Monday, June 23, 2014

Where Dream Come True : Melbourne Day 1


Bismillahirrahmanirrahim... alhamdulillah.. akhirnya diberi kerajinan untuk first entry al kisah mega trip 2014 yang selalu la diwar-warkan kat intragram #tripmega2014 tu..

dah hampir 3 bulan meninggalkan bumi Australia dan New Zealand itu, tetapi segala kenangan yang tercipta di sana.. insya allah.. akan terus tersemat di hati ini..

bagaimana bermulanya perancangan trip ni? mohon skip kalau tak mampu nak baca sampai abis ye.. sebab ini entry panjang giles.. aku pun tak tau kenapa mood rajin hari ini dah macam tulis novel bersiri.. kahkahkah..

Ini adalah trip dari forum Cari ya kawan-kawan.. al kisahnya bermula apabila salah sorang forumer Cari, Safura ni tengah mencari-cari buddies untuk melancong sama-sama katanya. Since dia dah berdua, nak cari lagi 2 orang kekdahnya untuk cover cost yang melantun mahalnya kalau dorang pegi 2 orang. So, aku pun PM dorang.. tanya tarikh, budget dan sebagainya.. lepas tu bincang-bincang dengan encik suami sebabnya trip ni semuanya gigirl.. memang dia kena tinggal la..lepas tu dia pun ON.. aku plak nak fikir ON ke tidak kena fikir lagi 25 kali sebab masa tu tak gaji lagi.. celah mana pulak nak korek duit nak beli tiket.. hukhuk.. lepas tu, ada sorang forumer Cari ni, Shaz contact aku bagi tau dia pun nak join, so cukup la kan 4 orang kan.. yeahh... tapi belek-belek tiket semua tengah mahal.. so masa ni dah ala-ala redha je la kalau ada tiket proceed, kalau takde.. babai je la.. since route yang dorang dah beli siap-siap adalah dari Kuala Lumpur - Melbourne, so aku ngan Shaz pun kena la cari route yang sama juga. Aci je nak cari route lain tapi aku ngan Shaz plak tak penah sampai Australia kang terkontang kanting plak kalau turun route lain, so better follow mereka sahaja.

One fine day, masa aku tengah MC kat rumah suspected demam viral.. tetiba dapat mesej dari Shaz, dia bagi tau dia dah beli tiket KUL - MEL return. Cuma tarikh balik tu lambat sikit la dari group pertama. So, takpe.. aku yang demam-demam ni pun gigih buka AA sebab nak tengok harga tix. Omaii.. harga tiket masih murah so apa lagi, dengan sisa-sisa kekuatan jari jemari yang takde effect sangat la time demam tu kan.. terus la klik sana klik sini beli tiket AA dari KUL - MEL sama tarikh dengan Shaz. Gigih gilos.. hahaha.. lepas tu berwassap-wassap pulak dengan Shaz siap share bukti pembelian tiket AA kitorang. Hihihi..

Proses seterusnya, update semula kat forum Cari tu yang kitorang dah beli tiket, maka bermulalah perancangan seterusnya. Since kitorang ni tak pernah jumpa, tak pernah kenal.. kenal pun hanya di alam forum sahajo. Ko mampu pegi travel dengan orang yang ko tak kenal??Bermula dari set group dalam wassap sampai la dalam emel.. any info semua kami update thru wassap. Dalam wassap macam dah kenal bertahun kot.. lepas tu, kami pun setkan perjumpaan.. first perjumpaan kami adalah di KL Sentral.. gigih la aku naik ERL dari Salak Tinggi ke KL Sentral tu.. takpe.. demi #tripmega2014 katanya..

Sampai je KL Sentral.. terus berjanji-janjian depan mcD.. dalam 5 minit macam tu, wassap kat Safura bagi tau aku dah sampai.. rupanya dia ngan travel partner dia pun dah sampai.. so dia pun mencari-cari aku juga.. bila dah jumpa semua, bermulalah mesyuarat pertama #tripmega2014 ni..lama gak kitorang meeting ni adalah dalam 4-5 jam.. cafe tu dah jadi macam kitorang punye.. gelak syaitonirrojim macam cafe itu ana yang punya..

Untuk makluman ye, New Zealand terbahagi kepada dua ye. South Island dan North Island. Since kitorang ni pencinta alam semulajadi (pencinta la sangat).. maka telah digezetkan kitorang akan ke South Island..so lepas ni misi cari tiket dari Melbourne - Christchurch pulak..

Baiklah..lepas meeting di alam nyata dan meeting lagi di alam maya.. ada la jumpa dalam 2-3 kali gitu..kebanyakannya dalam wassap je pun.. kitorang pun mula menghitung hari.. since passport aku pun tamat bulan 10 tahun ni, aku pun tak berani la nak pegi negara orang yang jauh-jauh gitu dengan passport yang nak mati lagi 6 bulan.. so, nak tak nak kena la renew.. hukhuk.. terbang duit.. tapi amik yang paling murah sajo.. lepas buat passport, buat ETA dengan harga RM20 sahaja.. lepas tu tunggu pulak duit kutu untuk expenses sepanjang kat negara orang nanti..

