The Other Side of Me

Inspired . Plan. Travel

Follow Saya

Instagram Instagram Facebook Page Twitter

Jemput follow ye ^_^

Monthly Pageviews

Disclaimer

Semua gambar dalam blog ini adalah hakmilik www.anilwanina.com, kecuali jika dinyatakan. Sebarang salinan, cetakan semula, terbitan semula semua gambar dari blog ini tanpa kebenaran pemilik blog adalah dilarang keras. Sekiranya anda ingin berbuat demikian, sila minta kebenaran pemilik blog ini terlebih dahulu.

Mungkin saya tidak nampak, tapi Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui apa yang anda lakukan.


Wednesday, May 7, 2014

jom tengok teater Di Bawah Lindungan Kaabah


masa tengok Teater Bidasari ritu.. memang dah aim nak tengok teater Di Bawah Lindungan Kaabah ni.. lagi-lagi pelakon-pelakonnya boleh tahan hebat-hebat juga la..so, misi kali ni... dok fikir nak ajak sape ye? kebetulan ada best friend pun nak tengok... apalagi.. mari kita terjah cari tiket... :)


boleh tengok iklan dia ada kat laman web Istana Budaya ataupun redTix. tiket pula bole dibeli dengan pelbagai cara samada melalui redTix, atau pergi terus ke Istana Budaya, Rock Corner outlets, Victoria Music outlets, Penang outlets, KL Live @ Life Centre atau Tune Store.


since kemalasan nak pegi cari kat mana outlets yang jual tu.. lagi nak pegi IB semata-mata nak beli tiket.. memang tidak ler... so, kita gunakan kemudahan yang ada... beli online saja melalui redTix... lepas tu nanti dia kuar la segala macam info mengenai teater ni.. dari sinopsis sampai la ke bila tarikh tayangan dan harganya sekali... pilih je... harga tiket bergantung pada kategori Weekdays, Weekends dan Matinee (tayangan siang hari) kebiasaannya, tayangan time Weekends la yang paling penuh..kalau tayangan belah malam ada kebarangkalian terserempak dengan artis lain yang datang tengok teater ni.. hahahha.. motif?

untuk teater-teater yang saya penah tengok sebelum ni, penah la terserempak dengan Azizah Mahzan (ada amik gambar tapi lupa dah letak mana) teater Lawak Ker Der kalau tak salah, teater Secret Life of Nora, terserempak dengan Dato' Siti Nurhaliza, teater Cuci The Musical plak.. terserempak ngan Johan Raja Lawak dan ada la a few teater lagi yang terserempak ngan artis-artis lain...masa memula terserempak tu rasa macam... wahhhhhhh... eksaited weihhh... mau idaknya... jakun sebab first time tengok artis depan mata.. miahahhaha... tapi bila dah lama-lama.. jadi macam well.. biasa-biasa je.. vavavava... belagak giles... tapi yang pasti.. tiap kali jejak kaki kat Istana Budaya.. pakaian memang da boom.. tak penah walau sekali pegi sana pakai macam Kak Limah... terus rasa skirt tu wajib... terus rasa mekap tu wajib.. kasut tinggi tidak dilupa.. walhal takpe je kot kalau pakai flat...tiap kali masuk IB mesti ada rasa something yang buat kita feel macam... wowwww.... dapat jejak kaki kat IB.. bukan selalu ye.. depends on teater apa yang ditayangkan.. kalu tetiap bulan ada teater best.. haruslah tetiap bulan jejak kaki kat situ...huhuhu

ok mari sambung pasal teater Di Bawah Lindungan Kaabah ni...kalau korang ada baca novel nukilan Prof. Dr. Hamka dari Indonesia ni.. mesti korang tau.. mesti korang hafal setiap jalan ceritanya.. saya penah tengok filemnya.. memang best... memang sedih... sob sob... tapi itu versi Indonesia.. ni nak tengok versi Melayu... pelakon-pelakonnya pun orang Melayu gak... sarat dengan pengajaran.. tak sabar nak tengok pelakon-pelakon seperti Adiputra, Fizo Omar, Nasha Aziz yang memegang watak Zainab.. eksaitedd!!!!



sinopsis

showtime dan ticket price


yeayyy... dah beli... IB.. tunggu... kami datang..... :)


till then, tatababai

What's New

0 orang suka:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^