Where Dream Come True : South Island, New Zealand Day 2

Route :  Christchurch - Ashburton - Geraldine

Kia Ora!! Bersiaran dari Christchurch ye.. ini siaran ulangan.. sila jangan tukar channel lain.. ahakss.. alhamdulillah.. flight semua OK dan aku pun bole tido lena dalam flight tu.. kikiki.. dapat plak seat 2nd row dari depan.. memang awesome la sangat.. cepat je kuarnya kan..

pertama-tama sekali berpijak di bumi New Zealand ni, terus aku meratib rasa syukur ya amat kerana akhirnya..sampai juga aku di sini.. ini adalah impian ye.. tak sangka impian tu terjadi kenyataan pulak tu.. sebelum plan nak ke sini tu.. dok imagine kos untuk ke sini mau makan puluh-puluh ribu.. hukhuk.. keje sampai pencen pun belum tentu dapat datang kan.. itu pentingnya impian.. dengan adanya impian.. cuba sedaya upaya jadikan ia sebagai satu kenyataan.. walaupun kenyataan itu mungkin tak seindah mimpi.. tapi sekurang-kurangnya.. kita dah sampai kan.. ^__^

Oraitt.. jom sambung stori mori.. touch down di Christchurch Airport tepat jam 5.00 pagi ye uols.. apa mau bikin awal-awal pagi buta ni? Bermula dengan urusan imigresen, everything goes smooth.. then kastam.. yang ni ada problem sikit ye.. since ada satu beg tu aku bawa memang full with food.. kebetulan pulak masa kat Melbourne, ada sambal ikan bilis ni dah tertumpah kena kat beg tu.. tapi aku dah wrap baik punye..tapi kalau dah namanya safety issue kan.. so kena la juga melalui tapisan keselamatan jua kan.. so kat sini, beg kitorang digeledah.. tapi geledah cikit-cikit je la tak la sampai dia humban semua barang dalam tu.. dia tengok apa barang yang kitorang bawa..dan alhamdulillah.. semua stok makanan yang aku bawa tu selamat..nasib la ada tulis senarai tu takde la susah sangat nak communicate.. tetiba kat sana tergeliat lidah nak speaking.. nasib la dulu sekolah pandai.. tu yang faham tu.. kahkahkah...

Keluar je dari Customs Counter, kitorang amik brochure-brochure yang ado kat airport tu.. tetiba pulak ada polis ni bawa anjing dia kat troli beg kitorang.. ahhh sudahhh.. nasib la aku dah pre-cautions lebih awal, aku dah bungkus beg makanan tu dengan food wrapper awal-awal..tengah anjing tu hidu-hidu beg makanan kitorang tu.. boleh pulak dia terbersin.. hachummmm.... mak aiii... nasib dia bersin pusing belakang tak kena makanan kitorang.. educated btol anjing New Zealand ni.. huhuhuu.. lepas tu polis tu tanya aku.. apa barang yang kitorang bawa ni.. kitorang pun tunjuk list.. so dia kasik lepas.. alhamdulillah.. lepas tu aku cepat-cepat tolak troli kuar dari situ ke Arrival Hall.. kang lagi lama dok situ, lagi macam-macam dorang tanya..

Cari satu port kat celah-celah airport tu.. terus la kitorang cari tandas untuk bersiap.. well.. tandas kat New Zealand ni korang tak yah risau.. overall.. bersih cantik nak mampus.. cumanya, dari segi kebersihan diri untuk orang Malaysia macam kita ni.. bawalah botol air kosong untuk tujuan penyucian diri.. maklum la.. kat negara dorang mana ada paip air dalam tandas.. korang kena angkut plak air dari singki masuk dalam tandas. Botol mineral kecik pun hokay.. tak yah nak angkut baldi bagai.. hihihi.. kalau korang rajin, bole angkut spray macam kat bawah ni.. lagi senang.. tapi kalau malas.. botol mineral je sudah.. pakai buang gitu... ^__^


Adalah dalam sejam gitu kitorang bersiap.. yang mana nak mandi, yang mana nak salin baju.. semua kitorang buat kat tandas Christchurch Airport tu.. tapi untuk aku, cuaca yang sejuk berdenting gitu.. tak mampu nak mandi dengan tandas yang takde air bagai.. so, basuh-basuh muka, gosok gigi, sucikan diri then salin-salin baju sajo.. pastu boh perfume botingkek-tingkek kasik wangi sikit.. hahahaa...tapi dok sini, kalau tak mandi 3-4 hari pun orang tak tau sebab takde peluh pun..hahaha.. tapi aku mandi hari-hari tauu....

