang tuktuk tu bawa laju sikit.. muahahhaa.. semput semacam je motor dia dok angkut kami 5 orang.. masuk dia skali 6 orang tau... 

sampai je pasar.. dia kata dia akan tunggu skali.. dia charge THB350 untuk kami semua 5 orang untuk pegi balik skali..ok je la kan... pasar situ tak la semeriah pasar malam Putrajaya.. tapi banyak la juga makanan best-best.. kat sini.. saya try cari Pulut Mangga.. last makan Pulut Mangga yang sedap ritu kat Hatyai.. harus la dah sampai Thailand ni cari menda ni jugak kan... tapi tak jumpa.. sedihhh...


menu pasar malam


air pasar malam


buah pasar malam


air buah pasar malam


sini banyak jual ayam-ayam panggang


udang goreng kari


telur dadar kot


tak tau menda.. tapi macam sedap


ni belacan tau... gile besooo


ikan bakar.. besar giles tau ikan yang besar tu.. THB80 sahaja...

Last round kat pasar tu.. baru la terjumpa Pulut Mangga.. beli la 2 pek sebab mak buyung pun tingin jugak..mahal.. sebab mangga dia separuh je.. harga THB30.. pulut dia pun cikit.. tak puas makan.. kalau tau beli banyak-banyak.. muahahhaa...

pastu balik soh driver antar terus ke resort.. tak larat kot nak jalan.. nasib takde extra charge.. hihihi.. sampai resort je.. siap-siap mandi.. lepas tu makan alakad je.. takde nasik pun... backpackers katanya.. huahuahuaaa 


menu dinner. sticky rice mango (THB 30), ikan bakar (THB80,) ayam panggang (THB30), udang goreng tepung (THB20), sotong goreng tepung (THB20), air buah kelapa gelas beso  (THB20), air buah oren gelas beso (THB20)


dah abis makan.. tido lorrrr... esok nak pegi island tour.....


till then, tatababai

What's New
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...