Thursday, July 3, 2014

cari resepi buka puasa ke?


Salam Ramadhan.. diam tak diam dah 5 hari dah berpuasa kan... tiap kali masuk tengahari.. mesti korang sibuk cari resepi sana sini kan.. wah.. aku pun tak kurang juga buat macam tu.. hahahha.. 

tapi mostly ni memang tak sempat la nak masak macam-macam.. puasa pertama je la ritu aku sempat masak macam-macam.. masuk hari keje memang dah tak sempat nak masuk dapur.. masuk dapur takat panaskan lauk bazar je la yer..

kelmarin aku terlebih rajin nak masak sambal tempe.. tempe ni aku dah beli dari minggu lepas lagi.. so takut tak elok simpan lama-lama aku pun kuarkan la tempe tu dari peti ais.. tengok elok lagi.. dah lama tak makan sambal tempe kan.. so, marilah kita masak..

senang je nak masak ni.. antara masakan kegemaran aku.. ini makanan rugi orang Jawa.. kalau tak pandai makan tempe ni bukan orang Jawa la gamaknya tu.. hihihi..

hari tu ada 2 sambal aku masak.. sambal sotong ngan sambal tempe.. sambal sotong nanti aku share..


Bahan-bahan : tempe + 3 sudu cili boh paket + 2 sudu bawang merah dan bawang putih siap blend garam + gula + 2 sudu sos tomato
Cara-cara : goreng tempe separuh garing dan asingkan + masukkan cili boh dan kacau sampai naik minyak + masukkan bawang blend dan kacau sebati sampai naik bau + masukkan sedikit garam dan gula + tambah sedikit sos tomato dan kacau sehingga sebati + apabila sambal dan mendidih dan naik minyak bole masukkan tempe dan kacau rata. tutup api dan hidangkan

Sempoi tak? senang je masak ni tapi yang jadi susah tu sebab ada penyakit M kan.. kan.. kuikuikuii.. samo la kita.. ni dah bape ari dapur aku tak berasap.. nanti balik tak tau la sempat ke idak nak masak.. kalau tak sempat.. makanya.. menu bazar la kita yer..

p/s : korang doa-doakanlah aku rajin nak update entry New Zealand tu ye.. alkisahnya aku tengah dok sibuk dengan urusan seri paduka baginda.. makanya entry aku tu dok pending dalam Draft tu.. kasik aku setel masalah satu-satu nanti bila aku dah tenang aku update ye.. harap dapat la setel sebelum raya ni.. banyak lagi trip aku nak pegi lepas ni.. vavvavavaa

till then, tatababai 

What's New

0 orang suka:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...