Thursday, May 22, 2014

Tips Percuma : Temuduga Dalam Kerajaan


Lama pulak tak update ye... agak sibuk dengan tugas-tugas harian disamping tugas-tugas lain... ^___^

ada banyak cerita yang tak sempat nak update lagi... takpe.. secara perlahan-lahan insya allah ye... :)

hari ni, saya nak share sikit tips temuduga.. memandangkan sebelum ni saya ada juga pengalaman ditemuduga dan keputusannya tidak memberangsangkan.. ahaksss... so, kali ni, saya mengambil peluang untuk menjadi panel temuduga pula bagi satu jawatan ni.. barulah saya tahu dimana letaknya kesilapan saya masa sesi temuduga yang lalu..

sebenarnya senang sangat nak tarik perhatian panel temuduga.. tapi oleh kerana terlalu gugup menghadapi sesi temuduga ni, terus semuanya blank.. tanya soalan mudah pun semua tak boleh jawab walhal dah hafal semua tu kan.. hihihi..

berdasarkan pengalaman cetek yang saya ada ni..ada beberapa tips yang saya boleh share dengan semua orang yang berminat nak hadiri temuduga kerajaan ni...

1) kena yakin dengan diri sendiri bila menjual diri... yakin diri sendiri layak untuk jawatan ni.. saya pernah temuduga beberapa calon ni..bila kita tanya 'kenapa kami panel ni mesti pilih awak untuk jawatan ni..' calon simply jawab.. 'sebenarnya saya sama je macam orang lain..saya ada banyak kekurangan tapi saya akan cuba sedaya upaya .......' jawapan tu sangat klise wokey.. memang semua orang ada kekurangan.. tapi dalam kekurangan tu mesti ada kelebihan.. cerita je tentang kelebihan diri sendiri... memang akan nampak mcam belagak sikit la.. tp dah namanya jual diri..mesti la cite yang bagus2 je la.. sama la macam ASTRO jual produk dia.. dia takkan cakap kalau hujan je takde line... dia akan cakap dia ada banyak channel..liputan meluas dan lain-lain..see??

2) kena amik tau isu-isu semasa terutamanya berkaitan dengan jawatan yang dipohon atau kerajaan.. contohnya.. isu NKRA, GST dan sebagainya.. kalau boleh sehari sebelum hadir temuduga tu.. baca la surat khabar.. baca dan fahami.. bukan hentam keromo je.. contoh macam GST.. fahamkan apa itu GST.. kebanyakan calon yang saya temuduga bila tanya tentang GST.. semua confident menjawab 'government service tax'...betul ke??? kadang-kadang penerangan tu dah betul.. tapi maksud dia salah.. panel ni bukan suka-suka nak cari salah calon ye.. sebab anda nak kerja dengan government.. dan sepatutnya menyokong segala usaha kerajaan.. bukan sekadar GST je.. ada juga yang tak tau usaha-usaha lain kerajaan dalam bidang pendidikan dan lain-lain..macam mana tu? please take note.. :)

3) tau jawatan apa yang dipohon dan tau apa skop kerja jawatan yang dipohon... ada sesetengah calon main mohon je jawatan... bila dipanggil temuduga tak stadi jawatan apa yang dipohon.. main hentam sebut je nama jawatan..yang skop keje pulak tu.. dok sebut pulak 'kawan saya yang wat keje ni kata keje dia macam  ni.......' lepas tu plak ada main rasa-rasa je 'saya rasa keje ni jaga data ....'dari situ panel dah bole nampak yang korang tak stadi pasal keje ni tau...memang la ada sesetengah yang tak pernah kerja dengan kerajaan.. tak tau pun banyak term-term kerajaan.. tapi macam skop kerja jawatan, deskripsi tugas tu kan ada kat SPA.. bole tengok dan fahamkan.. jangan hafal..kalau hafal memang confirm masuk dalam bilik terus lupa...