Dah siap semua, kitorang call Cameron, owner Shoestring Car Rental. boleh pulak dia macam marah-marah pulak sebab mula-mula kitorang janji kul 6.30 pagi.. skang baru pukul 6.00 pagi.. ahakss.. memang patut la dia marah kan.. hihi.. tapi since he's a very kind person (wahh.. speaking kooo), dia dengan rela hati korbankan tidur dia dan hantar kereta pada kitorang dengan lebih awal. dia pun duduk area situ juga.. so, takde la tunggu lama kan.. lebih kurang dalam 10 minit gitu.. dia pun sampai dengan kereta Family Wagon yang agak besar la juga. Memula fikir eh.. macam besar sangat je.. tapi bila dah loading beg bagai.. memang worth la amik kete ni..



muka belagak gile dah sampai NZ.. hikss


we're here.. Christchurch Airport

Lepas amik kete, Cameron tunjukkan pula cara-cara macam mana nak handle kereta tu, camne nak guna GPS, macam mana nak return dan minyak apa yang perlu kitorang refuel nanti.. memang bagus Cameron ni.. lenkali kalau datang NZ, amik je dengan dia.. lagipun dia memang biasa deal dengan orang Malaysia sebab ramai orang Malaysia sewa kereta dengan dia.. dia siap demo lagi macam mana nak guna GPS.. hahaha.. jakun sungguh orang Malaysia ini.. kikiki

Dah selesai sesi ToT bersama Cameron, maka bermulalah perjalanan kami di bumi New Zealand ini.. pape pun, memula set dulu GPS ke lokasi Holiday Park yang kami dah booking siap-siap. Since kereta ni Cameron cuma bagi half tank sahaja.. Makanya, kena cari Petrol Station lor.. tak sampai dalam 5 minit perjalanan, ada stesen minyak Mobil. Tak sangka Mobil ada kat New Zealand. Ingat ada kat Malaysia je.. kuikuii.. jakun gile... cer boh Petronas kat New Zealand.. mau hehari aku berselfie depan Petronas bersaksikan bebiri kat sana.. hahahaha..

Cara isi minyak slightly different dari Malaysia tau.. kalau kat Malaysia, bayar dulu, isi kemudian.. ye tak? Kat sana, isi dulu, baru bayar. See.. betapa dorang percaya dengan pengguna. Cer kalau buat style gitu kat Malaysia, rasanya banyak stesen minyak bankrup kot sebab ramai orang isi pastu tak bayar.. kikikii.. eh tak la.. Malaysia still the best in my heart.. ^__^

Untuk makluman ye, kat New Zealand ni ada speed limit which korang WAJIB patuhi.. normally speed limit kat highway adalah max 100 km/j.. kalau kat jalan kampung ada juga yang cecah 30 km/j.. ko mampu bawa under 30 km/j.. :sigh: dah la selagi boleh kaki ni nak tekan pedal minyak sajo.. tapi kat sini.. NO.. NO.. NO... sentiasa kena beringat.. co-pilot memainkan peranan yang sangat besar dalam situasi ini.. co-pilot tak bole tido sebab nanti driver terlajak laris bawak laju.. kalau kena saman.. siapa nak bayo der???

Lepas isi minyak, barulah kita memulakan perjalanan melalui route Christchurch - Ashburton - Geraldine. Sebelum ni, ada juga memember forum yang cadangkan untuk bermalam kat Ashburton. Tapi lepas kitorang bincang-bincang, makanya kitorang amik keputusan untuk bermalam di Geraldine sahaja. Sebabnya hari keesokannya kitorang nak ke Mount Cook dan ada aktiviti kat sana. So, kita bermalam saja kat Geraldine supaya esok kita tak terkejar-kejar dan boleh gerak lambat sikit. Clear?

First pit stop adalah di Rakaia yang terletak di Mid Canterbury, New Zealand. Rakaia ni turut di kenali sebagai The Salmon Capital New Zealand.