3 bulan sebelum flight ke Melbourne, barulah kitorang beli tiket dari Melbourne - Christchurch dengan menaiki Jetstar.. masa tu kononnya nak tunggu harga paling murah.. tapi ye la kan.. semua orang tau.. lagi lambat kita beli tiket, lagi mahal tiket itu.. makanya.. redha je la ye..

adoi.. penat plak taip.. mai layan gambar pulak.. 


tiket kapal terbang KUL - MEL


itinerary Melbourne dan New Zealand


buat passport. muka tak berapa comel.

Sampai la hari kejadian.. 3 April tu aku keje lagi.. Hah.. gigih ke idak? tapi malam sebelumnya tu dah siap-siap packing barang..Hihih..flight kul 1030 malam.. tapi 3 jam sebelum tu dah kena ada kt LCCT (masa ni KLIA2 belum buka lagi)..so, lepas maghrib dah siap-siap bertolak dari rumah dan lebih kurang jam 8 malam tu dah sampai LCCT. berjanji-janjian kat dpn mcD LCCT. memula jumpa Shaz dulu.. lepas tu Safura pula datang then Shima. Lepas semua dah kumpul, kitorang ke kaunter utk Drop Baggage. Lebih kurang dalam jam 930 malam macam tu, AA dah buat announcement untuk boarding.. kelam kabut jugak sebab masa tu tengah isi perut sebab dalam flight tak amik inflight meals pun. cepat-cepat la call Shaz rupanya dorang semua dah masuk.. tinggal aku sorang je.. mak aii.. berlari-larian la sebab AA dah bising-bising announce dah final call..

masuk je, tengok semua orang dok relaks-relaks lagi.. what the .... ??? rupanya buat gempak je.. masa tu baru perasan belum kul 10 lagi kot.. cehh.. auta je lebih.. takpe.. think positive.. lebih baik kita tunggu.. jangan kita tertinggal.. hihiih..

dalam kul 1030 macam tu, AA wat announcement yang flight dah ready.. maka berjalan la kami ke pesawat. jauh nak mampus.. dah la dengan backpack bagai.. nasib baik la bagasi semua dah letak bawah.. kalau tak gigih nak heret..

flight delay juga la dalam kul 11 lebih macam tu baru terbang.. 

nak dijadikan cerita.. dalam sejam perjalanan tu tetiba flight bergegar... gulp.. masa ni dah fikir MH 370 kot.. memula gegar sikit-sikit je.. ok relaks... turbulence je ni kot... tak sampai 2 minit kendian.. gegaran makin kuat... pastu dah dengar suara budak menangis.. ahhh sudah... aku dah baca macam-macam dah ni.. suddenly, flight menjunam ke bawah.. masa ni rasanya semua orang dah menjerit kot..compartment kebanyakannya dah terbuka.. pastu barang-barang banyak dah jatuh.. uwaaa.. masa ni dah ingat family dah.. dalam hati dah menjerit.. nak turunnn.. nak turunnn...flight attendance yang masa tu tengah serve makanan pun siap duduk mencangkung sebab memang kuat gegaran dia.. masa menjunam tu memang tak rasa punggung ni atas seat la.. scary giless... lepas keadaan kembali tenang.. flight attendance berlari-lari ke depan ke belakang tak tau la cari apa.. masa tu semua macam terpinga-pinga.. what happen actually??? tapi takde orang pun yang bagi jawapan.. lepas tu juga.. aku memang tido tak lena.. kejap-kejap terjaga.. sebab takut mati dalam keadaan tak sedar.. bole gitu?

nak hampir-hampir landing tu, baru la kapten buat announcement minta maaf atas kejadian sebentar tadi kerana disebabkan turbulence.. what??? baru nak buat pengumuman.. kitorang dah fikir nak turun dari kapal terbang ni tauu... nasib la safely landing.. kalau tak...wallahu aklam...

ini lah pengalaman paling ngeri antara aku ngan AA, sebelum ni pengalaman paling pahit.. adoii.. bila la nak ada pengalaman paling manis dengan AA ni...huhu...

safely landing kat Tullamarine Airport, masa ni cuaca agak sejuk juga dalam 930 pagi..tapi masih boleh tahan lagi la...tengok badan la kannn...vavavav..

queue kat imigresen paling lama.. ni sebab kaunter tak baper nak banyak.. tapi lama-lama laju sebab dia dah buat semua kaunter.. alhamdulillah.. everything goes smooth.. next adalah yang skeri.. urusan kastam.. yang ni kena tengok la menda yang kitorang dah declare.. sampai kat satu stop ni, aku, Safura ngan Shima kena tahan dan dorang nak scan barang.. sementara Shaz selamat.. omaiii.. masa ni dah takut sebab Safura kata anjing-anjing kat airport sini besar-besar.. aku ni dah la penakut anjing wokey.. lepas tu kena beratur ikut line, letak beg kat bawah... then ada polis pompuan tu bawa anjing jalan keliling kitorang.. abis la semua beg kitorang kena hidung anjing tu.. dah selesai semuanya.. kitorang selamat.. alhamdulillah...terus keluar jumpa Shaz kat luar... lepas tu since next flight ke Christchurch belah malam.. so first day kat sini kitorang jalan-jalan dulu la..luggage semua kitorang simpan kat Smart Carte.tak gigih kot nak angkut luggage semua ke sana ke sini.. lepas tu tunggu Starbus kat luar airport.. dekat je la nak jalan dari entrance airport tu ke stesen Starbus. kalau tak sure, korang tanya je local kat situ.. insya allah.. semuanya friendly.. 