4) eye contact dan cara duduk... ini ada sesetengah panel takde masalah.. ada pula yang amik kisah.. tapi apa la salahnya cuba buat mana la tau dengan eye contact tu dapat menarik panel dari terus amik perhatian pada korang kan.. bila panel A tanya soalan.. dan korang menjawab soalan panel A.. jangan lupa untuk memberikan eye contact pada panel B juga.. kadang panel B tu tak pandang korang pun.. tapi just make an eye contact.. soon or later dia akan pandang uols.. tarik perhatian dia..cara duduk tu plak.. macam2 jenis yang saya penah tengok.. ada yang goyang kaki.. ada yang terkangkang.. ada pula yang macam tengah buat tahiyat akhir... hehehe.. macam mana tu??

5) attitude.. ini pun sangat penting.. kadang dressing cantik, mekap fullamak... kalau jalan tu buat orang tertoleh 2-3 kali la.. tapi attitude aduhaiii...ada certain ni.. soalan seme bagus dah ni.. dapat jawab dengan baik.. tapi attitude masya allah.. tak nak senyum.. lepas tu muka macam nak gaduh dengan panel.. masuk tak ketuk.. keluar main keluar gitu aje.. ada yang tak tutup pintu pun ada.. untuk makluman ye.. ada sesetengah panel walaupun matanya tak pandang masa korang kuar tu.. tapi dorang tetap perasan tau...kadang menda kecik saat-saat akhir yang korang buat tu pun boleh merubah pendirian panel..contoh macam yang saya sebutkan di atas.. panel ni bukan cerewet.. tapi ye la.. ada sistem pemarkahan dalam pemilihan calon ni..antaranya adalah attitude.. so.. take note yer..

6) buat persedian rapi.. ada sesetengah calon ni dimaklumkan tentang tarikh temuduga ni pada saat-saat akhir.. takpe.. tapi kan.. pelik tak kalau pegi interview.. tak bawa fail sijil?? sijil-sijil asli tu cuma di klip sahaja dan ada juga yang hanya di stapler.. walaupun sijil hanya 2-3 keping.. tapi buat persediaan awal.. masukkan juga sijil yang sekeping dua tu dalam folder.. bukan apa.. nampak lebih proper dan lebih teratur gitu..

7) kenali orang-orang penting dalam kerajaan.. yang ni pun ada juga sesetengah panel suka bertanyakan soalan-soalan berkenaan dengan menteri-menteri kabinet la.. menteri besar la.. contohnya, korang menetap di Selangor.. at least kena la kenal siapa Menteri Besar Selangor kan.. then bukan setakat kenal je.. kena la sebut sekali dengan pangkat-pangkat dia sekali.. ni tak.. bila tanya siapa Menteri Besar Selangor.. just jawab.. 'Khalid Ibrahim..' Khalid Ibrahim tu sape? best friend awak ke? hihihi..bagi calon KPSL pula.. kenali nama Menteri, Ketua Pengarah kementerian / jabatan sedia ada..dan.. kenali siapa Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam / Ketua Setiausaha Negara..macam biasa la.. kena sebut nama penuh.. :)

8) lain-lain... ni macam biasa la.. datang awal sekurang-kurangnya setengah jam sebelum.. biar korang tunggu panel.. jangan panel tunggu korang.. :) berpakaian sopan, jangan terlalu menjolok mata.. kalau untuk jawatan PnP.. kena la pakai blazer yer.. :) untuk calon KPSL atau calon yang sedia ada berkhidmat dengan kerajaan.. jangan lupa pakai tanda nama..kasut hitam bertutup untuk perempuan.. :) yang lain-lain boleh refer di website SPA..

ok la.. tu je yang saya ingat.. harap-harap tips ni dapat membantu uols ye.. gigih tau taip ni untuk share ngan korang.. good luck yer... ^___^

till then, tatababai

What's New

0 orang suka:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^