Sedikit info berkenaan dengan Rakaia;

'Rakaia is a rural community set on the Canterbury Plains 50 kilometers south of Christchurch. The township of over 1000 people was established on the southern side of the Rakaia River at its major crossing. The original road and rail bridge was built in 1873. The present road bridge was opened in 1939 and spans 1.8 kilometers of one of the world’s best examples of a ‘braided’ river. When constructed it was the longest bridge in the Southern Hemisphere. The bridge is the gateway to Mid-Canterbury and southbound travelers often turn westward over the bridge to explore the Southern Alps'


Nak buat apa kat Rakaia ni? Kitorang just cuci-cuci mata sajo sebab cuaca pun agak gloomy.. lepas boleh pulak hujan renyai-renyai.. adoii... baru la nak fefeeling autumn.. sob sob..takpe la.. banyak hari lagi kat New Zealand ni.. moga esok lusa cerah ye... kekonon nak breakfast kat sini kot.. tapi mak aii.. sejuk nak mampus sampai ke tulang.. dah la hujan kan.. last-last.. makan dalam kereta sajo.. hahahah... nak fefeeling omputih sangat kan.. hamik kauu...

meh layan gambar cikit...


tempat wajib amik gambar kat Rakaia


di bawah pepohon cemara.. cemara ke?


kakiku dan Shaz


mana aku?


hah ni dia...motif?


sejuk beb...


best woo playground dia


singgah kejap di sini untuk beli air. Tengok berapa degree tu? 16 darjah celcius wokey..


bersih je playground dia


tandas dia cantik gilos

Lebih kurang dalam 30 minit gitu kitorang lepak-lepak kat sini, lepas tu kitorang pun meneruskan perjalanan ke Ashburton. Ashburton ni kalau korang tanya aku, aku rasa tempat ni lebih kurang macam HICOM la.. banyak kedai-kedai besar, tapi bezanya Ashburton dengan HICOM ni, sana tak jammed macam kat HICOM. Jalan dia lengang giloss.. Kereta boleh dikira dengan jari..tempat dia pun cantik sangatt.. terus rasa macam nak duduk sini.. hahaha.. motif? Kat sini pun kitorang berhenti kira short break la sebab nak amik gambar..hahaha.. bila nak sampai ni.. asik berhenti amik gambar je.. tapi betul uols.. bila dah sampai sini.. lelagi pulak bukan tetiap hari nak datang sini kan.. dah la kos nak datang sini ribu riban.. jadi haruslah kita menikmati pemandangan dengan sebaiknya kan...

\

Ashburton please..


big company


flower decoration


and I see the autumn


can you see the autumn?




posing pulak...

Kat Ashburton town ni pun kitorang abiskan masa snip snap sana sini lebih kurang 30 minit juga.. masa ni dah kurang sejuk sikit tapi gigih juga pakai sweater.. nasib la aku bawa sweater sebab memula takmo bawa sebab dah autumn katanya kan.. motif bawa tebal-tebal watpe? tu yang bawa sweater tu kot malam tido sejuk.. last-last.. sweater ni aku bedal siang malam.. sejuk beb.. ada sekali tu cuaca drop sampai 2 darjah celcius.. mau tak beku tulang ni..

Lepas berselfie sampai tak tahan sejuk la..kitorang pun masuk balik dalam kereta.. dan meneruskan perjalanan ke Geraldine KIWI Holiday Park & Motel berpandukan GPS yang dah disetkan awal-awal tadi.. kat sini kitorang amik One Bedroom Motel Unit 10.. since masa kitorang sampai tu masih awal lagi, tapi kitorang gamble juga la pegi kat reception tu untuk check in awal.. alhamdulillah.. elok je kitorang sampai.. cleaner hampir siapkan bilik kitorang.. hoyeyyy... lepas tu, park kereta.. unload barang dari kereta dan yang penting nak mandi ye.. sebab dah 2 hari tak mandi ni.. hahahha..lepas mandi.. kitorang tido dengan lenanya.. macam orang tak penah dapat katil gitu.. 

sementara kitorang tido.. meh aku belanja gambar...


entrance Geraldine KIWI Holiday Park & Motel


any vacancy?


