nak cuti kemana pulak tu?

by - 12:30:00 PM

Salam Ramadhan kawan-kawan.. teruk betul aku ni kan.. bulan-bulan pose ni sibuk nak cuti-cuti luar negara pulak ye.. eh tidak la.. ni lambat lagi.. tapi seperti biasa.. persediaan dibuat beberapa bulan lebih awal.. aku biasa gitu la ye.. mana-mana trip pun mesti buat persediaan awal lebih-lebih lagi trip yang melibatkan kos yang agak tinggi.. T___T

lokasinya seperti sedia maklum la kan.. dah nampak pun... lokasinya di Thailand.. tahun ni je.. kira 2 kali la aku g Thailand termasuk la tempat ni.. lain tahun Thailand tu dah macam kampung dah tetiap tahun kena pegi.. vavavava... 

alkisahnya memang dah lama sangat nak pegi tempat ni.. nak ajak kawan-kawan.. macam-macam kekangan.. nak ajak family.. anak kecik lagi.. makanya tertangguh-tangguh la juga nak pegi sini sampai la satu saat.. aku tengok tiket tengah murah.. hapa lagi.. tak kelip kelip mata terus grab je la.. tunggu apa lagi kan..

rupanya tarikh yang aku pilih tu, ramai juga la kawan-kawan yang pegi cuti luar negara tapi negara lain la.. dorang orang ada-ada makanya negara yang dorang pegi tu mahal la sikit.. aku ni orang kurang berada.. makanya pegi Thailand je la.. tahun depan aku tukar warganegara sana.. kahkahkah..

bak kata kawan aku sorang ni.. aku pegi sana dah macam balik kampung.. isk isk isk.. sampai hati dia.. aku balik kampung sebulan 3-4 kali tau.. aku pegi sana setahun 1-2 kali je..tu pun kalau ada 1-2 kali.. kalu tetiba aku ni bertukar status jadi orang ada-ada untuk tahun itu.. baru la aku pegi sana 3-4 kali sebulan.. kuikuikui...

hotel aku baru je booking dalam minggu ni la.. ekceli hotel ni aku dah booking last week dari sebelum puasa lagi.. tapi sebab ada masalah teknikal sikit makanya aku terpaksa rebooking semula. nasib baik la harga tak berubah.. phew... untuk booking ni aku dah siap-siap bayar 25% dari harga bilik tu.. so booking ni memang tak bole cancel la. kalau cancel kira burn la 25% yang aku dah bayar tu.. harap bos aku approve cuti aku nanti..

untuk ke tempat ni, kalau ikut yang aku screen shot rini la kan.. jarak dir dari airport kalau naik kereta dalam 3 jam 20 minit. tu kalau naik kereta.. kalau naik bas?? naik feri?? berapa lama pula mau sampai.. 4 jam?? 5 jam??? tapi estimation untuk sampai ke sana adalah setengah hari.. ni yang aku dah kira dari rumah la.. so aku harap sangat penginapan aku kat tempat tu berbaloi-baloi sebab review pun bagus-bagus.. ada yang bagi 10 bintang pun ada..

misi cuti kali ni pun adalah relaks-relaks dan santai-santai ala-ala Santai Ben Ashaari gitu.. hiks.. tetiba je..tapi ada la juga jalan-jalan sekitar situ.. ye la rugi je la kan nak datang tak jalan.. takkan nak dok bilik 24 jam.. aku pun dah tunjuk gambar tempat ni kat anak aku.. and dia suka sangat-sangat.. dia pulak yang eksaited.. aku pun lagi la eksaited tengok anak aku eksaited.. hihihi..

dah booking.. yeayyy

screen shot dari google map

p/s : kalau korang ahli nujum terus mata, dimanakan lokasi hanimun percutian aku ni dan apakah nama hotel yang aku bakal duduk ni? orang pertama yang jawab tepat dan betul.. insya allah.. nanti aku bagi goodies.. ^__^ tetiba je kan aku ni..

...
...
...

weii.. entry New Zealand tak siap lagi weiii...

till then, tatababai

 What's New

You May Also Like

1 orang suka

  1. Jangan lupa hadiah tuk aku ehhh
    ahahha
    ada orang pergi Ko Samui
    Nama hotel Samui Boat Lagoon
    gigih skodeng nie.. ahahahhaha

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^