penat taip... layan yoo..


heading to immigration counter


tu dia.. beg kami..


kaunter Smart Carte


beg-begi kami di simpan dengan selamat


ok let's go out


antara tempat menunggu 


yang oren itu adalah Starbus ye..


buat apa tu?


whoaaa...


etihad stadium.. jakun weihhh


tram.. super jakun..


ni tak jakun.. hahaha

kitorang turun kat tepi Flinder Street Station sebab berjanji-janjian nak jumpa Abang Aznil kat sini..masa ni dok harap sangat Abang Aznil bawakan makanan untuk kitorang sebab lapar sangat..tup tup masa jumpa tu, Abang Aznil bawakan nasi lemak.. uwaaa.. masa ni rasa nak nangis je.. mana mau dapat nasi lemak sedap kat Melbourne ni.. free pulak tu.. hukhuk.. thanks Abang Aznil...


Flinders Station


this lady yang baik hati pinjamkan telefon dia untuk kami call Abang Aznil..


eh apa tu.. comelnya


Alley in Melbourne


Flinders Street Station



nasi lemak Melbourne



student melepak kononnya


topup myKi Pass



lepas tu kitorang naik Tram pegi Victoria Market.. teman Abang Aznil la.. tapi last-last dia tak beli pape pun.. kitorang yang hegeh beli macam-macam souvenir kat situ.. hahahaha..


murah gilos sayur dia


besar-besar pulak tu.. 


depan South Wharf


ada orang buat boot camp.

seterusnya, kitorang ke DFO pulak.. yang ni orang kata wajib pegi.. since ini first time aku sampai.. so i follow sajo.. nak beli memang takde bajet langsung untuk shop kat Melbourne ni.. so, cuci-cuci mata je la ye..


ni kat Cotton On.. murah gilo... gilo pun tak murah macam ni..

lepas dah abis shopping kat DFO.. kitorang pun bergerak secara berjemaah ke Malaysia Hall.. masa ni Abang Aznil dah takde.. dia dah balik Malaysia Hall awal-awal lagi sebab nak masak..so, kitorang terkontang kanting siap sesat-sesat bagai nak ke sini.. masa ni perut dah lapar.. ye la.. last tadi makan nasi lemak..untuk saiz macam aku ni.. tak cukup nasi lemak tu.. hahaha.. kejis tul..

dalam kul 7 lebih gitu.. baru laa sampai Malaysia Hall.. tu pun lepas tah bape kali tukar tram.. sampai tak cukup duit la nak bayar tram tu.. hukhuk.. #tundukmalu.. sampai je sini, terus solat.. jamak terus sebab lepas ni nak terus ke airport amik flight ke Christchurch plak..

lepas tu Abang Aznil panggil makan.. nasi ayam uolsss... perghh.. sedap gile.. lepas makan terus gile nak tambah lagi.. hahaha.. thanks a lot Abang Aznil... lepas tu Abang Aznil call kan kawan dia soh antar kitorang ke airport.. with charge lor.. sebab kawan dia ni driver teksi lor...

sampai airport, terus amik barang kat Smart Carte, then terus check in kat kaunter Jetstar. next journey will be Christchurch... ^___^



Malaysia Hall


ready ..




till then, tatababai

What's New

11 comments:

  1. Ya allah kecut perut dengar cerita plane tetiba terrrjatuh tu... me bleh bayangkan sebab dah penah kene skali ... sampai berair mate ketakutan ...

    ReplyDelete
  2. Bestnye Mas, camane nk join trip mega tu? Kita pun minta gak travelling, tapi takde kawan :)

    ReplyDelete
  3. azra,
    memang rasa nak nangis beb.. masa tu terus rasa tak yah travel pun takpe.. hahaha

    ReplyDelete
  4. wan,
    jom la.. next trip mega tahun depan.. kalau nak join nanti PM kite kat fb ye.. :)

    ReplyDelete
  5. Hi Anil Wanina,

    Oh travelpartner cikpora ke NZ rupanya...hehe patut macam sama je cerita, sekali nampak nama cikpora tu, baru perasan..hehehe btw, salam kenal... =D

    ReplyDelete
  6. macam best je melbourne. tak penah sampaj sana lagi T_T

    sincerely,
    Najlaa 'Aqilah

    ReplyDelete
  7. pergh part plane gegar tu yang takut tu

    ReplyDelete
  8. Salam...kami akan ke nz via melbourbe pd 25/11 till 6/12..nak offer sesapa yg nak join....wa 0136373471.tq

    ReplyDelete
  9. Salam...kami akan ke nz via melbourbe pd 25/11 till 6/12..nak offer sesapa yg nak join....wa 0136373471.tq

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^