reception area


any activities?



play area


penyambut tetamu..


it's our cabin



cabin interior


view from balcony


other side view

Lepas tido dalam sejam dua.. kitorang bersiap sebab nak jalan-jalan la kan.. takkan la ko dah datang jauh-jauh ni nak tido sajo.. baik tak yah jalan.. hikss.. aktiviti di petang hari adalah berbasikal kekdahnya..tapi sebab cuaca macam baru lepas hujan.. so kitorang amik sejam saja.. ok la tu dari takde kan.. charge untuk sejam adalah NZD5 sahaja.. murahkan.. kalau nak rasa murah.. sila jangan convert tauu..huhuhu

Alkisahnya.. kitorang roundtrip naik basikal ni area kawasan Geraldine ni sahaja.. jumpa la kawasan perumahan.. small town dia.. betul-betul nampak macam dalam filem tau..macam mana kawasan town yang korang salu tengok TV cite mat saleh tu.. gitu la town Geraldine ni.. kecik je pekan dia.. pusing-pusing pun jumpa orang yang sama jugak.. huhuu..terus jatuh cinta dengan pekan ni.. populasi penduduk Geraldine ni adalah lebih kurang dalam 2,244 orang sahaja.. kalau jenis yang suka sunyi-sunyi, aman damai.. duduk la sini.. memang betul-betul aman.. waktu malam pulak memang bandar mati..lebih kurang dalam kul 7 malam gitu.. semua kedai dah tutup.. kikiki..sok kalau pencen boleh la migrate dok sini.. huahuahuaa..

okey sebelum aku merapu lagi.. layan..


hi traveler... ^___^

aku ngan Shaz.. ko mampu naik beskal pakai kasut boot? hahahaha

somel je rumah dia kan.. bagi saya satu bungkus ikat tepi!!!


fefeeling autumn in my heart

Almost sejam kitorang meronda kat kawasan Geraldine tu..lepas tu kitorang pulangkan basikal dan ready untuk ke pasaraya untuk beli bahan basah untuk masak-masak. Pasaraya besar kat situ adalah Fresh Choice.kat sini aku beli sayur sikit-sikit sebab nak buat sup sayur. first menu katanya.


jalan-jalan menuju ke Fresh Choice


laksa ada dijual di sini ye


suka sangat amik gambar tengah jalan


antiknya..


muzium katanye

Dah abis shopping barang basah kat Fresh Choice, kitorang pun balik bilik. Kat sini kitorang split kerja. Safura ngan Shima buat laundry, aku ngan Shaz masak-masak. Menu hari ini adalah sup sayur dan telur hancuss katanya. Since budak-budak ni kata dorang SUKA sangat sup kan dan soh masak lebih.. aku pun masak banyak sikit..buat ratah-ratah..


tu dia stok makanan selama kitorang kat sini..


sebelah masak nasi.. sebelah masak sup


Shaz layan TV.. since takde movie pun.. dia layan lagu sajo..


ok siap masak..hamik kau.. 2 mangkuk sup terus..


complete menu.. nasi, sup sayur, telur hancus ngan sambal ikan bilik from Malaysia

Lepas Safura ngan Shima balik laundry, kitorang pun sapedek.. lepas tu, mandi.. kemas-kemas beg.. kemudian tidoo.. esok jauh lagi perjalanan yang kitorang nak lalui...


nah aku banje lembu .. ^___^


till then, tatababai

What's New
Share on Google Plus

About Anil Wanina

Hi, I'm Anil. A full-time Assistant IT Analyst with passion on traveling. Write about travel, lifestyle, parenting, food, beauty, and event.

4 orang suka :

  1. sy selalu dgr makanan ni payah nak masuk Aussie n New Zealand :) hmm boleh share the list yg tunjuk kat kastam tu? hehe boleh buat preparation kalau nak gi sana nanti.

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. hanis,
      boleh.. nanti saya share ye... ^_^

      Delete
  2. Tempat berlakon Lord of the Ring pergi tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hakim,
      Pegi juga kat Paradise tu tapi tak jumpa.. sebab jauh ke dalam.. Hobbitton tu tak pegi la sebab tu kat belah-belah Auckland.. lenkali la kot.. insya Allah... ^_^

      Delete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^